Tuesday, 16 September 2008

Tidur yang panjang

Semalam hari yang meletihkan.. agaknya kerana mood awal pagi yang telah menyongsang arus.. gegak gempita.. buatkan emosi dan fikiran terganggu sekejap.. sebenarnya sebelum luahan semalam.. perkara ini sudah berlarutan lama..dah terlalu banyak insiden lain sebelum ini yang masih boleh aku sabar.. walaupun didesak macam-macam.. selepas satu demi satu.. selesai yang ini ada pula yang itu lagi.. oklah.. tak mengapa sabar.. tetapi membaca ayat terakhir sms itu.. "tolong reply" itu yang buat aku emosi.. amboi22.. adik-adik yang aku kira masih belum cukup matang.. alahai.. adik-adikku nie..

Sebelum ini aku pernah juga berbual dengan kakak aku seorang nie.. dia juga sedang menguruskan seorang lagi adik.. kenalan kawan abangnya di Malaysia.. dia juga memberitahuku.. email dari adik itu juga berbau seperti yang aku terima.. aku ingatkan hanya aku sahaja yang alami perkara ini.. rupanya.. dia juga.. lantas kesimpulan kami.. "agaknya budak-budak sekarang ini lambat matang kot" "benda yang mudah pun susah nak fikir solutionnya.. panik semacam je"

Memang bagi mereka yang tidak pernah menguruskan orang-orang baru yang sampai tidak nampak bagaimana proses itu terjadi.. tidak pernah rasa bagaimana mencari rumah.. menelefon sana-sini.. set appointment rumah.. jumpa landlord.. tengok rumah tak berkenan kena cari lagi.. tengok lokasi.. call sana sini.. kos duitnya jangan cakaplah..

Memang beruntung mereka yang baru sampai dan terus mempunyai rumah.. terus ambil kunci.. dan terus masuk rumah itu.. dan tidak sedikit pun rasa kepayahan kesusahan itu.. bukanlah mengungkit.. hanya mereka yang pernah rasa.. dan pernah membantu mencari sana sini sahaja yang tahu.. aku tahu ramai rakan-rakan di sini kadangkala ada perasaan yang sama.. hanya mereka tidak beritahu je.. tapi ada juga sungutan dari mereka.. aku pula menulis luahan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.. yang kadangkala aku terasa juga.. sepatutnya berat sama dijinjingkan.. dulu masa mereka sampai.. mereka juga ditolong.. dibantu.. hampir semua sudut.. tapi bila tiba giliran keluarga baru.. ada yang lepas tangan.. kadang minta dibantu.. ada yang buat tak tahu sahaja.. entahlah.. kadang fikir.. dimana berat sama dipikul itu.. dan dimana ringan sama dijinjing ini..

Semalam aku beritahu seorang sahabat ini.. "Tinggalkan segala kemewahan di Malaysia..lupakan segala yang kita pernah ada di sana.. rumah kereta harta benda.." datang ke sini kita mengembara.. kita menjadi musafir.. tidak perlulah berasa megah dengan apa yang kita pernah ada di Malaysia.. di sini kita sama saudara.. sama mencari ilmu.. sama mencari harapan.. ada tugasan utama di sini.." Bukan apa ramai juga yang mengeluh masa mula sampai.. tak tahan jalan kakilah.. takde kereta susahlah.. itulah inilah.. walhal kami disini pun kemana-mana naik bas.. turun bas.. jalan kaki.. ok je..

Akhirnya selepas balik kerja petang semalam aku tertidur keletihan.. dan sedar-sedar aku terbangun pukul 11.30 malam.. terlepaslah segala-galanya.. penat betul aku semalam.. tengahari itu aku sempat juga menyinggah ke rumah seorang sahabat ini.. ada urusan sedikit tak sempat pun berehat di rumah.. hanya sekadar singgah rumah sekejap.. salin baju.. ambil kunci rumah dan terus ke tempat kerja.. letih.. maklumlah hari isnin kan..

Jangan pula ada rakan-rakan yang membaca entri ini terasa hati pula.. ini hanya luahan aku sendiri berdasarkan pengalaman aku dengan segelintir mereka yang akan datang ke sini.. biarlah aku beritahu apa yang aku rasa dan lihat.. dah sampai masa untuk berterus terang.. dan dah sampai masa juga untuk ambil peluang supaya yang "berat sama dipikul itu.. dan ringan sama dijinjing ini" dipegang bersama.. punya rasa yang sama.. punya tanggungjawab yang sama.. jangan kerana takpelah.. ada mereka yang telah dilantik dan dipilih untuk menguruskan.. maka kita pun ambil sikap lepas tangan.. tak bolehlah.. kenalah sama-sama kan.. cuba ingati dulu semasa anda semua baru sampai ke sini?? siapa yang menolong anda?? siapa yang bersusah payah.. dan masih ingatkah? bagaimana rasanya kepayahan baru sampai itu?? cuba ingati.. rasa susah payah itu.. dan ambillah peluang ini untuk berkongsi dengan mereka yang lain dengan membantu mereka pula.. (tidak ada kena mengena dengan mereka yang pernah duduk rumah aku dulu tau.. mereka tu semuanya ok dan sentiasa bersedia membantu.. nanti terasa hati pulak kawan-kawan aku tu..)

Aku bukan mengungkit.. dan bukan pun meminta-minta.. dan bukan pun menulis kerana aku salah seorang AJK.. aku sudah biasa menolong mereka ini walaupun ketika itu aku pun bukan salah seorang AJK pun.. hampir semua sudut itu pernah aku lalui.. tumpangkan rumah.. bawa register ke universiti.. bawa beli barang kemana sahaja?? semua aku dah buat.. walhal aku seorang wanita sahaja.. aku mampu uruskan semua itu walaupun sendirian.. Memanglah menolong itu tidak harus diungkit-ungkit dan aku bukan mengungkit pun.. tidak sedikit pun.. tapi hanya berkongsi rasa.. dan membuka minda dan telinga dan fikiran supaya berfikir.. lagipun inilah kerja aku pun selama inikan.. memberitahu.. dan menyatakan dengan terus terang.. lebih baik dari menyimpan dalam hati kan.. seorang guru akan menyampaikan sama ada yang baik atau buruk supaya ianya dapat dikongsi.. yang baik dijadikan tauladan.. yang buruk dijadikan sempadan kan..

Semoga hari-hari yang seterusnya diberikan kekuatan hati dan fikiran.. bagi aku yang lepas itu lepas.. bantulah yang termampu dan terdaya.. namun paling utama.. janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang itu.. yang baik itu dari Allah.. yang buruk itu dari kesilapan manusia itu sendiri..

9 comments:

Enche' Adykasyah said...

Terpanggil untuk memberi komen..

Kak, biasalah tu.. Orang zaman sekarang ni kan semuanya nak cepat dan mudah aje..

Saya teringat juga pengembaraan 'sebentar' ke bumi Bath.. Pergi ke sana tanpa ada bantuan.. Sampai di Heathrow Airport, menggagau cari polis, tanya mana stesyen bas.. Nak naik tube takut tersesat pulak.. Lepas tu dalam bas tak dapat nak lelapkan mata sebab takut terlajak.. Sampai kat Bath, cari balai polis lagi tanya hal rumah tumpangan.. Hehehehe.. Saya malas nak susahkan orang.. Macam tu jugak kalau ke negara-negara lain.. Thailand, Singapore, German, Sudan, Dubai, Vietnam dan Mauritius.. Semua redah aje..
Apa nak takut, kita di bumi Allah.. Kalau tersesat, berdoa pada Allah dan berserah sepenuhnya pada Allah.
Tapi kalau ada orang dah tolong baguslah, kenalah pandai membalas jasa.

Kita ni Melayu.. Melayu kaya dengan budi bahasa kan Kak?
Akhir kata, semoga kalian di sana selamat dalam lindungan Allah.

iina said...

ady.. betul kerana terlalu mudah dan senang.. mereka tidak mampu berdikari sendiri.. sebab itu juga menyebabkan mereka lambat matang.. betul bumi allah.. kenapa nak takut kena beranilah kan.. insyallah akak setuju sangat tu

julietchun said...

Aku dulu nak pjm buku ngan kwn pun segan.Org sekarang ni dah manja sgt,semua nak di sediakan dpn mata.Aku hangin sgt bila org yg kita penah tlg dl,berselisih kat tepi jln dia bleh wat donno je,cam tak knl.

iina said...

juliet.. aku dah puas kena camtu.. jangankan buat xkenal.. buat lebih2 teruk lagik pun ada.. maleh ler nak cite.. tapi tulah kdg2 rasa cam serik pun ada.. tapi fikir2 balik biarlah niat kitakan.. tapi kdg2 angin gak.. yelah kita pun ada perasaan gak kan ;)

My MAA said...

Salam K'Ina,

Nie Mazeq dr WA...singgah blog K'Ina nie....bila baca entry nie dgn yg lepas....mmg tak patut le perangai canggitu.....Kat OZ nie takde org bole book kan rumah utk kita....pandai2 la sampai sini dulu then carik umah sendirik...sbb agen sini x layan kalau book utk org. nak book dr mesia pun x leh. mcm kami 4 beranak siang mlm carik umah 2 minggu pertama sampai sini...K' ina bg la email akak....mazeq nak buat invitation.

iina said...

mazeq.. patut ler akak try masuk kena block.. uihh cam ada secret beso je ;).. yeke gitu kena cari sendiri.. akak faham sangat camna rasa tu sebab akak dah penah rasa.. even masa dtg ke glasgow nie pun akak duk tumpang umah org dan cari umah sana sini call sana sini.. jalan kaki sampai sesat2.. penat xusah cakap.. tapi itu yg bagus sebab kita belajar dari pengalaman tu.. email akak sama dengan id akak kat blog nie @yahoo.com

My MAA said...

Ok dah invite...hehhe....x de apa2 pon....saja je....actually utk family je...tp bg kawan2 yg tgh CB pun okay gak....sama2 di perantauan....ok gak tukar2 citer...hehhee...

Kak Long said...

haah, memang ada setengah orang rendah tahap berdikarinya, dan ada orang pandai berdikari tak menyusahkan orang. walaubagaimanapun, apa yang akak buat tu dapat pahala tau...

iina said...

yup betul tu kak long.. tapi masih boleh dibentuk lagi tu.. masih belum terlambat.. kalau blum tua sgt ler kan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin