Sunday, 14 September 2008

Shopping raya

Pagi ini kami ke carbot Blochairn.. kebetulan kawan baik aku si Mol ajak pergi bersama (sebenonya aku tau dia nak rasa naik keta baru aku hehehhe)..



Setelah menjelajah 1 carbot tu.. beli barang-barang.. aku beli frame gambar yang dari sampai aku duk aim nak gambar tu.. si Adil lak beli frame tower tertinggi di dunia termasuklah KLCC .. best gak tu.. leh buat decoration..


Selepas tu apa lagik kami ke Livingston.. Mentang-mentang puasa.. so alang-alang pergi shopping raya ler nie.. akulah banyak membeli..



Bila masuk je M&S, Next, GAP clearance outlet.. apa lagik.. rambang mata.. singgah pulak kedai buku the Works.. kat city centre Glasgow dah tutup.. payah sikitlah nak dapatkan buku-buku yang murah sikit lepas nie.. sebenarnya nak cari set watercolor.. tengah nak mulakan balik aktiviti melukis.. entah ada masa atau tidak aku nie.. takpelah.. yang penting barang-barangnya ada.. dah berangan-angan dah nak frame kat dinding rumah hehhehe.. ada bakat ke aku nie ye..

Lepas tu masuklah cadbury factory shop.. itulah kuih raya yang aku beli hehhehe. coklat cadbury.. popcorn.. biskut double chocolate... nak buat kuih raya??? entahlah.. adakah aku rajin.. rasa cam tak rajin je.. tepung maruku ada kat dalam almari.. setakat nak goreng maruku tu.. boleh je kalau nak.. ikutkan aku teringin juga nak makan kuih siput.. kuih ros (goyang).. kuih cakar ayam.. semua kuih tu pakwe aku pandai buat.. teringat dia pernah buat kuih nie masa aku baru balik dari edinburgh dulu.. lepas tu tak pernah lagi aku tengok dia buat dah.. walaupun mak aku puji menantu dia melambung-lambung sebab boleh buat kuih raya lagik.. masak rendang.. uih.. aku?? sengih jelah dah dia rajin.. aku tumpang makan jelah kan..

Nanti aku try pujuk-pujuk dia buat kuih raya.. hehehe kalau rajin.. harap aku?? cam tak rajin je.. kalau setakat buat kek batik atau kek marble.. itu boleh lagik.. cheese kek ke.. ok lagi.. kuih raya nie cam malas je.. suruh mak kirim jelah dari malaysia.. dah lama tak makan kerepek pisang mak di jelebu.. sedapnya kerepek pisang mak tu.. rangup dan nipis je.. alahai....

Tahun ini sekali lagi aku akan pakai baju raya 2 tahun lepas.. takde baju raya untuk dipakai raya ini.. takpelah.. tapi aku dah minta mak buatkan 2 atau 3 pasang baju kurung bila aku balik malaysia hujung tahun ini.. walaupun pakai lepas raya.. jadilah.. idaklah aku pergi kenduri kawin pakai baju lama tahun-tahun lepas.. syahdu je kan.. inilah hidup dirantau orang.. semua kat sini pakai baju raya lama.. kecuali yang baru sampai dari Malaysia.. yang dapat baju dipos dari malaysia.. baju raya yang ada setakat beli di kedai-kedai di city centre jelah.. jadilah kan.. walaupun bukan baju kurung (ada ke yang nak pakai baju kurung..time sejuk giler nie.. mau beku badan...)

Buat di Malaysia.. selamat membeli belah ye.. seronoknya dah 2 minggu berpuasa.. pastinya minggu depan semua dah sibuk membeli baju.. tudung.. brooch.. kasut.. beg.. kuih raya.. Sedihnya hati tak dapat belikan mak dan ayah baju baru tahun ini.. 3 tahun tak dapat nak belikan mereka baju-baju baru untuk hari raya (walaupun boleh beli time bukan raya dan memang dah beli pun.. tapi kemeriahannya tak sama untuk hari raya).. Aku tahu mak dan ayah bukan mengharap pun baju baru itu.. tapi aku.. sebagai diri aku.. setiap kali raya aku pasti akan belikan mak kain baju.. beg.. brooch dan tudung untuk hari raya.. Kalau shopping untuk raya.. barang untuk aku setakat yang sikit-sikit sahaja.. selebihnya semua untuk keluarga dan adik-adik..

Sedih mengenangkan semua ini.. namun kadangkala lebih sedih bila ada yang langsung tidak endah pun keluarga bila tiba hari raya ini.. bagi mereka yang sudah lama meninggalkan keluarga.. baliklah berjumpa mereka hari raya ini.... Selagi mereka ada.. masa inilah peluang untuk mengembirakan mereka.. jangan nanti bila sudah tidak ada.. barulah rasa sesal datang dan ketika itu semuanya tidak ada maknanya lagi.. Semoga juga buat mereka yang telah meninggalkan kita terutama ayah dan ibu.. semoga roh mereka dicucuri rahmat sentiasa.. aku tahu ketika raya ini pastinya hati sendu mengenangkan mereka yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan mereka yang beriman.. Buat sahabat-sahabatku.. semoga kita diberikan kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan hari depan.. Insyallah

5 comments:

Cikgooden said...

seronok nya shoping2, tapi tk seseronok di tanah air sendiri, walaupun kat tanah air , ada yg kata takde 'klas'...

azza_irah said...

alahai iina...sayu la pulak azza baca..
sabo...pasni bila balik malaysia sure iina leh raya sakan..
leh la buat kuih bebanyak...borong baju raya berpasang2..
pengalaman kat sana takleh kutip di mana2 kan..

badakbiru said...

bestnya coklat cadbury..!! mesti murah kan kat sana...hehe

julietchun said...

Sopping sakan tu.Aku tunggu org lelong bj & kuih kat Chow Kit mlm ry nti,:D.

iina said...

cikgu> betul lebih meriah lagi shopping di malaysia tapi kemeriahan berhari raya tidak kurang meriah juga.. takde klas?? itu saje nak bergaya dan menghabiskan duit.. lagi time belanje dapur dan rumah dah mahal nie kan.. klas2 pun lepas raya sengkek lagik haru..

azza> tak raya pun memang dah buat berpasang2 baju.. nak raya lagiklah heheheh.. lagipun kat sini pakai bj kurung adalah 2 3 kali je setahun.. tak tahan... sejuk gilos.. sebab kainnya kan nipis je.. takleh pakai lama2

badakbiru> dik memang murah2.. gile tgk coklat masa awal2 dulu pulun juga beli byk2 lama2.. tgk coklat pun wat xtau je..dah tak ingin nk makan dah

juliet> aku tunggu ko kirim kuih raya utk aku leh hehehe ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin