Monday, 29 September 2008

Esok Tak jadi Raya

Aduhai tensen aku. kejap raya selasa.. kejap raya rabu.. tah mana satunya.. akhirnya dalam pukul 10.20 malam tadi aku dapat call Hari Raya telah ditetapkan pada hari Rabu 1 Oktober 2008.. kerana masjid al-farouk telah menarik balik pengumuman raya pada hari selasa dan menetapkan semula pada hari Rabu.. ketika panggilan itu dibuat.. ayam sedang digoreng di atas kuali.. nasi impit pulak tengah direbus.. ada balance sebekas besar lagik ayam nak yang digoreng.. adeihhh.. semua kena simpan balik dalam peti ais.. nasib nasi impit boleh tahan lama.. dan nasib juga aku belum masak rendang dan kuah kacang.. Lepas itu terpaksalah aku hantar semula email minta maaf.. yelah bukan kami saja-saja nak raya hari selasa.. kita kena ikut kariah di tempat yang kita tinggal.. akhirnya.. Raya rabu nie.. Malam esok.. rumah aku adalah rumah terakhir untuk takbir raya.. apa nak masak nie?? masa tu sure semua dah kembung perut makan rumah yang sebelum-sebelum itu.. aku masak air jelah dengan kuih-kuih.. mesti aku nangis malam raya sok nie.. syahdu dengar takbir raya bila berada di rantau orang..

Apa juga ada hikmahnya.. beraya hari rabu ini juga ada kebaikannya.. esok memang hari yang sibuk.. bekerja seperti biasa.. dan sempatlah esok nak masak apa yang patut.. ada kesempatan masa lagi.. apa juga raya esok atau lusa bagi aku sama sahaja.. cuma beza persiapannya adalah masa sedikit..

Ini entri yang aku tulis sebelum ini.. malas nak delete.. penat tau menaip ;)

==================================================================
Pengumuman hari raya telah dibuat petang tadi.. terdapat sedikit kekeliruan kerana terdapat beberapa buah masjid di sekitar Glasgow yang bersetuju untuk menyambut hari raya pada hari Rabu (1 Oktober 2008) manakala bagi pihak kariah di sekitar Govanhill/Pollokshields.. merujuk kepada masjid al-farouk.. sambutan hari raya akan dibuat pada esok.. selasa 30hb September 2008..

Ini bermakna kami akan mula menyambut raya serentak dengan beberapa bandar di UK seperti di London, Sheffield, Leed (itu yang diketahui).. email dan sms mula bertalu-talu masuk ke inbox aku.. semua dah mula keliru tentang tarikh penetapan berhari raya ini.. aku??? ikut hati nak je raya rabu nie.. tapi memandangkan masjid al-farouk beberapa meter je dari rumah aku.. so kami putuskan esok raya.. yea.. yea.. bagi mereka yang berada di sekitar Glasgow.. masih perlu berpuasa satu hari lagi..

Oklah.. sekadar untuk memberitahu tentang penetapan hari raya ini.. teringat kata-kata kawan aku tadi

"Tak acilah ko raya dulu.. aku kena puasa lagi esok.. aku tak kira ko buat open house 2 hari.. aku nak datang"

"yelah.. kesian ko kena puasa lagi kan.. hehehhe.. aku dah raya esok.. kalau datang beli ayam kat area sini.. ko kena buka pose ler.. idak pun makan kenyang-kenyang pastu balik.. sambung ler puasa heheheh"

Kekeliruan yang maha besar di sekitar Glasgow.. tapi ini bukan sesuatu yang asing bagi kami di sini.. perkara yang sama juga telah berlaku pada hari raya haji tahun lepas.. penetapan hari raya telah ditentukan pada 3 hari yang berlainan..

Selamat berhari raya semua.. aku nak sambung masak.. apa pun tak buat lagik.. esok raya.. dan esok juga aku kerja pagi dan petang.. sambut raya kat tempat kerjalah.. tapi yang utama masih ada rakan-rakan yang masih berpuasa esok.. so sambutan mungkin kurang meriah.. rabu nanti mungkin ramai yang menyambut syawal secara menyeluruh..


Salam aidilfitri.. adeihh.. penat jawab sms dan tepon.. semua confius ekk..

Maaf zahir & batin ye..

3 comments:

Enche' Adykasyah said...

Di sini pun raya hari Rabu jugak.. 8 jam awal dari korang semua.. Eheheee..

MARIA said...

Tokma ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2008. Semoga iina dan keluarga gembira selalu dan bolehlah masak semula yer dengan secukup2nya masaaa..

iina said...

ady> london dah raya dulu ari nie.. kira lagik awal dr malaysia.. awal 7 jam ler bkn 8 jam

tokma>selamat hari raya tokma ye.. insyallah.. cam takde mood nak masak lak dah :(

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin