Thursday, 3 January 2008

Cuti dan Snow

Pagi tadi aku dapat call dari Ann.. tanya berkenaan bila uni mula beroperasi.. aku beritahu.. tak silap aku 3hb.. tapi tak sure.. Ann kata dia nak try confirmkan semula.. dalam 15minit Ann call semula.. memang uni dah buka hari ini.. aku pun mulalah bersiap-siap.. maklumlah dah lama sangat cuti..

Dalam pukul 10.30pagi aku ke universiti.. tapi lengang sungguh orang di department.. dalam bilik pun ada richard je yang datang.. mas dan suthanya.. takde.. aku singgah jenguk meja kak haizan.. tengok dia pun dah nak balik.. terus aku takde mood nak stay kat bilik.. memang dari mula turun bas menuju ke livingstone tower.. tak ramai wajah student yang aku nampak.. bangunan royal college yang aku masuki.. shortcut ke livingstone tower.. pun lengang.. selalu memang berpusu-pusu student dalam building tu.. tapi hari ini.. semuanya lengang.. yelah.. walaupun uni dah mula beroperasi seperti biasa hari ini.. tapi masih ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti lagi.. mungkin isnin nanti.. uni penuh seperti biasa..

Kak haizan ajak aku temankan dia shopping.. hby dia nak ke USA esok ada conference.. so dia kenalah belikan baju dan seluar utk esok.. memanglah isteri yang baik.. rasanya kebanyakkan isteri-isteri begitu.. yang selalu kena belikan untuk suami.. termasuklah aku.. kalau harapkan dia beli.. kadang-kadang naik kesian pun ada.. terutama time raya.. pakai baju raya thn lepas je.. suruh beli.. taknak.. terpaksalah isteri yang kena belikan

Lepas temankan kak haizan shopping.. aku pun balik.. bersiap-siap nak pergi kerja..rasa berat je nak kerja semula selepas hampir seminggu setengah bercuti.. nasib hari ini tak ramai staf.. dan tak banyak benda yang kena bersihkan.. dalam pukul 5ptg tadi aku dah berhenti.. nak teruskan kerja rasa tak larat pulak.. nak buat buffing aku tak berani.. bukan apa jari manis tangan kananku terbelah dan luka besar.. terkena pisau.. lagi sikit nak kena tulang.. dalam juga belahannya.. so aku tak berani sangat nak paksa diri.. bukan apa sebab luka tu belum benar-benar sembuh lagi.. dalam aku buat kerja tadi.. john panggil aku.. katanya esok aku tak perlu datang.. terkejut aku dengar.. katanya takde apa yang hendak dibuat pun.. lagipun kebanyakkan kerja tu aku dah buat ari nie.. dia suruh aku rehat kat rumah.... emmm bagus betullah dapat manager camnie.. aku cuti ari tu pun gaji aku full.. ingatkan kena potong.. rupanya gaji masuk cam biasa.. alhamdullilah.. cuti bergaji.. walaupun kerja cleaner je.. tapi staf kat situ semua baik-baik.. kena pulak.. esok manager sendiri suruh cuti.. gaji jalan juga.. bagus juga boleh aku rehatkan badan.. lagipun demam n selsema aku masih ada.. silih berganti kebahnya.. kejap ok.. kejap tak ok balik..

balik dari kerja.. aku singgah city centre.. hehehe plan shopping lagi.. kali ini aku teringin nak beli kekacang.. so singgahlah holland and barratt.. banyak juga jenis kacang-kacang yang ada.. teringin pula tekak nak makan kacang.. lepas tu aku singgah john lewis.. tetiba hati aku nak belikan pakwe perfume pulak.. dah asyik aku je yang borong masa boxing day.. sampai kena sound.. takde belikan dia apa-apa ke? Hari ini memang rezeki dialah.. adalah perfume yang murah CK euptoria.. dalam 15.99 dan aku pun beli lagi perfume CK in2u.. dalam 11.99 je.. takpelah.. belanje pakwe.. lagipun dapat gaji minggu lepas.. tak kena potong.. walaupun aku cuti hampir seminggu setengah.. gaji on macam biasa juga.. alhamdullilah..

Dalam perjalanan balik tadi kepingan salji mula turun lebat.. pagi tadi masa nak keluar rumah pakwe telefon katanya.. tempat kerja dia penuh salji.. tapi di city centre takde turun salji lagi.. tapi tadi semasa tunggu bas.. nampak juga 2 3 buah kereta yang penuh dengan salji.. memang cuaca bertambah sejuk kebelakangan ini.. akan salji tebal ke esok??? kita tunggu jelah.. kalau ada rezeki boleh main salji esok.. kalau tak.. aku lepak kat rumah jelah.. tak pun p shopping lagi heheheh.. asyik abiskan duit jelah.. tapi bila lagikan.. dah alang-alang ada gaji.. belanje pun duit gaji.. alhamdullilah.. itulah namanya rezeki.. semoga terus dimurahkan rezeki...aminn..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin