Wednesday, 23 January 2008

Letih lagi..

Hari ini aku bawa kak khadijah ke IT help desk di Library kampus John Anderson.. well.. alhamdullilah semuanya selesai.. dapatkan login dan password untuk logon to university system.. ajar dia bagaimana nak gunakan Nemo email dan pegasus.. nasib baik aku mengajar student undergrade di uni strathclyde.. ajar pun university system.. and microsoft applications..

Selepas aku ajar dia bagaimana nak gunakan system university.. aku dah janji dengan kak haizan nak bawa dia dan sukukumar.. (yeke aku eja nama dia nie).. student phd baru.. baru register hari isnin yang lepas.. dari usm.. study di department aku.. just beza dia bawah group software engineering.. aku dan mas, group i-lab (information lab) dan kak haizan pula group planning.. so dulu 4 orang student phd dari malaysia.. Ida dah selesai viva .. dah balik pada penhujung bulan 11 ari tu.. so kini kembali 4 orang.. so ada juga kawan sama negara di department.. taklah rasa asing sangat..

Selepas pergi ke international office.. untuk buat surat student status for bank application.. kami tunjukkan kak khadijah tempat utk tunggu bas.. sebab lepas tu aku dan kak haizan nak tunjuk kumaran.. bank Lloyd TSB pulak sebab dia kena set appointment nak buka akaun bank.. aku temankan kak haizan ke pejabat pos.. dia nak poskan hadiah anak buah dia.. selepas itu kami pergi makan di best kebab (lama juga aku tak pergi sana.. patutlah cam kurus sikit ehhehe.. tak makan kebab).. selesai makan aku pun terus pergi kerja.. wahh dah 3 ari aku tak study nie.. yelah sibuk uruskan orang yang baru sampai.. temankan dia register.. lepas tu bawa dia ke jordanhill kampus.. hari ini pulak settlekan login account.. bank application letter.. harap esok aku dapat study.. banyak juga benda nak kena buat nie.. questionaire nak siapkan.. apa pun tak usik.. balik rumah pun bukan dapat nak buat kerja.. yelah ada tetamu di rumahkan.. bukanlah menyusahkan.. tapi biasalah.. mood takde.. hehehe.. saja alasan kot

Hari ini kerja seperti biasa.. dah 3 ari ini rasa keja letih sangat.. entahlah.. tak tahulah kenapa takde mood.. nasib baik takde training ari nie.. so tak banyak kena kemas.. dalam pukul 5.15 aku dah siap semua.. sebab dah janji dengan kak haizan nak temankan dia ke argos.. dia nak beli sleeping beg.. aku lak nak beli sudu.. ada offer murah kat argos.. cutlery set 24 pieces baru 2.99.. aku memang nak beli sudu pun.. asyik ilang jek sudu nie.. pakwe bawak bekal.. sudu pun tinggal kat tempat keje..

Balik dari argos.. terus singgah beli ayam.. aiii.. camnielah.. bila dah pakwe asyik keje siang dan malam.. semua urusan rumah dan beli brg2 dapur terpaksalah aku take over.. nak tunggu weekend ayam kat rumah dah abis.. nak tak nak terpaksalah.. camnielah hidup di negara orang.. lagi pun status dah jadi student.. baju.. gaya penampilan semua dah berubah.. pakai kasut pun takde dah tumit tinggi.. semua flat shoe je.. tak de ler aku nak pakai kasut tumit tinggi.. apatah lagi mengenangkan nak kena panjat bukit karang ada pulak mengelongsor turun lak..

Oklah.. aku pun nak rehat.. letihnya 3 ari nie.. kadang rasa cam nak cari orang yang leh urut je .. kalau kat mesia nie aku dah balik kg.. ajak mak teman aku pergi berurut.. rindunya kampung halaman.. tapi takpe.. insyallah aku nak balik dalam beberapa bulan nie.. insyallah.. kena settlekan semua.. aminnn

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin