Ketika membaca surat khabar Metro UK.. aku terbaca artikel berkenaan pengkongsian buku melalui sebuah laman web yang dikenali sebagai BookCrossing.. dengan tajuk besarnya "Paging all you book lovers" dengan nota kecil pada gambar latarnya "Novel Idea: BookCrossing encourages users to release books in unexpected places"
Pada aku artikel ini sungguh menarik menerangkan mengenai sebuah laman web yang menjadi medan untuk pencinta buku mencari buku-buku lama atau baru.. dan bukan setakat itu sahaja.. ada dikalangan buku-buku berkenaan juga berjalan merata tempat seluruh dunia.. bertukar dari satu tangan ke tangan yang lain.. mencari tuan yang baru.. dengan itu buku berkenaan tidaklah terhenti dan tersimpan disudut meja, almari atau rak buku sendirian tanpa sesiapa pun tahu kewujudannya..
Ideanya mudah : " Read a book and pass it on. Book can be shared with friends, swapped at groups or given a 'wild release', the placing of a book - with a note of explanation - in a place where it can be found."
Menurut penulis artikel ini ada dikalangan buku berkenaan berpindah tangan dari pelbagai lokasi seperti cafe, bilik menunggu, kerusi-kerusi di taman, museum, gym dan sebagainya.. Dengan pengguna seramai 700,000 orang seluruh dunia menunggu pelepasan buku-buku dalam kategori 'wild release" untuk diambil oleh mereka yang akan mendaftar buku-buku yang telah di 'cari, baca dan lepaskan" melalui laman web berkenaan.
Aku turut mendaftar di laman web ini.. di Glasgow sahaja ada 5 buah buku yang telah didaftarkan untuk dikongsi dan diserahkan kepada tuan yang baru..
Aku turut juga mencari andai ada buku-buku yang ingin dikongsi di Malaysia.. ada 5 buah buku yang sedang menanti..
Sesiapa berminat bolehlah mendaftarkan diri untuk berkongsi buku berkenaan.. mana tahu akan berjumpa buku-buku lama dan unik..
Silalah ke laman web ini http://www.bookcrossing.com/
Oh ya.. hari ini juga aku perolehi beberapa buku-buku percuma yang sekali lagi dibuang ke dalam bakul sampah.. Aku seronok.. kerana buku-buku itu adalah berkenaan kaedah pengajaran di peringkat higher learning.. Aku pernah ambil kursus tentang teaching at higher learning semasa peringkat MSc di Edinburgh dulu.. memperolehi buku-buku begini aku bersyukur sangat kerana manafaatnya amatlah besar sekali..syukur alhamdullilah.. bekerja di SDS (staff development services) di Glasgow Universiti (walaupun sekadar cleaner) menemuikan aku dengan beberapa buah buku yang berguna dan bagus dari segi kandungannya..
Rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.. ilmu terus dicari.. pengalaman dicipta.. pengetahuan terbina.. pengembangan minda harus juga selari adanya..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
6 comments:
Memang bagus sungguh idea sebegini.Sementara kita masih di bumi asing nie ,ada peluang untuk dapatkan buku2 tu, carilah.Sebab di Malaysia harga buku tersangatlah mahalnya..
Nas.. memang betul idea nie cukup bagus.. buku kat mesia memang mahal2.. kat sinilah masanya nak cari buku dan boleh dapat dengan murah dan percuma kan
syg ya buku di buang2.Ko kutip byk2 nti blk mesia jual murah2 kat aku plak,byk pahalanya :D
hehehe juliet.. alah aku bagi free jelah mana yang aku tak nak dah buku tu.. tak tergamak aku nak jual sebab dapat pun free je ;)
best gak yer..nt aku nk try browse gak ler kot2 ade buku yg best2..tu ler kan jd cl cabuk ne kdg2 dpt "bhn buangan" yg berharga kan hehhehe..aku pn slalu bw balik buku2 yg diorg buang tu...
hehehe.. bagus tu rusdi.. elok lagi apa salah ambil kan.. esok leh wat label hehehe buku2 terbuang yang dijumpai di tong sampah uk hehehe ;)
Post a Comment