Tuesday 20 January 2009

Sebuah Pemergian

Sudah 2 hari aku tidak menjengah ke CIS.. beberapa urusan lain perlu aku selesaikan dan bantu dalam 2 hari ini.. Menyelesaikan urusan si adik bagi memastikan keselesaan dan semua keperluannya berjalan dengan baik hendaknya.. Alhamdullilah dan insyallah.. dalam minggu ini semuanya dapat diselesaikan yang termampu mungkin..

Aku turut terima sebuah perkhabaran sedih tengahari tadi.. Al-fatihah buat ayahanda khairyn yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 8.45pagi waktu malaysia hari ini bersamaan dengan pukul 12.45 malam waktu UK..

Menjengahnya bersama seorang sahabat untuk memberikan sokongan dan kekuatan.. membuatkan aku terusan berada di rumah seorang sahabat ini bagi membantu yang terdaya.. berada seharian di luar rumah dengan beberapa urusan yang perlukan perhatian.. agak meletihkan juga.. namun dalam menyaksikan airmata sebuah pemergiaan.. turut mengundang titisan yang sama di kelopak mata.. kematian menginsafkan kita.. ada iktibar dari setiap pemergian itu.. Mendengar kisah kehilangan rakan-rakan yang yatim piatu.. Betapa aku bertuah mampu melihat dan berkata-kata pada mak dan ayah membuatkan aku begitu menginsafi diri..

Sebuah pemergian yang meninggalkan erti yang mendalam buatku.. Sedangkan dulu pemergiaan arwah tok dan nenek sudah cukup membuatkan aku begitu sedih.. apatah lagi dulu aku amat rapat dengan arwah nenek.. dan aku juga tidak dapat membayangkan andai aku kehilangan mak.. pastinya ku lihat dunia dari sudut yang amat berbeza..

Berada dalam kelompok mereka yang sudah kehilangan salah-satu mereka (mak dan ayah) dan mereka yang juga kehilangan kedua-duanya.. mendengar mereka menyingkap kenangan pemergian itu membuatkan aku kehilangan kata-kata.. membuatkan aku tersentap hati.. dan membuatkan aku merasa betapa aku masih beruntung kerana mampu memiliki mereka buat sementara ini hingga dipanggil ilahi suatu hari nanti..

Semenjak genap 2 tahun usia aku disini dan melangkah masuk ke tahun 3.. mengenangkan tinggal setahun tempoh yang ada.. membuatkan aku kini amat terasa betapa cepatnya masa berlalu.. betapa banyak lagi yang perlu diselesaikan.. ohhh baru aku kini rasakan tekanannya.. banyak perkara sudah mula aku fikirkan satu persatu.. semuanya kini mengundang banyak kerisauan dan andaian..

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan.. Amin..

Beberapa perkataan menjadi sebutan kami hari ini ;)

"Hati yang tulus ikhlas" kata Cik Ika

"Cahaya keimanan" kata Cik Mol

"Telagaku telah kering" kata Cik Sue

"See you in heaven" kata Cik Azu

"Mutton cross the road.. and you make my blood go upstair" kata Cik Ati

"Cuba try test" kata Cik Ani

Kata aku?? "'Smile Always ;)"

13 comments:

Kaktiny said...

dan aku hanya suka kata-kata ko..
"Smile Always ;)"...

ceri masam said...

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan..

amin!

dan takziah atas kematian ayah kawan iina tu

kakpiah said...

takziah kepd kawan akak..

Mutton cross the road.. and you make my blood go upstair..
hehehe..
tu ayat julie dahlan tu.. drama pengantin popular kan?

mmng tak bleh blah ayat tu..
ader lagik..

*eh datuk.. u wait forever.. i kol u back later..

*i find u good location ..
got swimming fool..
can wear seksi2..
but u?
no it isnt.. stubborn..

wakaka..

julietchun said...

Jgn bersedih, akan ada kebahagian menanti anda di depan sana. Cam KTS plak aku ni yer.

SRISUFI said...

salam sis..

harap sis sihat.

sri turut sedih membaca entri ni.salam takziah buat yg ditinggalkan.

ni azimat dr sri utk akak n myself:

Bila engkau letih & hilang rs smgt,
Allah tahu betapa kamu tlh mncb sedaya upaya,

Bila tangisan mu berpnjgn & hati mu kedukaan,
Allah tlh mengira titisan air mata mu,

Bila engkau rs ketinggalan & ms meninggalkn mu,
Allah sntiasa disisimu.

Bila engkau tlh mencuba tp x tau arah tujuan,
Allah ada jln penyelesaian".

=)

Ungku Nor said...

akak pun nak cakap kek iina..

'Smile Always bebeh..'

ibundo said...

AlFatihah untuk yang pergi.
Kita tidak tahu betapa peritnya kehilangan seseorang yang amat kita kasihi sehinggalah kita merasai kehilangan itu. Sehingga sekarang akak masih merindui emak yang pergi dua tahun lepas.

Semuga semua perkerjaan dipermudahkan untuk iina.

ibundo said...

tadi akak dah tinggal komen apasal tak masuk lak. Akak cakap, semuga segala pekerjaan dipermudahkan untuk iina.

Alfatihah untuk yang pergi dan takziah kepada yang telah kehilangan.

KTS said...

takziah buat sahabat ko...

daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...


andai kutahu, kapan tiba ajalku.....

khairyn said...

iina,
thanks for being there.
thanks for the support.
thanks for all the help.
thanks for everything.

Semoga Allah permudahkan urusan kita di Glasgow dan balik cepat-cepat :)

iina said...

Tiny

Tq dear ;) senyum selalu k

OL

aminnnn.. thanks again.. she will really appreciate it

Piah

hehehe dapat ko tangkap kata-kata tu ekk.. mmg semlm gosip panas ngan kekwn pasal cite pengantin popular tu ler..mmg ada gak kitaorg sebut swimmingfool heheheh

Juliet

Baik ngaku cepat sapa nie??? juliet ke LTS nie.. korg nyamar jdik kembar ya.. walau bagaimanapun thanks atas kata2 tu.. walaupun penyamaran telah dilakukan.. ;)

Sri

Thanks sis.. lovely words.. really appreciate it ;)

kak ungku

thanks kak.. smiling nie smiling hehehe ;)

Kak pah

ado lah kak pesanan akak tu.. cuma den ye komen nie kena moderate dulu. tu yg xkuwa.. hehehe thanks kak.. insyallah perjalanan hidup kita dipermudahkan ;)

KTS

ku tahu lagu itu.. ;) betul kita yg hidup harus teruskan hidup tapi melihat dan merasakan xkan sama kan ;)

khairyn

Sama-sama.. kita teruskan perjuangan dan selamat balik ke malaysia.. senang2kan hati.. tunaikan semua hasrat sepjg berada di malaysia.. jaga diri k ;)

Cikgooden said...

aku suka ada awek sorang berjoget dengan kucing dia...menghiasi blog komer nih..he he he.

Unknown said...

takziahh.. :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin