Pagi ini aku mula memakai kain lilit leher memandangkan cuaca kembali sejuk semula.. Ketika berjalan melintasi bangunan postgraduate business school.. aku lalui tangga-tangga menuju ke architecture building.. sudah ada beberapa helaian daun yang mula gugur ke tanah.. aku ambil sehelai daun itu dan amatinya dengan teliti.. musim gugur sudah bermula.. lalu aku bawa sehelai daun itu dan dipegang bersama kain lilit leher berwarna merah jambu.. Kali ini aku seolah-olah tidak lagi mampu menahan kesejukan.. kaki dan tangan seolah membeku seminggu ini.. dalam bilik study di CIS pun sudah terasa sejuknya bila tingkap di tepiku dibuka.. Cuaca kali ini benar-benar mencabar sistem imunisasi badanku.. aku sudah tidak tahan sejuk lagi...
Aku pulang ke rumah agak awal tengahari tadi.. lagipun badan terasa agak kurang sihat.. mungkin kerana suhu yang agak sejuk.. Aku sempat ke Queens Park yang terletak tidak jauh dari rumahku.. sengaja unuk mengambil gambar barisan pokok-pokok di situ.. ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumah sengaja aku ambil gambar deretan kedai-kedai yang berhampiran dan terlintas juga untuk mengambil kawasan rumah sendiri.. aku belum pernah berkesempatan untuk mengambil gambar sekitar rumah.. maklumlah rumah flat sahaja.. yang merupakan bentuk rumah yang biasa di sini.. lokasi rumah yang strategik.. berhampiran kedai runcit dan bank di bawah rumah.. kalau nak rompak bank anytime je.. leh tebuk je lantai rumah aku hehehe
Deretan pokok-pokok di Queens Park
Antara pokok besar yang ada di situ
Pintu masuk ke Queens Park
Ditengah-tengah Victoria Road dari arah pintu Queens Park
Berjalan di sebelah kiri victoria road
Bustop itulah aku turun setiap hari untuk pulang ke rumah dan bas 44 itu jugalah bas yang aku naiki ke tempat kerja di GU
Deretan kedai aiskrim, cafe, kedai liquir oddbin.. mau juga aku hafal jenis-jenis wine kat kedai tu sebab hari-hari aku baca iklan wine yang dipromosikan
Melintas jalan dengan hati-hati
Dah nak sampai umah dah.. sikit je lagi..
Antara deretan kedai dibawah rumah..
Rumahku syurgaku.. di atas bank Lloyds TSB bank Scotland.. nak keluar duit.. anytime je.. barang-barang rumah habis?? kedai runcit di bawah rumah.. Nak makan kebab? fish n chip? pizza.. depan rumah aku je.. Zaytoun kebab.. apa lagi nak semua ada di sekitar kawasan itu.. Strategik kan?? nie mesti pakwe buka tingkap tengahari nie.. sejuk2 gilos nie buka tingkap uihh.. mau beku rumah aku tu.. hish2..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
10 comments:
salam perkenalan...jumpe blog sedari dari blog vp... study kat univ mane di sana? sthraclyde (betul ke ejaan tu hehehhe) ka? jemput ke blog saya...saya masuk fall ye..
Strategiknya umah ko.Kalo ko nak rompak bank ajak aku sekali,nak ry nih duit takdak.
me,myself..>salam kenal juga, nanti saya singgah ye
juliet> muhahaha.. nanti kita plan sama2 ekk..tp ko kena dtg sini ler rompak jauh2 xbest hehehe
tu daun yg kat cite mohabbatein eh? erkk.. layan hindustan ke? huhu.. kalau btul, ade2 lebih2 pos la kat jb.. salam org jb untuk org disane..
heheh yeke xperasan lak.. uih nie mesti kaki layan hindustan nie ekk.. banyak lebih sini nak banyak mana leh je pos.. salam diterima ;)
iina...cam dlm pilem je daun2 gugur di musim luruh...kekee..balik malaysia daun getah je la yg luruh..hehee
best kan dok glasgow..aku nyaris2 jd warga glasgow gak dulu hihi..dh jodoh aku tercampak kt sheffield ne nk wat camne..
wahhhhh...senang anak2 abah kutip duit raya ni..dah takda alasan bank tutup..kikikik
azza> leh pe wat filem.. daun2 berguguran.. bila lagik nak rasa kan
rusdi> yeke pesal ko tak cakap sure aku pujuk ko ye hehehhe ;)
abah> adeihhh kena bagi duit raya ke.. ingat tak kena dah hehheehe.. takpe bank ada duit byk22.. ;)
jemput ke rumah ambik kad raya
Post a Comment