Friday 2 January 2009

Bertambah Usia dan Azam Baru

Semalam aku letih sangat.. Seharian berada di luar rumah menikmati keindahan alam.. dan seperti telah dirancangkan kami telah berjalan menuju ke pinggir beberapa buah pelabuhan di sebelah timur Scotland.. (nanti aku update entri kemudian.. gambar banyak sangat)

Aku masuk tidur awal kerana terlalu letih.. pukul 9.00 malam dah mula menikmati keempukan bantal.. ketika sedang cuba melabuhkan kelopak mata.. fikiranku entah mengapa terlintas beberapa perkara. Tahun 2009 telah tiba.. aku sudah ada di sini 2 tahun.. sekejap masa berlalu.. dan usia juga bertambah.. menghampiri pertengahan 30an.. banyak juga perkara yang belum aku capai menjadi landasan fikiran aku malam tadi.. perjuangan yang masih belum selesai.. ketentuan dan perjalanan kehidupan seterusnya.. keinginan yang masih hingga kini tidak pernah sedikitpun aku putus asa dan sentiasa terus berdoa akan kehadirannya..

Selamat tinggal 2008.. dan selamat datang 2009.. malam tadi aku mimpikan tentang study aku.. tentang sebuah pertemuan yang akan aku hadapi diakhir pengajian nanti.. harapanku.. biarlah semua itu berjalan dengan sebaiknya.. dan nanti kami akan dipertemukan semula bila pulang ke tanahair.. secara tiba-tiba aku teringatkan sahabat baik aku.. Mashi dan Kak Ramlah.. kami sama berjuang dalam medan ilmu dan jarak masa kami melanjutkan pelajaran juga hanya berbeza minggu dan bulan.. dan Insyallah kami akan bertemu semula nanti...

Kita teruskan perjuangan kita di 3 bumi yang berbeza tapi satu hasrat dan satu cita-cita.. aku di UK, Mashi di New Zealand dan Kak Ramlah di Malaysia.. semoga semuanya baik-baik dan tetap teruskan perjuangan.. Insyallah.. Aku rindu korang semua.. dan sentiasa doakan kita mampu selesaikan perjuangan kita sebaiknya ;) Aminn

Buat semua sahabatku diluar sana.. anda juga sahabat baikku.. Alhamdullilah aku bertemu anda semua.. dan sentiasa tanpa jemu memberi sokongan dan teguran.. dan setiap satunya amat aku hargai hingga bila-bila ;)

Aku tukar warna baru untuk rumahku kali ini.. sedingin salju.. sekelabu pandangan.. tapi masih segar menikmati langkah perjuangan hari demi hari

8 comments:

Tijah said...

suke kaler nih...sejuk mata memandang!!!!

layannnnn!!!!

Kak Long said...

Malam tadi pun saya mimpi gaks, mimpi pelik, rupa-rupanya tanpa saya sedar ada sesuatu sedang terjadi...hehehe...nak gelak pon ada....

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

happy new year dan semoga berbahagia sokmo

iina said...

Jah..

Kelabu itu menawan heheheh

Kak long

Emmm.. memang ada sesuatu yang terjadi kot.. tapi mimpikan mainan tido ;)

CB88

Happy new year 2 n gembira selalu ;)

KTS said...

aduiii... masuk sini rasa sejuk sesangat...

rupanya tuan umah tukar warna...

dengkisss la tu... nak suruh org lain pun rasa apa yg dia rasa :P

taaaaa, dear...

iina said...

KTS

alah bukan semua blog ko masuk sejuk.. blog aku jek muahahaha.. lelain ye blog ko leh nikmati summer sepanjang tahun ;)

tatitu love

SRISUFI said...

salam akak...

sangat cantik tempat2 tu....best nyer kalo sri leh ke sana

akak,nanti sri nak cilok serba sikit pengalaman akak kat sana wat penulisan sri ye...

ni email sri::
jj_srisufi at yahoo.com.my

iina said...

Sri

Alhamdullilah memang seronok memandang alam yang cantik ciptaan tuhan.. tapi pada yang sama rasa sedih kerana ada bumi lain yg kini padang jarak padang tekukur dek peperangan.. sedih rasanya..

pengalaman apa dik? kena bg detail apa pengalaman yg adik nak tahu.. nanti akak email k ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin