Saturday, 20 September 2008

Dari Klang ke Kuala Lumpur 2

Ketika di SSP (Sekolah Seri Puteri) KL, hampir setiap bulan pada awal tahunnya aku akan menerima sepucuk surat yang mengandungi wang pos bernilai RM50.00. Dari siapa? Mengapa? dari seorang jejaka yang aku kenali semasa aku berumur 17 tahun.. sama kampung.. sebenarnya hubungan kami lebihku anggap sebagai adik dan abang sahaja.. walaupun aku tahu dia mahu lebih dari itu.. namun kunjungan surat dan wang pos itu pasti ada setiap bulan.. sebenarnya aku tidak mahupun duit itu.. tapi untuk memulangkan.. aku malas.. lagipun orang dah bagikan.. apa lagi kawan-kawan sebilik aku.. kalau dapat tahu sahaja aku terima surat ini.. dah mula tersengih-sengih.. senyum meleret.. manja-manja gitu.. kenapa?? sebab dengan duit inilah aku akan ajak mereka ke KFC di the Mall dan belanja mereka makan sepuas-puasnya.. dan memang akan aku habiskan duit itu semasa ke sana.. tidak sedikitpun aku tinggalkan bakinya.. kalau ada pun beberapa ringgit belilah yang bukan-bukan..

Akhirnya kerana tidak lagi sanggup menerima duit itu setiap bulan.. maka sepucuk surat aku hantar padanya meminta dia tidak lagi menghantar wang pos itu.. mungkin kerana ketika itu aku masih lagi belajar.. menyebabkan jejaka itu ingin membantu aku sedaya yang termampu.. namun.. sebenarnya aku masih mampu membawa diri.. duit biasiswa dari kementerian pelajaran yang aku terima setiap bulan sudah mencukupi.. (bukan banyak pun dalam beberapa ratus sahaja). Kadangkala aku juga terima duit dari ayah.. Sejak dari zaman sekolah lagi.. aku tidak pernah meminta duit untuk belanja sekolah.. sikapku.. mana yang ada aku guna.. takde aku pandai-pandailah berjimat..

Ketika berada di SSP inilah aku lihat cara hidup pelajar-pelajarnya.. memandangkan kami pelajar matrikulasi.. adik-adik tingkatan 5 sering merasakan diri mereka tercabar dengan kami.. yelah maklumlah kami lebih tua dari mereka.. sering juga dorm kami dijadikan mangsa bila kena inspection.. itu belum lagi sikap mereka yang terang-terang tidak menghormati kami.. macam-macamlah yang kami hadapi.. baru nak guna telefon mereka dah sound.. macam bagus je.. itu belum lagi bila tiba waktu makan.. kadangkala adik-adik ini campak-campak sahaja makanan di dewan makan itu.. itu belum lagi dahlah tak nak makan.. siap sepah-sepahkan lagi makanan tu.. makanan dan rezeki dibuat main.. kami hanya mampu menggeleng kepala dan mengomel sesama sendiri..

Kebanyakan kami dari pelajar matrikulasi ini datangnya dari keluarga yang sederhana dan miskin.. setiap kali makan kami akan pastikan untuk menghabiskan makanan tersebut.. duduk di SSP.. makanan memang mewah.. tidak seperti asrama yang lain aku kira.. setiap 2 minggu mesti ada aiskrim.. setiap bulan pasti ada satay.. macam-macamlah.. yang paling tak tahan wajib makan menggunakan sudu dan garfu.. tak boleh tidak.. jika makan pakai tangan.. pasti kena denda.. selalu kami ngelat jugalah.. terutama bila kami mula makan time adik-adik takde.. seronok sungguh dapat makan menggunakan tangan.. zaman ini jugalah makcik dewan makan kawan baik kami.. malah pernah warden asrama menuduh kami menyepahkan meja makan.. siap datang marah-marah ke meja kami.. kami pula termanggu-manggu.. apa ke halnya.. tapi yang best.. makcik dewan makan tu pulak yang datang ke meja kami.. sound balik cikgu tu "Bukan diorang nie yang buat cikgu.. budak-budak nie baik cikgu.. elok.. makan pun pandai kemas.. bersih.. bukan macam budak-budak lain" Aku takkan lupa bagaimana berubahnya air muka cikgu itu.. memang selepas itu cikgu tu tidak lagi ganggu kami.. kalau tidak ada sahaja yang tak kenanya..

Sepanjang setahun di SSP.. dan apatah lagi bersekolah di sebuah sekolah yang semuanya perempuan.. memang jauh berbeza dengan sekolah STAR.. guru lelaki pun boleh dikira dengan jari bilangannya.. kami agak rapat dengan seorang guru lelaki.. dialah jurulatih hoki kami.. oh ya semasa tahun 1 matrikulasi ini aku kembali bersukan.. sebenarnya sejak dari tingkatan 1 lagi aku sudah menceburi sukan hoki.. malah mewakili sekolah.. memandangkan setiap tahun pastinya ada pertandingan sukan peringkat matrikulasi universiti.. maka kami pelajar-pelajar matrikulasi UKM tahun 1 dan 2 pasti akan bergabung tenaga.. tahun ini jugalah aku mula aktif semula bersukan mewakili UKM.. dan seterusnya juga pada tahun 2 matrikulasi.. malah hingga tahun 1 & 2 di UKM.. hanya bila tiba tahun akhir di UKM aku hentikan semua aktiviti sukan untuk memberi laluan kepada pengajian akhir tahun..

Ketika berlatih bersukan dan menghadiri acara sukan peringkat matrikulasi antara universiti.. aku berjumpa dengan ramai kenalan.. malah ketika itu ramai juga abang-abag senior di tahun ke 2 matrikulasi aku kenali.. maklumlah kami bermain hoki juga.. bezanya mereka bermain untuk pihak lelaki.. tetapi apabila menjalani sesi latihan.. kami berlatih bersama-sama.. mengenali seorang abang ini... yang pada ketika itu jugalah merupakan abang senior di tahun ke 2 pusat matrikulasi kuala pilah (PMKP).. yang lebih menyeronokkan dia juga dari Banting.. orang Kampung Kanchong Darat.. hubungan kami masih berterusan hinggalah aku ke UKM.. bezanya dia ke fakulti perubatan di UKM cawangan KL.. Seingatku namanya agak unik.. abang lufti.. aku lupa nama penuhnya.. tapi seingatku cukup panjang namanya..

Dulu kami kerap juga berhubungan melalui telefon.. tapi hanya sekadar bertanya khabar sahaja.. tidak ada hubungan rapat pun.. hinggalah beberapa bulan selepas aku bertunang dengan pakwe.. entah apa anginnya.. dia datang berkunjung ke rumahku di kampung.. setelah berkawan hampir 6 tahun.. dia datang ke rumah mak.. hingga mak pun terkejut dengan kunjungannya.. sebenarnya selepas aku bertunang ramai sungguh kawan-kawan lelaki yang datang semula.. semuanya seolah mengharapkan sesuatu.. namun pada hari kunjungannya.. aku terpaksa berterus terang dengannya.. aku katakan aku sudah bertunang.. hatiku sudah ada empunyanya..sebenarnya aku telah lama dapat tahu.. dia pernah bercinta dengan rakan serumahku di bangi.. namun kerana ketika itu dia baru sahaja menamatkan pelajarannya dan menunggu posting ke hospital kerajaan.. keluarga rakanku ini sudah memintanya untuk masuk meminang.. tapi yelah kan.. pengajian di peringkat perubatan kebiasaannya mengambil masa 5 tahun.. sedangkan kami pada ketika itu hanya mengambil masa 3 tahun sahaja untuk mendapatkan ijazah.. pada ketika dia hadir ke rumah mak di kampung, aku sudah 2 tahun bekerja.. sedangkan masa itu dia baru sahaja posting ke sebuah hospital di teluk intan perak..

Itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya.. dia tidak pernah lagi datang ke rumah mak.. walaupun untuk hari perkahwinan ku.. Sejak dari dulu aku sudah anggap dia sebagai seorang abang.. aku tidak pernah lupa jasa baiknya memberikanku kertas-kertas peperiksaan matrikulasi tahun 2 untuk aku jadikan rujukan.. nota-notanya.. assignmentnya.. banyak juga dia membantu aku untuk meneruskan perjuangan.. setiapkali tiba hari peperiksaan.. dan kebetulan aku balik ke kampung.. dia pasti akan menelefon aku di kampung.. tapi padaku ketika itu aku hanya anggap dia sebagai seorang abang tidak lebih dari itu..

Menjalani hidup di SSP.. aku dan rakan sering juga keluar pada hujung minggu.. kemana lagi jika tidak ke chow kit.. tidaklah jauh dari asrama kami.. ke sana dengan berbaju kurung kuning cair.. kami redah jalan di chow kit untuk mencari barangan yang kami suka.. mana yang tidak kami pergi.. walaupun dalam kepayahan menuntut ilmu.. alhamdullilah aku masih punya ramai sahabat yang sentiasa memberikan sokongan dan harapan.. sentiasa membakar semangatku.. sentiasa menyabarkan aku.. walaupun dengan keputusan yang agak teruk.. namun aku temui rakan dan guru yang sentiasa memberikan semangat kepada kami..

Pada ketika ini jugalah aku kenali seorang guru kaunseling di SSP... ketika itulah dia berikan aku sebuah nasihat.. masih aku ingat kata-katanya
"Tidak semua orang mampu ke universiti.. Universiti itu bukan hak milik semua orang.. tidak ke universiti bukan bermakna individu itu tak pandai.. tak bijak.. tapi mungkin sebab ada halangannya.. mungkin keluarganya tidak mampu.. mungkin dia ada masalah lain.. mungkin juga dia tak dapat peluang itu" Sebenarnya rentetan nasihat ini adalah lanjutan daripada sebuah kisah tentang sahabatnya yang mempunyai suami yang tidak sama level pendidikannya.. namun walaupun begitu.. rezeki suaminya amat murah.. gajinya melebihi gaji si isteri.. lagipun mungkin kerana usia kami yang menginjak dewasa maka nasihat ini diberikan padaku.. kesimpulan kata-katanya sentiasa aku ingat.. kebahgiaan itu bukan ditentukan oleh level pendidikan seseorang itu.. tidak semestinya kita mempunyai pendidikan yang tinggi maka jodoh kita juga seharusnya sama dari universiti.. bak kata-katanya.. "Universiti itu bukan hak milik semua orang..dan bukan semua orang mampu ke universiti.. dan tidak ke universiti bukan bermakna dia bodoh.."

Aku tinggalkan SSP dengan banyak kenangan manis.. disini aku berjumpa dengan rakan-rakan baik.. mereka malah menjadi sahabat baik hinggalah aku ke UKM.. kata-kata semangat mereka.. malah aku juga bersahabat baik dengan seorang gadis bernama Dewi Juwita (ke juliana.. tak ingat ler) Aku mengenalinya sebagai seorang rakan yang lembut hati.. penyayang.. manja.. berkulit putih cerah.. aku panggil dirinya 'weng' dia teman sebelah katilku.. kami akan bangun pagi bersama.. study bersama.. gelak bersama.. dia orang johor.. aku juga bersahabat baik dengan rohaya.. gadis yang selamba dari Bahau.. dengan slang negeri sembilan yang pekat.. gaya yang agak sedikit kasar.. dialah yang memujukku pada malam sebelum peperiksaan itu.. dia jugalah yang memujuk dan melayan tangisanku.. aku kuatkan semangatku atas nasihatnya.. atas cabarannya.. atas sokongannya.. aku bersyukur.. walaupun aku menerima penolakan dari satu pihak.. tapi aku juga menerima sokongan dari pihak rakan-rakan tanpa berbelah bagi..

Indah sungguh kenangan di SSP.. ramai sungguh adik angkat yang aku temui.. ramai juga sahabat sejati yang aku kenali.. kerana aku turut aktif bersukan.. aku juga ditemukan dengan jejaka dan abang angkat yang turut memberikan sokongan.. entah dimana agaknya semua mereka.. dimana agaknya rohaya dan weng.. yang pasti weng sudah menjadi seorang doktor.. kerana apabila kami memperolehi keputusan tawaran ke UKM.. aku ke Fakulti Teknologi & Sains Makumat dan Weng ke Fakulti Perubatan.. Rohaya pula ke Fakulti Sains Bersekutu.. Jika tidak silap aku pernah menerima salam yang disampaikan oleh pelajarku dari seorang doktor di Hospital Batu pahat.. katanya dia kenalan zaman studyku.. katanya dia adalah makciknya.. Mulanya aku tidak begitu pasti siapa orangnya.. bila aku tanya namanya.. katanya dia tak pasti sangat nama makciknya apa.. aduhh.. tapi aku begitu pasti dia adalah weng..

Suatu ketika dulu aku pernah cemburu dengannya kerana mampu mengejar impian sebagai seorang doktor.. namun aku percaya ketentuan ALLAH.. bak kata tiny kalau aku jadi doktor.. pastinya aku tidak akan berblog.. dan pasti juga aku tidak dapat menjejakkan kaki ke bumi UK ini sebanyak 2 kali.. Alhamdullilah... itulah ada hikmahnya setiap kejadian dan peristiwa..

2 comments:

Akak said...

Salam Iina....

Seronok baca pengalaman Iina belajar sampai keperingkat yg tertinggi...

iina said...

Akak..

Teringat pulak zaman belajar dulu.. terima kasih sebab sudi baca ye kak ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin