Wednesday, 28 January 2009

Wanita dan memasak?

Kenapa tanggungjawab memasak itu berikan kepada wanita?? Kenapa bila seseorang wanita itu tidak pandai masak dia akan dilabelkan sebagai tidak memenuhi ciri-ciri seorang isteri yang ideal?? Wanita dilihat sebagai individu yang seharusnya lebih layak berada di ceruk dapur.. hingga ada kata-kata "Walau setinggi mana jawatan si wanita.. di ceruk dapur jugalah tempatnya". Tanyalah kebanyakan budaya negara mana pun.. pastinya wanita dilihat sebagai mereka yang sinonim dengan masakan..

Dulu semasa aku masih bekerja dengan 'Legal House', manager di situ pernah bertanya denganku

"Did you husband cook for you?"

dan aku jawab.. "Sometimes but mostly I'll do the cooking".

John memandang aku dengan muka yang sedikit berkerut dan berkata kembali

"I always be the one who cook in the house, my wife never cook in her life".

Aku yang mendengar sedikit terkejut dan John sambung kata-katanya dengan pesanan

"Your husband should cook for you.." dan aku menjawab dengan sebuah senyuman sahaja dan sebuah pemikiran.. ada kebenaran kata-katanya itu.

Tadi petang semasa aku sedang memasak tomyam (masakan yang paling aku suka.. sebab senang dan cepat), si adik berkata padaku.. "Kak, saya nie tak pandai masaklah.. semua mak yang buat"

Aku mendengar hanya tersenyum sahaja.. dan lantas menjawab..

"Alah yang penting mesti tahu asas memasak, cukuplah.. dan selagi boleh diterima tekak tu kira dah oklah tu kan"

Teringat kata-kata ibu saudaraku dulu.. dia pernah menceritakan padaku tentang kisah anak buahnya seorang isteri.. ketika mula kahwin.. si jejaka mengatakan tidak kisah andai si gadis tidak tahu memasak katanya "Boleh beli kat kedai jek..tak pandai masak takpe" itu kata masa bercinta memanglah semuanya ok jek.. tapi menurut ibu saudaraku.. bila sampai ke usia meningkat tua.. si jejaka sudah mula merungut .. katanya sudah tidak tahan lagi bertahun-tahun makan kedai.. tak tahan makan luar.. dan mula teringin isterinya mula memasak sendiri makanan.. Nah?? dulunya yang tidak kisah.. kini kisah.. yelah selama mana kita tahan bertahun makan diluar.. selama mana tahan perut dengan makanan kedai yang kadangkala tidak tahu tahap kebersihannya.. tahan dengan kuantiti ajinomotonya.. tahan dengan puluhan duit yang dibazirkan.. dan kebenaran isu memasak ini juga aku lihat berlaku dalam lingkungan keluargaku sendiri.. sebuah penceraian berlaku atas dasar kerana si perempuan tidak mampu memenuhi selera dan perut si suami.. emmm..

Mengenangkan itu semua.. teringat aku semasa mula mengenali pakwe.. Aku telah diminta untuk menyediakan makanan semasa dating kami yang pertama dan beberapa dating kami selepas itu, aku diminta untuk memasak beberapa masakan tertentu.. Rasanya kalau orang lain mesti dah 'reject' pakwe camtu kan hehehehhe..

Masih aku ingat membawa bekalan nasi putih, sayur goreng, sambal sotong dan ikan goreng menaiki komuter ke Klang.. Kami duduk di tepi bukit berhampiran istana lama Klang sambil menikmati makan tengahari yang aku masak ketika itu.. itu belum lagi permintaannya untuk aku sediakan nasi minyak pada dating kami seterusnya.. hingga terpaksa aku telefon mak di kampung minta resepi.. sampai kena perli dengan mak..katanya.. "Ko nie mintak resepi nie mesti takde orang lain yang suruh ko masak kan.. mesti si dia kan" Aku senyum sengih jelah dalam telefon menahan telinga mendengar kata-kata perli mak ketika itu ;)

Dahysat juga melayan permintaan pakwe.. itu belum lagi permintaan mee goreng.. bihun goreng.. kue tiaw goreng.. adeihh tah macam-macam lagi.. orang lain pergi dating ajak makan kat luar lepak-lepak.. aku pula pergi dating kena paksa rela masak untuk bekalan berdating kami.. namun itu hanya fasa pertama dating kami.. setelah aku 'lulus' heheheh (kalau tak lulus pun aku apa kisah pun) cuma rasa tercabar dengan permintaan yang aku kira pelik ketika itu kerana belum pernah lagi ada lelaki yang meminta aku memasak untuk mereka kerana.. kebanyakan pakwe-pakwe lain sebelum ini yang aku kenali.. kebanyakannya pandai masak dan malah ada pernah memasak untuk aku ;)

Namun aku bersyukur kerana pakwe aku sememang pandai masak.. dan bukan setakat itu malah mampu buat kuih sendiri ketika aku sibuk dengan study.. Siapa kata wanita sahaja yang perlu tahu memasak.. lelaki pun sama.. bukankah nanti memudahkan urusan rumah tangga bersama.. tidaklah tanggungjawab itu digalas oleh sebelah pihak.. Namun hingga kini aku pasti seronok andai ada permintaannya meminta aku masak

"Na.. buat laksa abang nak makan"

"Na.. buat rendang daging abang teringinlah"

"Na.. buat ayam goreng KFC abang nak makan"

"Na.. goreng mee.. abang laparlah"

"Na.. masak ayam masak lemak cili api"

"Na.. buat maggi goreng"

Semua permintaan itu pastinya akan aku turutkan dan teringat pesanan mak semasa aku mula kawin dulu.. ada 3 perkara yang perlu aku jaga kata mak

"1- Jaga makannya.. masaklah makanan kegemarannya.. layan dia makan berhidang dan jangan sekali-kali biarkan dia makan tanpa berhidang" - Yang ini kadangkala kalau sempat aku hidanglah.. kalau tak sempat dia ambil sendiri dari periuk.. selalunya aku akan cuba hidang makanan itu di atas meja jika kelapangan ;)

"2- Jangan sekali-kali merendahkan martabatnya.. jangan sekali-kali membangga diri dengan kelebihan akademik.. kerja yang diperolehi.. mentang-mentang ko belajar tinggi dari dia.. ko ungkit segalanya.. bangga diri.. jangan sekali-kali buat begitu"

"3- Jaga hubungan zahir batin.. terutama yang batin itu.. penuhi kehendaknya.. kerana lelaki ini mudah bosan dan cari lain andai tidak dipenuhi.."

3 perkara ini sentiasa aku pegang.. dan aku sentiasa ingat pesanan mak padaku.. Mungkin korang ada pesanan lain yang kita dapat kongsikan bersama ;)

Ya wanita dan masakan tidak dapat dipisahkan.. kita tak perlu menjadi chef terkenal dan glamour untuk menambat hati suami.. cukuplah dapat memenuhi citarasanya... dan memasak makanan kegemarannya ;) tapi andai dapat si suami pula memasak sekali sekala bagi meringankan bebanan isteri.. pun sudah cukup bermakna buat si isteri dan tiap kali dia sediakan makanan itu... pastinya sebuah ciuman manis akan singgah sebagai ucapan terima kasih ;) terutama bila kesibukan study melanda.. dan tumpuan seharusnya diberikan lebih banyak pada saat-saat yang benar-benar sibuk.. ketika ini bantuan begitu amatlah aku hargai sangat-sangat

Soalan yang sentiasa berlegar dalam kepalaku tiap kali dalam perjalanan balik ke rumah dari universiti

"Hari ini nak masak apa ekk"

Itulah wanita dan masakan...

12 comments:

ibundo said...

kadang-kadang berangan juga suami masak kat dapur sedangkan akak merelekkan badan atas katil sambil tengok oprah. pastu suami datang dengan dulang ditangan dan letakkan di katil bersama sebuah ciuman.
Hehe..ni dah terlampau banyak tengok love story ni.
hmm ala hai.. perempuan dan dapur, dapur dan perempuan. nak lari ke mana lagi. suami pun suka kalau kita pandai masak. bila suami puji tak ke kembang batang idung kita ni. ilang penat. penat bukan sebab masak je tapi penat mikir apa nak masak.

iina said...

Kak Pah

Betul tu.. memang penat fikir apa nak masak.. kdg sampai berangan2 nak masak apa.. kdg2 dah takde idea.. p tengok resepi kat internet hehhehe.. wahh kak ye imaginasi best sungguh ler.. sampai letak atas katil tuhh.. den nan ado lah.. tapi takat bwk pinggan isi makanan suap kat mulut den ada gak sekali sekala terutama time den busy buat report, tau2 jek ada pinggan mee kek sebelah.. masa tu gak bahgia jek rasoo ehhh hehehhe ;)

Ungku Nor said...

no komen la.
seumur idop akak takkan dapat merasa kot..ehehehe

aNIe said...

Tulah silapnya masa bercinta...tak tau masak pun tak pe...pastu dah kawin...ckp kat isteri...tak yah masak...lama2 isteri pun naik lemak...

Bila dah camtu...bertahun2 makan kedai...mula merungut...kata istri malas masaklah...macam2 aje alasan hanya untuk mencari sebab...tapi siapa yang mulakan...? Lelaki juga...

Seronok dengar cerita iina pi dating kene masak sendiri...

Akak dulu pun tak pandai masak...tapi bila kawin duduk dgn mertua...lama2 pandai jugak...lebih2 lagi cik abang tak minat makan diluar...

Tijah said...

den bacoooo...den pahammm...tapi bilo den tengok blk gamba poluk2 tu den songeh sorang2

*kok centu la main masak2 kek dapo osah best eh tu kan??

zura aini said...

iina,

sepatutnya dalam islam pun disarankan suami yang masak atau sediakan makan pakai bagai tapi kita ni orang melayu dah dari zaman nenek moyang semua benda isteri atau perempuan buatkan.Tengah nak train anak bujang memasak tau, supaya tau susah senang ketong ketang kat dapur.

Saya pun tak suka kalau suami masuk dapur masak, bukannya kita dapat rehat pun, kita jadi kuli pulak, nak bawang, nak kicap, itu ini. Last2 kita kena basuh periuk, baik kita sendiri masak, itu belum rasa masakan yang serba mak nenek nak masuk sos tomato, ha, ha.....

Faisal said...

macam tak lepas jek komen aku tadik.. sangkut2 pulak line tenet hari ni..

laki kena masuk dapur ke??? hmmm... kalau aku start masak, esok aku kena masak lagi, esok lepas esok pun aku masak, lepas tu pun aku, masak lepas aku pun aku, lepas masak aku masak... heheh.. macam kene queen kontrol jek.. wahahahahaha!!!!!

.
.
.
.
.
.
p/s: yang... abg gurau jek...

ANEEZ ALI said...

HEHEHEHEHE...klakarnye this entry...mcm tak leh je sang suami nak masak..anyway, it's me anis UPSI (silent reader dah lama dah ni)...

just nak bgtau...k.ina dah kena tagged

iina said...

Kak Ungku

Tu kena paksa rela si anak2 masak sok leh omak dio duk relak lak ;)

Kak Anie

Yup sedikit sebanyak mmg ada contributionnya.. biasalah kak kan zaman bercinta semuanya indah belaka heheheh ;).. Kalau dah duk ngan mak mertua mmg kena belajar masaklah kan kak ;)

Tijah

adeih ekau nielah.. nan ado lak yang ko berangan2 wakakakah..yolah mmg best centu po.. kalau masak tak sedap nak marah pun xboleh de.. sobab masak sesamo kan ;)

Zany

Betul tu mmg masak dan menyediakan bahan makanan adalah antara tugas utama suami dan isteri melakukan atas dasar membantu suami.. biasalah pakwe saya kalau masak pun cenggitu gak.. lepas masak pening palo ngemas.. pinggan kuali periuk semuo tunggang langgang.. tapi lama2 kan buat xtau jelah asalkan dia nak masak sekali sekala terutama time2 kritikal saya tgh busy sgt22 ;)

Faisal

Ini alasan bukan pertama kali aku dengar dari mulut lelaki.. dan banyak aku tanya semua cenggitu asalannya sebab takut nnti kena asyik masak jek.. ada ke camtu.. aku kalau pakwe aku masak sekali sekala takdelah aku biar dia masak hari2.. dan setiap masa.. just kdgkala aku dah boring fikir apa nak masak.. kdg mogok gak muahahah cakap aku nak makan lauk telur ngan kicap jek ari nie.. Alah aku tgk ayah aku ngan abah mertua aku masak sekali sekala relaks jek.. lagik lak abah aku leh buat capati sendiri.. dan ayah aku sekali sekala buat cekodok.. mmg selesai kami adik beradik abiskan hehehe ;)

Aneez

salam singgah.. adeih ko nie.. suka nar menambh hutang kat akak yo.. takpennti akak byr utg tag ko ekk ;)

Faisal said...

hahaha.. agak dah musti ko jawab balik punye.. aku nak masak? buleh.. takde masalah kalau aku nak masak, dan aku rasa aku masak sedap.. hahaha.. tapi tengok la ape masakannye kan.. hari2 makan nasi + telur goreng je bleh??? hahahaha..

takmo komen lelebih le Ina, kang aku makan luor aje kang nanti.. hahaha.. bukan aku sorang jek bace blog ko ni..

Sitie BUm BUm said...

sy tahu msk sikit2 je..

iina said...

Faisal

wakakakah.. ada spy ke heheheh cakap kena lapik2 idak krg ada yg mogok taknak masak.. hari2 mkn nasi ngan telur apa kes..heheheh kita makan sayur ngan buah jelah gitu kan senang xyah dah nk masak2 ;)

siti

Yg penting tau asas masak dik.. camna nak tumis bwg.. camna nk tggu cili tu garing apa kena masuk dulu.. kira ok ler tu kan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin