Wednesday 9 January 2008

Awal Muharam

Tadi aku dapat sms dari Amang.. ucapan selamat awal muharam.. rajin juga dia hantar sms kat aku.. memang rajin sungguh minah sorang tu.. bagus juga ada kawan macam tu.. sekurangnya meriah sikit hidup kan.

Letihnya hari ini.. pagi tadi semasa keluar dari rumah.. langit ku lihat cerah dan kebiruan.. nampak seolah hari takkan hujan.. seronok rasanya.. apatah lagi bila cahaya mentari mula menyinari pagi ku mengorak langkah ke uni.. Study dan study.. hari ini pening tengok literature review.. edit jugalah sikit-sikit tapi untuk mendapat rentak rajin semula tu slow pulak.. harap hari esok aku akan lebih bersemangat lagi..

Tengahari aku tergerak hati untuk keluar awal.. memikirkan aku akan pulang ke malaysia tak lama lagi.. so sementara sale nie.. aku plan nak beli baju untuk anak buah aku.. so aku pun mula melangkah ke Matalan.. jauh juga nak ke sana.. tapi fikir balik.. takpelah.. baik nyesal beli dari nyesal tak beli.. bak kata kak chik.. betul juga tu.. dapat jugalah beberapa buah baju .. terfikir juga kak ngah pun tak lama lagi nak bersalin anak ke 5.. so sambil-sambil tu aku pun tengok2 juga.. bukan apa.. sementara sale new year masih on.. baik aku ambik kesempatan.. kalau masa takde sale.. saje2 nak beli memang mahal gile..

Keluar dari Matalan.. langit yang ku lihat cerah.. hujan semula.. memang sudah 2 3 hari ini hujan lebat.. bersama dengan angin kuat.. aku masuk debenham lagi.. mood shopping masih ada.. ingatkan nak cari baju blaus yang elok sikit.. kemarin aku dah beli.. entah macamana semasa aku lalu bahagian jam tangan aku ternampak pulak jam DKNY.. warna purple..

tengah sale 50% dari harga 100pd dapat 50pd je.. ari tu siap survey dalam website debenham.. memang dah tengok design tu.. kemarin masa aku ke debenham.. takde pulak jam tu.. hari ini cam tau-tau je.. mulanya aku teragak nak beli.. tapi bila fikirkan camna jam tu leh ada.. so aku nekad jugalah beli jam tersebut.. siap sale gal tu cakap ini maybe jam yang last.. dia nak check stok.. akhirnya dia cakap...memang yang terakhir.. dia sendiri mengakui sale nie memang berbaloi.. biasa lah sale gal.. siap cakap dia pun ada jam itu juga.. cuma warna silver.. dia kata.. memang good bargain.. aku senyum jelah.. memang masa keluar weekend lepas dengan pakwe, aku ada beritahu dia yang aku memang nak beli jam.. lagi pun teringat masa pakwe belikan jam utk birthday aku tahun lepas.. dia pernah pesan.. bila dapat gaji kerja tutor .. belilah jam untuk diri sendiri.. cari yang elok sikit.. so tadi.. fikir.. takpelah.. sekurangnya hajat dihati terlaksana.. jam lambang masa.. sekarang nie masa sungguh berharga setiap detik.. amat penting.. yelah.. report aku pun tak siap2 lagi niee

aku terus balik ke rumah.. nak solat dan bersiap2 utk pergi kerja.. turun saja dari bas 12.. dah ler kena menapak.. hujan turun selebatnya.. pakai payung siap kena tolak dengan angin.. terbalik payung yang ada.. nasib tak koyak rabak... emmm lebih baik tak yah pakai payung camnie.. buat penat tahan angin je.. basah masih basah juga..

sampai rumah pun dah hampir pukul 2ptg.. kelam kabut makan apa yang ada.. terutama burger yang pakwe buatkan untuk aku pagi tadi.. hehehe.. permintaan special.. alah bukan apa.. dia sekarang bawak bekal burger je.. so aku pun tumpang sekaki ler minta sekali..

hari ini terasa sungguh mood nak kerja takde.. masa tengah vakum lantai tadi.. terasa sejenak betapa penatnya kerja cleaner nie.. walaupun dah hari-hari buat tapi.. letih tetap terasa.. ikut hati nak balik je... tapi dah nama kerja buat jugalah.. dahlah banyak bilik nak kena kemas kali nie.. maybe itu sebab yang aku terasa letih sangat.. hari ini James mood baik.. tegur aku cam biasa.. danny pun tanya pasal cuti aku ke inverness ari tu.. aku cakaplah tak dapat nak main ski sebab tak dapat naik ke mountain sebab angin kuat.. John pulak cuti.. tak tahu lah berapa lama.. time dia takde nie best sikit buat kerja.. idak dia ler selalu tukang check kerja aku.. bersih ke idak.. kadang-kadang tension juga.. tapi John ye style takdelah marah-marah aku.. apa pun dia akan cakap baik-baik.. ari tu dia suruh aku cuti.. cakap pun baik je.. hehehe.. syukur dapat manager yang baik..

balik kerja.. aku kena p beli ayam.. selalu itu tugas pakwe.. tapi kerana dia kerja sampai lewat malam.. terpaksalah aku pikul chicken leg 4 pair sorang-sorang... berat sungguh.. tapi sebab lauk dah takde kat umah terpaksa jugalah.. balik rumah masak sup ayam jelah.. dan buat ayam goreng kfc.. memandangkan kfc kat sini tak leh nak makan.. sebab tak halal.. dan walaupun ada chicken cottage dan chicken hut yang dekat dengan rumah aku.. tapi tetap tak sedap juga.. dahlah masin bebeno.. lebih baik buat sendiri lagi puas hati.. goreng ler berapa banyak pun.. sampai tak larat nak makan.. sejak dapat resipi nie.. hampir setiap minggu mesti buat.. kawan pun kadang siap request... mentang-mentang tau aku dah teror goreng.. oklah terubat jugalah rindu dihati nak makan kfc..

esok awal muharam.. dan tahun baru islam.. tahun baru lalu.. azam baru.. kali ini tahun baru islam.. mesti juga azam baru.. semangat baru.. esok.. aku perlukan semangat yang benar-benar baru.. perlu rajin nak siapkan LR dan laporan tahunan..

Selamat Awal Muharam

2 comments:

Anonymous said...

Lakukan Apa Yang Orang Lain Tak Sanggup

Orang-orang yang berjaya memiliki sikap ini. Mereka sanggup melakukan lebih dari orang biasa lakukan, dalam masa yang sama mereka juga sanggup melakukan apa yang orang-orang biasa tak sanggup lakukan.

Sebenarnya, jika Anda teliti sekeliling, orang-orang biasa minat pada keselesaan sekarang ini dan tidak menyimpan apa-apa matlamat yang mahu dikejar, sebab itu mereka tak nak bekerja keras. Ini kenyataan hdup, bukan nak point kepada mana-mana pihak.

Untuk cemerlang, Anda perlu korbankan keselesaan sekarang untuk keselesaan yang lebih berpanjangan di masa hadapan. Lakukan apa yang orang lain tak sanggup lakukan dan biarkan mereka kata apa yang mereka nak kata pada Anda.

Janji, Anda diamkan mulut, kuatkan semangat dan rajinkan tangan bekerja serta gerakkan fikiran memikir strategi seterusnya. They will always talking, talking and talking.

Pedulikan mereka, buat kerja Anda dan hiraukan cakapan-cakapan negatif mereka.

Mereka hanya akan diam bila Anda usaha Anda sudah berhasil ! Bagi saya inilah motivasi dalaman paling power, iaitu sikap mahu membuktikan yang Anda tidak seperti apa yang orang lain labelkan.

Lakukan apa yang orang lain tak sanggup lakukan. Jika mereka senyum sumbing melihat kerajinan Anda, terima hakikat mereka tidak bersetuju dengan perangai Anda yang di anggap 'bodoh' oleh mereka.

Biarkan mereka, jangan ambil kisah dan tumpukan fikiran pada usaha Anda, tak kisah sama ada Anda nak jadi pelajar cemerlang, nak jadi pekerja cemerlang atau usahawan Internet cemerlang.
Paling utama, Anda tahu apa matlamat Anda, tujuan hidup Anda dan destinasi Anda.

Kejayaan bukan satu perhentian, tapi sebuah perjalanan.

Anonymous said...

Beza Mesti Dan Mahu


Ada beza yang sangat besar di antara dua perkataan, MESTI dan MAHU. Dalam skop kita untuk mengejar kecemerlangan peribadi, kejayaan dan kemajuan diri, kita perlu membuat keputusan sama ada mahu berjaya atau mesti berjaya.

Ramai orang mahu berjaya, tapi tak ramai orang yang sanggup melakukan seperti apa yang orang-orang berjaya sanggup lakukan iaitu bekerja keras, sekeras yang mungkin, serajin yang mungkin. Formula paling simpel dalam mengejar kejayaan ialah meniru sikap, mindset dan tindakan orang-orang berjaya.

Selain sanggup melakukan apa saja, Anda perlu ada daya tahan mental dan fizikal. Dari pengamatan saya, orang-orang yang berjaya mempunyai tersendiri daya tahan kerana motivasi yang menjadi "booster" ketahanan mereka lahir dari keseronokan bekerja.

Mesti dan mahu memang banyak bezanya. Perkataan "mahu" bila Anda lafazkannya, bagaikan Anda mempunyai pilihan-pilihan lain. Bak kata Dr Tuah Iskandar, nak ke tak nak?.

Tapi, bila menyebut MESTI, Anda sudah tidak ada pilihan. Seperi kata Dr Tuah Iskandar lagi, biar betul-betul dan buat sampai jadi. Sebab, dah jadi mesti.

Apa getaran yang Anda rasa bila saya kata Anda mahu berjaya dan Anda MESTI berjaya? Perkataan MESTI merupakan sesuatu yang serius dan memberikan getaran tahap tinggi pada gelombang minda Anda. Betul tak?

Dalam mengejar kejayaan, katakan Anda MESTI berjaya. Beritahu pada orang-orang di sekeliling Anda yang Anda mesti berjaya, put yourself on the line !

Tak kisah sama ada seorang pelajar, pekerja atau usahawan Internet, beritahu kawan-kawan Anda dan kawan kepada kawan-kawan Anda yang Anda mahu berjaya. Cabar diri sendiri untuk mesti berjaya dengan cuba membuktikannya pada mereka.

Dengan ini, Anda sudah tidak ada pilihan lagi kerana reputasi Anda berada di depan mata mereka dan mahu tidak mahu, Anda mesti bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dengan itu, minda Anda mengambil serius keputusan Anda mahu mencapai kejayaan lalu dalam masa yang sama, menarik situasi-situasi, orang perseorangan dan apa jua benda yang membuat Anda boleh berjaya.


Kalau Anda mahu belajar bahasa Inggeris, ia ibarat matlamat suam-suam kuku yang sekejap lagi akan sejuk jadinya. Tapi, andai kata Anda katakan pada diri sendiri yang Anda mesti menguasai bahasa Inggeris, Anda sudah tidak ada pilihan melainkan belajar menguasai bahasa Inggeris untuk berjaya make money di Internet.

Katakan mesti, bukan mahu. Boleh katakan mahu, tapi mesti adalah pilihan yang lebih baik.

Ia akan push diri Anda untuk bertindak.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin