Monday, 5 January 2009

Desakan Fikiran & Hati

Semalam aku temui sahabat lama yang sudah lama tidak aku tahu khabar beritanya.. dulu pernah aku titip serba sedikit tentang diri dan keluarganya.. Tak sangka melalui facebook aku temui semula sahabat-sahabat lama.. dari zaman sekolah menengah.. zaman matrikulasi.. zaman degree di UKM.. sama tempat kerja.. sama merantau bersamaku di Glasgow ini...

Melihatkan seorang demi seorang yang kini sudah jauh berbeza bentuk rupa dan fizikalnya.. yang cute.. yang comel.. yang sihat.. yang tegap.. yang kurus.. yang maintain kecil lote.. yang bergaya.. yang bertambah bilangan keluarganya.. dulu berdua.. kemudian bertiga dan kini hampir bertujuh pun ada ;) memang indah menyingkap kenangan lama..

Sejenak aku teringatkan kenangan zaman sekolah menengah dulu.. gaya mereka yang aku kenali semasa bersama mereka selama 5 tahun di Klang.. melalui zaman menuju keremajaan.. kenakalan.. kemesraan.. bertemu pula rakan zaman di UKM dulu.. zaman mula menuju kematangan.. mencari haluan hidup.. mencari laluan kerjaya.. saat menelaah bersama.. saat study berkumpulan bersama.. saat menghafal nota Dr Ding di bawah pokok di tempat duduk berbatu berhampiran kamsis B.. (kami skor A utk subjek itu).. saat study bersama di perpustakaan zaba.. saat bermain hoki mewakili UKM.. bersukan mewakili kamsis.. zaman melihat rakan bercinta dengan pasangan masing-masing.. ada yang kekal hingga ke anak cucu bahgianya (aku doakan kalian terus kekal bersama hingga akhir hayat) dan tidak kurang juga yang putus di tengah jalanan..

Memang menakjubkan facebook ini.. teman-teman lama mampu dijejaki semula dengan hanya klik butang 'add friends'.. tak sangka betul.. ketika aku terlihat nama sahabat ini dalam senarai sahabatku.. dia yang aku cari akhirnya aku jumpa kembali.. hati melonjak gembira sangat.. syukur tuhan temukan kita kembali..

Masa berlalu begitu cepatkan.. rasa seolah baru sahaja zaman matrikulasi menemukan kita semasa sukan intervasiti dulu.. kemudian persahabatan berlanjutan hingga ke peringkat degree.. kemudian aku lihat kau bercinta dengan si dia dan aku respek hingga kini, kau masih bersama dia.. aku bangga denganmu sahabat.. teringat zaman bujang di UKM dulu.. seronok.. banyak sungguh kenangan kan..

Hari ini.. ketika aku sibuk bekerja pagi tadi.. banyak sungguh perkara yang datang dalam fikiran aku.. semuanya minta difikir satu persatu.. payah sungguh membahagikan keperluan fikiran .. mana perlu difikir dulu.. mana perlu dilakukan dahulu.. mana perlu diutamakan.. mana perlu dipentingkan.. ahhhh.. hatiku seolah meronta-ronta.. kenapalah saat begini semua minta difikirkan.. namun aku layan jua semua itu dengan sesabar mungkin.. menahan setiap anjakan dan desakan hati.. otak.. fikiran.. jiwa.. satu persatu aku ambil dan ku kutip serta bahagi-bahagikan ikut kategori.. setiap satunya juga aku selit dalam ruangan rak-rak hati..

Hati lantas berkata.. 'mintalah pada yang maha kuasa' Dialah yang maha mengetahui segalanya.. hati meminta aku bangun lewat malam.. ada permintaan yang perlu aku ajukan pada DIA.. supaya hatiku terusan kuat, cekal, sabar dan permudahkan segala urusan..

Entahlah sejak kebelakangan ini persoalan begitu sering menuntut aku berfikir tentangnya.. aku hairan juga mengapa saat ini begitu kerap ingatan dan tuntutan itu datang... mulalah berbagai rancangan.. kehendak.. fikiran.. datang dalam benak fikiran aku.. ohhh.. memang jauh sangat aku berkelana melayan fikiran.. walau sudah sekian lama aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan.. namun pagi tadi.. desakan itu benar-benar meminta aku meluangkan masa untuk memikirkannya.. tak boleh tidak.. dan akhirnya aku akur dengan kehendak itu..

Doakan sahaja aku terus tabah menjalani perjuangan ini.. dan hanya itu yang mampu aku luahkan ketika ini ;)

Semoga Allah juga beri kekuatan pada saudara seislam kita di bumi Palestin.. kekuatan untuk menghadapi hari demi hari yang penuh pergolakan dan peperangan..



"Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya." (Al-Furqan: 58)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman" (Ibrahim: 11)

8 comments:

julietchun said...

Hari2 berita dok tunjuk kezaliman Israel, betapa beruntungnya kita dpt hidup aman damai,syukur padaNYA.

Ungku Nor said...

aapun yang datang, terima je dengan redho..Dia lebih Mengetahui akan segala rahsia..;D

ceri masam said...

:)
senyum saja...

KTS said...

baru 6 hari di tahun baru... jangan cepat mengalah... kuatkan semangat...

iina boleh!! go go chaiyok

:D

SRISUFI said...

salam sis...sama2 kuatkan semangat yer sis...

hope kebahagiaan sentiasa bersama sis

iina said...

Juliet

Betul tu.. syukur kita berada di bumi yang masih aman damai dan tidak perlu menyabung nyawa setiap hari kan

Kak ungku

Setuju sngt hanya Dia maha mengetahui ;)

OL

senyum itu sedekah ;)

KTS

Tak mengalah.. sejuk ini bikin aku resah dan tak bentah nak duk dediam

Sri

Insyallah dik.. teruskan kekuatan ;)

Faisal said...

Ina,
Aku sebenornye dah letak komen kat post ko yang ni tapi ntah apehal takde pulak, ko takmo kasik lepas ke?? hehehe..

Tak sangka ekk, kita dapat jumpa balik kat dalam alam maya ni, bile baca post ko dalam bulan September tu patut le tersedak2 aku rupenye ade yang menyebut.. hehehe..

macamana aku leh lupe ko, aku tak ramai kawan pompuan la, dah tentu le aku sekolah kat all boys school, pastu gi pulak Alam Shah, jumpe ko pulak yang tak reti nak beralah, aku ingat budak pompuan sume pangai comel2 baik2 cam kucing jek time tu, rupe2 ade gak cam singe ekk.. hahahaha.. abis tu cammane nak lupe.. :)

ape pun, I'm glad to be your friend, to know you, to hear your stories, to share your thoughts.. it were indeed beautiful memories when were at UKM, tak dinafikan banyak jugak kesilapan yang aku buat masa kat sana tapi setidak2nya itulah yang mengajar dan mematangkan aku.. syukur kepadaNya kerana memberi aku sahabat2 yang baik, macam ko! :)

iina said...

Faisal

Aku garang ke muahahahaha cam tak caye jek ingat kekekekek sebab aku garang ler kita jadi kwn tau.. nasib jek ko bkn jadik pakwe aku (aku pun daha da pakwe masa tu sbb tu xeran ngan ko) idak sure kena belasah.. idak si leena takde chance ler ngan ko muahahaha

betul tu.. kenangan semua tu.. kenangan lama kenangan indah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin