Saturday, 5 January 2008

Suatu kenangan

Hari ini badan aku tak berapa sihat.. sejak bangun tidur.. pening kepala pula.. maybe sebab kesan ubat yang aku makan pagi tadi.. lagipun cuaca dah semakin sejuk.. mood pun asyik takde je.. badan juga semakin letih.. Aku tertidur semula selepas bangun sarapan.. sebab pening kepala ketara kuat.. akhirnya aku terbangun hampir asar.. terbabas zohor pulak.. maklumlah beza zohor dan asar terlalu dekat dalam lingkungan 1 jam sahaja beza.. lepas tu nak makan.. beras pun dah abis.. pakwe tak beli lagi.. ingatkan balik kerja dia beli.. rupanya dia pun join aku tidur sekali sampai ler ke petang..

Selepas solat.. aku ajak pakwe keluar.. belanje aku makan.. sebab nak masak aku rasa tak larat sangat.. ada pun mee goreng yang aku masak sarapan tadi.. takde selera pula nak makan.. nasib pakwe agree juga nak belanje makan di Lemon Tree.. kedai cina indonesia di great western road.. dapatlah makan nasi goreng ayam.. dan sup jagung ayam .. yang memang jadi kegemaran aku tiap kali..

Lepas makan.. teragak nak ajak pakwe ke Clydebank Shopping centre.. dulu pernah lalu sekali masa kami sesat ke Mountblow dengan menaiki bas 66.. masa tu tak terlintas pula nak singgah.. entah kenapa kali ini hati aku nak pergi sangat.. sekurang-kurang hajat di hati tu tercapai jugalah.. bukan apa.. di glasgow nie banyak sangat shopping centre hampir setiap sudut bandarnya ada shopping centre.. mampu atau tidak sahaja kalau nak pergi..

Hampir 30minit lebih juga untuk tiba ke situ.. dan dalam 30 minit selepas kami sampai kebanyakan kedai sudah mula tutup.. lagipun hampir semua kedai-kedai di situ terdapat juga di city centre.. so aku pun taklah excite sangat.. takde kelainan pun.. cuma rasa ingin tahu yang menebal.. menyebabkan aku teringin sangat nak ke sana.. cukuplah sekurangnya aku dah tahu apa yang ada disitu.. untuk ke sana lagi mungkin tidak! untuk masa terdekat.. bagiku di city centre.. kedai-kedainya lebih menarik perhatian dan banyak sale..

Dalam perjalanan balik.. dari clydebank hinggalah sampai ke rumah sepanjang menyusuri jalanan aku teringat suasana suatu ketika dulu semasa aku pertama kali menjejaki kaki ke bumi UK hampir 7 tahun yang lalu.. kali pertama aku tiba di london.. dan kali pertama juga aku tiba ke Edinburgh.. bulan 11 Oktober 2001.. sebulan selepas peristiwa 11 September 2001.. runtuhnya menara world trade centre.. bagaimana keluarga aku ketika itu amat risau dengan keadaan aku dan suami.. bagaimana suasana di Heathrow Airport London ketika itu.. aku masih tidak dapat lupa dengan renungan mata beberapa lelaki mat saleh di london ketika aku dan suami beratur untuk menaiki pesawat ke Edinburgh.. namun itu semua adalah kenangan..

Kini aku sudah berada di sini buat kali kedua.. bumi Edinburgh dan Glasgow tidak pernah asing bagiku.. sejak dari tahun 2001-2002 dan kini rentetan kenangan serta peristiwa akan terus mencorak laluan perjalanan hidup kami berdua.. Kadang tak sangka yang aku berpeluang untuk sambung belajar hingga ke bumi UK.. kalau dikenangkan dari zaman anak-anak.. kala sifat nakal dan kesusahan keluarga buatkan aku pernah terfikir .. namun inilah dia dinamakan suratan takdir dan ilahi.. semua yang terjadi Allah dah tentukan.. cuma terpulanglah pada kita untuk berusaha..

Kenangan lalu.. makin lama ditinggalkan.. hati menjadi semakin rindu.. masa hadapan.. tiada siapa akan tahu.. tapi kita harus tetap yakin dan kuat untuk menghadapinya.. kadang rasa keseorangan.. kadang juga hati rasa sendiri.. tapi itukan cabaran.. jika hidup sentiasa suka dan tiada duka.. sudah tentu hidup akan hilang cerianya.. suka dan duka.. itulah warna kehidupan.. itulah juga mengajar kita erti kejayaan..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin