Monday 1 September 2008

Berbuka di Central Mosque

Hari ini aku masih cuti kerja pagi... seronoknya dapat bangun lewat.. ambil kesempatan balas dendam tidur puas-puas setelah sebulan lebih kena bangun awal pagi setiap hari.. mesti ada yang rindu aku kat bus stop nie hehehe.. kak ina.. khamis nanti kita jumpa balik ekk.. leh duduk sebelah nyebelah..

Pagi aku habiskan masa di rumah sahaja.. tak ke universiti.. sebenarnya 2 hari bercuti aku letih sangat.. banyak sangat aktiviti komuniti yang dihadiri.. oleh sebab itu.. hari ini aku putuskan study dari rumah sahaja.. nak rehat2 diri sementara dapat peluang bercuti begini.. Insyallah esok akan ke CIS semula.. lalui hari-hari study seperti biasa..

Tak banyak aktiviti di rumah selain tidur hehehe.. rehat-rehatkan diri.. maklumlah memang terasa letihnya semenjak bekerja pagi ini.. lain sungguh letihnya.. tapi alah bisa tegal biasa kan.. ngantuk tu kadangkala jangan cakaplah..

Petang selesai kerja aku dapat panggilan dari akak sorang tu.. apa lagi sesi ajak berbuka puasa di central mosque.. tahun lepas aku juga berkesempatan untuk berbuka puasa di central mosque.. tapi kesempatan itu hanya pada penghujung bulan puasa sahaja.. kali ini.. aku dapat peluang berbuka puasa di masjid pada hari pertama berpuasa.. taklah ramai kaum wanitanya.. ada juga beberapa rakan yang biasanya pengunjung setia.. takde pula hari ini.. mungkin disebabkan hari pertama .. mereka mungkin lebih selesa berbuka di rumah bersama keluarga.. aku pulak.. dari buka puasa sorang-sorang kat rumah sebab pakwe kerja sampai pukul 9.30 malam.. lebih baik aku berbuka di masjid.. ada juga rakan-rakan senegara yang bersama.. dapatlah berjumpa dan berbual mesra dan solat maghrib bersama.. peluang ini bukan selalunya dapat dilalui.. kalau di Malaysia.. sama juga .. memang sering juga aku buka seorang diri.. hanya sekali sekala ada jemputan dari pelajar, rakan-rakan.. atau bengkel di hotel-hotel.. kadang tak dapat lama pun berbuka puasa.. pukul 8 malam kebiasaannya juga aku ada kelas.. dah terbiasa dengan kesibukan kerja yang kadang tiada hentinya..

Aku tiba ke masjid tepat azan berkumandang.. dengan berbuka sebiji kurma, buah-buahan dan seteguk air.. terus berjemaah solat maghrib bersama.. seronok dapat solat berjemaah begini dan bersama rakan-rakan.. lalu kami pun turun untuk berbuka puasa dengan nasi briyani ayam, kari ayam di dewan kecil yang dikhaskan untuk wanita dan lelaki..

Alhamdullilah.. hari pertama puasa dilalui dengan selesa.. walaupun agak panjang harinya.. alhamdullilah masih mampu bertahan lagi.. selesai makan.. ramai pulak yang bertanya soalan.. datang naik apa?? naik kereta ye?? walhal aku datang naik bas je tadi.. Ramai sungguh yang bertanya bila nak bawa kereta nie.. aiiihh.. seperti diminta pula bawa kereta nie.. aku sendiri pun baru tahu kereta itu telah diletakkan di hadapan rumah hari ini (ingatkan lambat lagi nak park depan rumah). Puan punya kereta pun tak tahu jenis kereta tu bentuk macamana.. warna apa? plat apa? Tuan punya kereta je yang tahu.. so jangan tanya cik puan ok.. kesian kan hehehe.. Kebanyakan orang dah tahu pakwe aku beli kereta jenis apa kecuali aku.. Teringat kata-kata kak ina.. Kalau pergi shopping mana-mana jangan lupa ajak akak tau.. yelah kak.. nanti sure saya ajak punyalah..

Permulaan hari pertama yang baik dan alhamdullilah.. semoga hari-hari seterusnya Allah berikan lebih banyak kekuatan dalam melalui hari demi hari.. dan seribu satu ilham dan idea untuk menyelesaikan dan mencari jawapan bagi setiap persoalan ilmiah yang kini sedang dicari..

3 comments:

cikgooden said...

best ker puasa kat tempat org?..tak pernah merasa. kepingin jugak!.

julietchun said...

byk terlps n3 ko,sibuk skit & streamyx lembab cam siput.Hepi anniversary,mg kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Aku pun nak tumpang gak ye.

iina said...

cikgooden> alhamdullilah seronok juga walaupun jauh dari keluarga.. insyallah ada tu peluang tu.. mana tau nk smbg study lg ke ;)

julietchun> tumpang anytime je..tq atas doa dan ucapan tu.. insyallah.. aminnn

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin