Saturday 20 September 2008

Shopping ke Silverburn

Pagi.. aku terlewat bangun.. balas dendam tidur sepuas hati.. sebenarnya badan rasa terlalu letih tak tahulah kenapa.. tengahari pakwe sibuk ajak ke carbot.. asyik carbot je.. itulah aktiviti kat sini.. takde beli sangat pun.. hanya beli jaket wool untuk persiapan musim sejuk dan sememangnya cuaca sekarang sudah pun mula terasa sejuknya..

Selepas itu aku ajak pakwe ke Silverburn Shopping Centre.. tengok navigator.. aihh dalam 7km je.. lebih kurang ke Braehead Shopping Centre je.. so apa lagi teruskan perjalanan.. di sini kerana ada navigator.. so senang nak pandu arah.. alat tu yang akan calculate perjalanan.. kita ikut je arah yang dia tunjuk.. so apa lagi sesi pergi shopping lagi..

Mentang-mentang nak raya.. so aku pun dalam mood nak shopping sama.. walaupun bukan beli baju raya ke.. kuih raya ke.. apa-apa yang raya. tapi belilah apa yang berkenan dihati..

Pintu masuk ke Silverburn Shopping Centre



Suasana didalam shopping complex






Siap ada skrin information ;)



Jumpa tkmax..

Apa lagi sesi merayau dalam tu.. belek je semua.. maklumlah kebanyakan barangan berjenama tetapi dijual pada harga yang murah.. sempat jugalah beli beg tangan dan beg sekolah.. aku tengah fikir-fikir nak beli beg timberland dan adidas.. nantilah lain kali hehehe.. baru dalam 9.99-14.99pd je.. uihh rambang mata sungguh aku..

Kemudian kami singgah ke Tesco Extra.. yang buka 24 jam.. besar giler dalam tu.. aku dah mula rambang mata.. tak sangka pulak dekat sangat dengan rumah.. baru 7km.. rasanya lebih kurang jarak rumah aku di Behrang 2020 ke UPSI.. kalau camnie.. heheheh bak kata aku dengan pakwe

"Bang.. lepas nie kita shopping kat Tesco jelah.. banyak pilihan sikit.. harga lebih kurang je dengan Asda.."

Aku rambang mata.. siap jumpa buah betik.. maklumlah dah lama tak nampak.. mahal juga.. nak ambil gak gambar tapi ramai sangat pulak orang.. lainkali jelah.. cancel nak beli sebab mahal ooo... dekat 3pd jugalah.. padalah kat kampung tu buah betik keliling rumah je..

Aku sempat juga merayau sekitar bahagian world food.. jumpa pulak mee goreng indomie.. di kedai cina Chung Ying banyak dijual.. tapi excited sebab ada juga kat tesco nie..


Sambil tu belilah sikit-sikit barangan untuk open house raya nanti.. ooppss.. ada open house ke heheheh.. nanti aku khabar-khabar kan kemudiannya ye...

Lepas tu kami baliklah.. dah penat.. nak masak untuk berbuka pulak..

Sesiapa yang nak pergi ke sini boleh ke laman web Silverburn Shopping Centre

Bagi yang ada navigator..tom-tom ke binatone ke.. apa-apa brand ler.. masukkan je postcode ini G53 6QR.. selamat bershopping ye..

10 comments:

tuan umah said...

wa...sonoknya suping..dh beli kete ek kak?cumil kete...padanlah panjang langkahnya..

iina said...

ct.. hehehe.. sebab tu ler kan ;)

My MAA said...

haaa....buah betik mahal ye....ari tu mazeq teringin nak makan rambutan......jumpa lak kat shopping Woolworth kat sini....dia jual sebijik AUD 2....huiyooo....kat mesia sepah2 atas tanah...hukhukhukk....mesia tanahairku...

zura aini said...

iina,
murahnya beg timberland, kat sini hu, hu,.... golek guling-guling pun payah nak disc 50%. Mahal nak mamfus, ada less 50% baru mamfu.

Cikgooden said...

Bagi yang ada navigator..tom-tom ke binatone ke.. apa-apa brand ler.. masukkan je postcode ini G53 6QR.. selamat bershopping ye..<----aku ada navigator..agak agak..aku leh sampai ke dari Taiping ni?..ha ha ha.

iina said...

mazeq> tulah kat negara org buah semua mahal gilos..

zany> sini sebab dlm pound zany kalau convert lebih kurg kot.. tapi sebab kat tkmax mmg murah giler kalau harga asal 2 atau 3 kali ganda gak

cikgu> alah itu navigator otak fikiran.. kalau tak leh smpi taiping xtak tau ler teman.. kot2 ada sampai sempadan lagik naya

julietchun said...

Camner bleh ko tak mtk kuih ry ngan mak ko? Takpe,nti aku antakan, :D Dpt yg tu pun ok gakkan.Skj berkereta ni sopping manjang ye,tapi murah sgt brg berjenama tu,kat sini ratus-ratus.

Enche' Adykasyah said...

Eh.. Camane boleh ada Behrang 2020 pulak ni.. Bukan ke Banting? Or.. dulu belajar kat UPSI sebelum fly oversea?

Akak said...

Salam Iina....

Shopping sakan nampak, awat tak ajak akak sekali???

Nanti singgah blog akak ambil kad raya yea..

iina said...

juliet> tu ler aku pun tak tau nape aku tak minta.. agaknya mood nak raya kat sini tak cam kat mesia kot..

ady>idak ler.. akak mmg mengajar kat upsi.. memang dah duk sana 8 thn dah..abis study akak balik sana balik ler smbg balik keje

akak> hehehe jom akak.. jom.. nanti saya singgah ye

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin