Sejak bangun pagi tadi aku belum berkesempatan untuk duduk rehat.. apatah lagik nak baring meniarap cenggini.. nie yang jeles nie ;)
Menyiapkan sarapan pagi bihun goreng (ini bakinya lepas tah berapa kali round makan tau.. jap lagik abis ler tu hehehehe). Aku kemas dapur yang berselerak.. susun pinggan mangkuk.. tupperware yang melambak-lambak tu.. tah mana ler datang tupperware nie semua.. rasa nak buang jek
Tengok jam sudah pun 9.30 pagi, kelam kabut untuk mandi pagi dan bersiap-siap ke sekolah malaysia glasgow.. giliran kelas bahasa melayu hari ini.. lama juga aku tidak mengajar hampir 2 bulan lebih rasanya kerana balik ke malaysia.. program penghayatan aidiladha.. cuti x'mas dan tahun baru..
Alhamdullilah kelas berjalan dengan lancar.. sengaja hari ini aku meminta mereka membaca sebuah petikan pendek untuk melihat sejauh mana mereka mampu membaca bahasa melayu dengan baik.. Alhamdullilah kebanyakan mereka mampu membaca secara lancar walaupun bila ditanya makna perkataan berkenaan mereka tidak tahu langsung melainkan bila aku terjemahkan ke dalam bahasa inggeris. Melihatkan tahap pembacaan mereka tadi dapatlah aku agak sejauh mana mereka dapat memahami penulisan dalam bahasa melayu.. dan perancangan kelas akan datang sudah ada dalam kepala aku ;)
Selepas kelas, kami mula sibuk membeli barangan rumah.. ayam, daging dan ikan.. banyak juga barangan keperluan rumah yang perlu dibeli. Balik ke rumah.. aku kembali mengemas rumah.. semua sudut dikemas kali ini.. bermula dengan ruang tamu.. dapur dan bilik study aku.. Masa inilah peluang nak membuang segala benda, kertas, sampah yang tidak berguna lagi.. lepas berkemas.. mulalah sibuk memikirkan lauk tengahari pula..
Apa lagi lipat lengan bajulah aku.. dan setiap minggu lauk ini adalah lauk wajib yang perlu ada dalam menu..
Masak lemak cili api.. itulah jadinya bila berkahwin dengan orang negeri sembilan.. tak boleh tidak.. mesti kena ada.. Lagi pun aku memang suka masak lauk ini sebab senang nak dimasak dan tak rumit sangat ;) Sekali tengok cam lauk kari jek kan.. tapi pakwe den memang request lauk lemak cili api nie warnanya oren sedikit.. sebab aku tumis cili mesin terlebih dahulu.. kalau omak masak memang sejati suci warna kuningnya ;)
Semalam semasa aku mengambil majalah supermarket 'somerfield'. Aku terlihat ada maklumat lanjut tentang '5 a day' iaitu 5 bahagian buah-buahan dan sayuran. Kemarin aku ada ditanya tentang '5 a day' oleh seorang rakan.. dan kali ini aku paparkan apakah yang dimaksudkan dengan 1 bahagian (portion) itu.. kita disarankan untuk makan 5 bahagian buah-buahan itu dan bahagian yang dimaksudkan itu bukanlah bermaksud sepotong tetapi sebiji atau beberapa potongan sayuran dan buahan mengikut jenisnya.
Aku pun baru mengetahui mengenai bilangan bahagian ini.. ingatkan sepotong sama makna dengan 1 bahagian rupanya bukan.. kita kongsi info ini bersama-sama ya ;)
Oklah aku nak merehatkan diri di depan TV.. Menghabiskan buah limau dan delima yang tinggal sebiji lagi di meja dapur ;).. Selamat cuti hujung minggu ya
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
5 comments:
masak lomak ekau tu kak.. begitu menikam sukmo..
den dah tak dulik dah yg 5 a day tu.. muehehehe..
Ooh...gitu rupanya diorang kira 1 portion ye?...kita ingatkan 1 potong kan?
Thanks for sharing....
Hari ni hari minggu akak sarapan Bee Hoon Goreng juga...
Salam iina..
Wah..bagusnya kt glasgow siap ada sekolah malaysia dan kelas bahasa melayu lg..sekurang2nya bila balik anak2 ni tak jauh ketinggalan dgn rakan sebaya mereka yg bersekolah di malaysia..mesti ramai orang malaysia kt sana.. Semua Malaysian hantar anak2 diorg ke sekolah ni ke?
mengemas = memasak = kerja perempuan. tak boleh lari dah. Celik je mata ingat nak masak apa. Sebelum tido pun ingat nak masak apa. Kadang-kadang boring gak. Tu yang masak main campak-campek je tu.
Piah
menusuk kalbu?? ko nak akak masak utk ko ke.. alah ko beli jelah kek kedai makcik ikhlas.. kek tompek si tijah tu.. lagik suci murni warno kuning lomak cili api dio..
Kak Anie
Tulah kak mula2 ingat makan 5 potong tu dah cukup ler 5 a day rupanya 5 biji heheheh.. memang sekali sekala best gak layan bihun goreng kan kak.. dah bape ari nie terbyg2 jek kesedapannya ;)
Eiyda
Alhamdullilah dah tahun ke 2 sekolah nie bermula.. dulu masa mula2 byk juga yang kurang kat sekolah.. tapi alhamdullilah sebab akhir semua berjalan dengan baik.. kat kawasan akak duduk jek ada lebih kurg 43 family malaysian.. itu belum area lain lagik.. tak semua yang hantar sebab tak semua ada anak2 yg bersekolah.. di SMG kami beri penekanan pada subjek bahasa melayu dan pendidikan islam..
Kak pah
betul tu.. dah nama org pompuan kan kak takde benda lain kena settle.. bab masak tu mmg kak.. saya kena fikir tiap kali nak balik umah dari universiti.. dalam bas kepala dah mula fikir apa nk masak ari nie.. alhamdullilah pakwe saya jenis tak cerewet mkn.. apa saya masak dia makan jek.. kalau xsempat.. dia lak yang tolong masak ;).. tapi weekend saya ler take over all out ;)
Post a Comment