Dalam bas tadi aku terima kiriman ini
"Salam akak. Kalau tgh2 boring tu, ambiklah pic snow yg tgh trn dgn lebatnya ni. Msk dlam blog. Hehe. Ni tgh boring ngadap mesin. Ok kak"
Masa tu memang salji sedang turun dengan lebatnya.. amat lebat berkeping-keping.. semua jalanan putih sejati jadinya.. semua kereta diliputi kepingan salji yang amat lebat sekali.. malah tingkap hadapan bas juga dipenuhi kepingan salji yang memutih..
Inilah gambar yang sempat aku ambil dari dalam bas. Keadaan bas yang tingkapnya penuh dengan wap air dan berkabus tebal amatlah mengehadkan pandangan namun dapat juga menjengah melihat keluar tingkap melalui ruangan yang tidak berkabus.. itupun amatlah terhad pandangannya.. namun masih mampu menikmati indahnya suasana petang itu melihatkan jutaan kepingan salji turun memenuhi bumi.
Untuk tidak menghampakan si pengirim pesanan itu.. Aku paparkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil.. Ketika ini aku berada di kawasan Stobhill Hospital menemani seorang adik yang baru sahaja sampai dari Malaysia yang akan menjalani 'attachment' disini.
Berangan juga nak ambil gambar semasa salji itu turun dengan lebatnya.. tapi dalam bas kan.. takkan lak nak terjun dari bas pula semata-mata nak bergambar punya pasal.. walaupun hajat dihati tu memang nak ler sesangat.. adik yang di sebelah pula terpegun dan sungguh teruja sekali kerana inilah pertama kalinya dia melihat salji turun selebat itu.. ;)
Jika tidak hujan.. pastinya kepingan salji itu akan kekal hingga esok pagi.. tapi jika hujan malam ini.. pastinya salji itu akan mencair dan hilanglah salji yang pertama pada tahun 2009 ini.
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
15 comments:
salam kak,
bestnye snow...lebat pulak tu. harapnya snow tu akan tiba juga ke Lampeter. Aminnn....
Tulah tak sangka snow.. tapi ikut wa=eather forecast mmg diorg predict mggu nie snow.. dan mmg turun snow selebatnya tadi ;).. harap2 esok turun ler lagik boleh main sledge heheheh ;)
sonotnye main snow.. nak main snow gak..
ah, tak kire, balik training petang ni aku nak grind ais dlm freezer tu buat salji!
Faisal
ko nak kikis ais wakakakah.. kikis bebanyak ehh nnti leh wat snowman ko letak gmbr kat blog ok ;)
kek kl ni ado gak salji. kek mines wonderland tu. tak sorupo langsung.
Lenkali kalo naik bas ko dok ler kat sebelah drebar tu:D
fuuuhhhh..sejoookkkknyaaa kat Serembaaannnnn..
*sambil imagine kat kipas angin ni ala-ala ada salji turun ;p*
angin sejuk kat cameron pun aku dah ketar2 dagu, inikan pulak snow..ee..ee..
aku teringin nak tengok salji hitam...
agak2 ko ada tak??
klu ada, snap utk aku eh..
hikhikhik...
salam akak....
lama tak jengah sini...
hope akak enjoy k...
sri jemput amik award...n sri tahu jawapan soalan teka teki akak pasti jwpn yg betul.hehehe
iina..
bestnya bole menikmati keindahan dan main2 ngan real snow..kt padang pasir ni mana nak ada snow...takat main snow buatan dlm mall jer tak jadi..huhuhhu..
ko framekan salji tu utk aku yek.. kehkehkehkeh...
Salam..hi akak.btw,sy akan ke glasgow early feb kot coz ade mslh ckit ngan visa.mayb xleh p end of this month..so,kalo akak tak keberatan,blh bg contact no coz sy takde kenalan kat sane.in case ade mslh,ade seseorg yg blh sy rujuk...tq
Kak Pah
Penah pergi dulu2 maso memuda heheh mmg tak best pun.. langsung tak samo ngan yg bebtul.. ;)
Juliet
Mana leh nnti dreber tu asyik tgk aku jek susah ooo dia nk drive bas tu.. aku kan cun cam ko gak
kak ungku
hehehe kak kikis ais gak ke?? ke kikis ais abc nie kak.. yg tu den cayo
Cikgooden
hehehhe itu baru bape persen jek.. adolah 10% jek sejuk tuh.. tapi kan kalau nmpk salji bebtul sejuk pun tak raso dah.. excited lelebih tau
KTS
kalau salji itam.. ko kena tunggu ada asap jerebu ler.. itu gerenti.. idak pun tggu jeklah letupan gunung berapi.. ;)
Sri
Insyallah nnti akak singgah k
OL
;)
Eiyda
apa gik pjgkan ler kaki ke glasgow nie dah kira dekat dah tu dubai glasgow ;) leh jumpa apa ;)
Tiny
aku frame gmbr leh.. sampai ko tua pun kekal maintain jek.. terutama lak kalau aku yg ada dlm tu kan.. sentiasa muda dan jelita wakakakah
Amoi
Pergi ke website ini banyak info yang boleh u dapat k
http://www.malaysiaglasgow.co.uk/
salammnya..seronoknya tgk salji kat tempat orang...
Post a Comment