Friday, 16 January 2009

I like your lipstick color..


Lokasi : Di Gym universiti
Masa : 6.15 petang
Hari : Jumaat (KTS hari ini memang hari jumaat tau.. bukan hari sabtu :P)

Sedang aku bersenam menggunakan 'Pectoral Machine'. Senaman untuk menguatkan otot lengan. Sedang aku berehat untuk menyelesaikan set ke 3 senaman itu.. datang seorang wanita berbangsa Afrika padaku

"Excuse me.." katanya dengan muka yang sungguh serius.

Aku yang sedang menahan nafas untuk menolak alatan itu ke dada terhenti seketika.

"Yes" Aku memandang wanita itu dengan seribu tanda tanya.

"I like your lipstik color"

Mulanya aku tidak dapat tangkap kata-katanya lalu aku bertanya kembali sambil mengerutkan muka. "Yes???"

Wanita itu memandang aku semula dan berkata dengan selamba. "I like your lipstick color"

Aku pandang wanita itu dengan sejuta tanda tanya dan terpingga-pingga. Sepintas lalu mulutku menjawab
"Ohhh.. emmmm.. Thank you"
Waktu itu aku pun tak tahu nak senyum ke nak sengih ke nak gelak.. semuanya seolah-olah bersatu pada riak muka.

Masa itu otak aku mula berfikir pantas.. Tangan pun mula menolak kembali alatan itu untuk meneruskan set terakhir senaman.

Aku pelik teramat pelik.. dalam banyak-banyak perempuan yang datang ke gym tu.. boleh pulak dia perasan aku.. yang pelik lagik.. boleh perasan pulak warna lipstik aku tuh..

Aku muskil ya amat.. kot ye dia nak puji badan aku yang kurus ke wakakakah.. otot-otot aku yang fit ke.. hehehe.. Puji semangat aku nak p gym ke.. muahahaha naik gaklah motivasi aku sikit.. Alahai.. nie warna lipstik aku yang dia puji.. memang dia prihatin sungguh..

Patut ler dia tenung muka aku masa aku sedang buat senaman 'chest press' tadi.. kebetulan ketika itu dia berada bersebelahan denganku sambil membuat senaman 'upper back'.

Ngeri jek kalau orang tetiba jek datang.. puji warna lipstik nie.. Nasib lepas dia puji tu dia blah selamba jek.. kalau kena dia datang balik.. belek-belek muka aku ke.. tenung-tenung mulut aku ke.. eeeeeeeeee.. tak sanggup aku ler..

Memang kelakar sungguh ler insiden hari ini.. tak leh lupa aku insiden tu.. nak tau brand apa??

Brand Avon UK jek..

Agak-agak korang nak rasa kena puji warna lipstik yang korang pakai.. masa pergi gym tu pakai ler ye.. Sila-sila ler ye..

Balik tu aku senyum sampai ke telinga ingat balik kata-kata tu.. nak tergelak pun ada.. sengih pun ada.. kelakar sungguh ;)

Tapi aku respek jugalah sebab dia puji tu secara terus tanpa selindung langsung dan tak malu-malu pun.. mungkin agaknya budaya mereka begitu kot..

Akan aku jumpa dia lagi tak agak-agak minggu depan?? Kena tukar warna lipstik lain ler nampaknya.. ;)

8 comments:

Faisal said...

hahaha.. pernah ko try lipstick kaler lain2.. lip atas kaler orange, bawah kaler hijau.. tengok ade tak yang nak puji.. :)

tapi yang penting ikhlas dalam memuji, aku pernah puji sorang student UiTM masa aku bagi career talk, die jadi emcee utk talk tu tapi muka masam mencuka, tapi aku memang suka tengok kasut die so aku kata la kat dia masa lepas dia invite aku naik stage "I like your shoe very much, only that I can't wear lady's :) bla.. bla..", immediately lepas tu die lebih ceria handle program petang tu.. hahaha.. budak sekolah ni pun nak bergaye jugak rupenye.. :)

cakap dalam hati je la kan.. sib baik girlpren aku takde kat situ, kalo tak ade org lain yg masam muke.. hehehe..

julietchun said...

Ko baik2,kali ni pompuan afrika, lenkali dtg lelaki afrika baru ko tak pegi gym dah,hahhahaha.

KTS said...

hari ini hari sabtu..

ya... memang hari sabtu...
bukan hari jumaat :P

aku rasa minah afrika tu puji ko sbb ko sorang je yg pakai lipstik gi gym kot...

muahahahahahahahaha...

k la... aku puji ko gak... "i like ur lipstick color
too" - ikhlas ni (jgn lupa kirim kat aku sebatang :P)

Kak Long said...

Salam ina, terima kasih di atas kiriman hadiah yang sungguh surprise itu. Walau kita jauh beribu batu malah tak pernah bersua pun tapi saya rasa sangat gembira dan sangat-sangat dihargai dengan pemberian ini. Maaf, buat masa sekarang saya bercuti meblog seketika, akan kembali bila sudah bersedia nanti. Anyway, pagi ini sungguh seronok, kirimanmu really light up my day....(sebabnnya pagi ni saya sedang tekun menaip semula projek paper saya yang telah musnah akibat virus2 kejam) Saya down betul disebabkan hal ini ++ hal2 remeh yang tidak penting tetapi terlalu saya fikirkan - nasib baik ada tiny menjadi pendengar setia. For both of you, sahabat dekat dan jauh, kalian sangat saya hargai...huhuhu...(rasa nak nangislah!)

ibundo said...

Salam. Akak selalu gak datang sini tapi lalu je tak tinggal tapak.

Orang tu being honest la tu. kalau tak takkan dia puji. (takkan ada udang sebalik batu lak)

Tijah said...

misti dia puji sbb dia penah beli kaler tu tapi kureng nampak sbb dia gelap kott?

Cikgooden said...

Aku terpikir..apasal dia tegur hang pakai lipstick?..

iina said...

Faisal

Kalau aku color gitu bukan takat ada org lain puji ke idak.. mau semua org dlm gym tu puji aku tau.. taknak lah krg glamour susah oo hidup ;)

aku agak2lah mesti budak pompuan tu syg gila kasut dia tu kan mesti simpan buat kenang2an sebab ada org puji kasut dia lawa heheheh..
pesal dulu ko takde pun puji aku pe2.. ngenakan aku ada lagi kan kan kan baik ko puji aku selalu heheheh

Juliet

Kalau laki afrika tegur aku.. selamba dek jelah aku layan muahahaha.. apa nak takut.. ntah2 dia tak berani nak tegur aku.. lagikpun bukan ko suruh aku carikan romeo utk ko ke?? wat2 lupa lak ;)

KTS

semalam ari jumaat.. ari nie sabtu ;P

wei ramai lagik awek dlm tu yg slim menylim pakai lipstik cecanggih dr aku tau..ko nak sebtg insyallah nnti aku carik setengah utk ko..

Kak long

Alhamdullilah dah terima.. ini pun tertanya2 gak tapi leh agak si tiny maybe bagi kat ko hari nie.. sebab korg ada kelas sama kan ;)
Airmata gembiara lebih bermakna dari airmata kesedihan ;)

Kak Pah..

Salam singgah.. rasanya mmg diorg ikhlas.. sebab dulu pernah gak kena puji ngan minah afrika masa kitaorg pakai baju raya nak pergi beraya kat rumah kekawan.. dia lalu dengan selmaba cakap.. "I like you colorful dress" masa tu cam tercenggang2 gak ;) tapi bila kena camtu semlm rasa kelakar ler pulak.. sebab dia dtg kat saya semata2 nk ckap liptik saya cantik pastu blah gitu jek.. tu yg cam terpegun sat.. ;)

Tijah

Cara ko cakap cam jurujual komestik jek aku tgk muahahhaha.. layak ler ko nie jadi aku ye style consultant ;)

Cikgooden

Itu tak tau ler cikgu.. agaknya warna liptik teman mengaburi matanya.. silau tgk kot.. teman sebenonya sememangnya cun muahahaha.. dia sesegan nak puji kot ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin