Monday, 1 September 2008

Sahur Pertama & Ulangtahun Perkahwinan

Pagi ini aku terbangun pukul 3.00pagi.. waktu imsyak akan masuk pada pukul 3.53pg dan ada lebih kurang 15 minit lagi semasa entri ini mula ditaipkan..

Hening sungguh pagi kali ini.. kebanyakan rumah di belakang dapurku.. kelihatan beberapa buah rumah terang benderang.. mungkinkah mereka juga bangun sahur? Mungkin juga.. kerana kebiasaan bila terjaga pada pukul 3.00 pagi ini (aku sering bangun waktu ini semenjak badan tidak berapa sihat 2 minggu yang lalu) selalunya hanya gelap gelita.. aku selalunya gemar memerhatikan rumah-rumah di belakang dapurku.. kadang dari jauh dapatku lihat gerak laku setiap penghuninya.. maklumlah rumah flat begini..

Hari ini merupakan permulaan puasa yang agak panjang bagi kami di sini. Subuh pada pukul 4.03 pagi (mengikut waktu masjid al-farouk yang berhampiran dengan rumahku) dan maghribnya pada pukul 8.18 malam.. Bakal juga terasa panjangnya hari yang perlu dilalui.. namun seperti pernah dikatakan.. Insyallah .. Allah akan berikan kekuatan bagi kita melalui hari-hari pada bulan yang mulia ini..

Aku juga ada kerisauanku.. sudah dua minggu ini asma aku masih ada.. entahlah.. aku kadangkala risau juga.. perubahan cuaca.. pergantian musim panas ke musim gugur.. debuan dan jerebu di udara beberapa hari ini.. sememangnya menyukarkan penafasan.. malam hari aku sering terjaga di pukul 2 atau 3 pagi hampir setiap hari.. pastinya aku akan ke dapur mencari ubat.. dan tidur semula bila nafas menjadi agak selesa dan lega.. Namun aku tetap kuatkan semangat.. aku pasti Allah akan memberikan kekuatan bagiku saban hari, itu antara permintaan dalam doaku.. Usahlah rakan-rakan menjadi risau pula.. keadaan begini kadangkala jadinya.. Insyallah.. akan aku teruskan juga puasa ini selagi termampu.. Walaupun bayangan kerisauan serangan itu datang juga kadangkala..

Hari ini ulangtahun perkahwinan kami.. sebenarnya bukan sahaja aku yang terlupa.. malah pakwe pun turut terlupa sama.. dek kesibukan persediaan berpuasa.. cuti hujung minggu yang penuh dengan aktiviti komuniti.. dan kesihatanku yang tidak berapa sihat beberapa minggu ini juga menyebabkan tidak seorang pun antara kami ingat tarikh hari ini.. Semalam juga sengaja aku tanyakan pada dia..

"Esok hari apa ye.." tanyaku..

Lalu dijawab selamba oleh dia "Hari Isnin ler"

Jawabku "Memanglah hari isnin.. abang nie" dalam hati.. "Buat lawak lak abg nie"

"yelah.. esok kan puasa" dia jawab lagi

Aku? pandang tenung muka dia "emm.. takkan dah lupa tarikh 1 september tu untuk apa?" kataku

"yelah mula puasa" katanya lagi

hatiku berkata.. lupa ler nie "Esok kan anniversary..jangan lupa beli kek"

Barulah aku nampak senyuman di wajahnya "oohhh..emmm" panjang sungguh helahan nafasnya

"Dialah yang beli" agaknya baru dia teringat

Aku?? "Tengoklah petang esok"

Pada peringkat usia kematangan perkahwinan ini.. kami sudah jarang sekali terasa hati sangat soalan mengingati tarikh.. dari dulu lagi aku sudah ambil sikap mengingati bila tiba tarikh-tarikh penting.. kadangkala ada juga rakan-rakan yang sedikit terasa hati bila pasangan mereka terlupa tarikh istimewa mereka.. aku pula lebih suka mengingati antara satu sama lain.. sudah tidak ada suprise.. konon-konon dengan harapan si dia akan ingat tarikh penting itu.. aku sudah lama maklum.. si dia ini biasanya akan lupa.. maka setiap tahun pastinya aku akan mengingatkan.. baik hari lahirnya sendiri.. hari lahir aku.. dan ulangtahun perkahwinan kami sendiri..

Bermulanya puasa hari ini dan kebetulannya ulang tahun perkahwinan kami.. Usah ditanyalah kali ke berapa.. yang pasti hampir juga menginjak ke 10 tahun dalam beberapa tahun lagi.. Sekejap masa berlalukan.. rasa baru sahaja ikatan kasih sayang ini termetrai.. Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua.. dan ikatan kasih sayang ini berterusan hingga akhir hayat kami.. Rasa cinta juga akan terus bersama kami buat selamanya hingga jasad memisahkan kami.. Amin..

Waktu subuh sudah pun tiba.. aku mohon berhenti untuk menunaikan kewajipan.. dan semoga hari ini.. jasad, jiwa dan fikiran mampu terus bertahan dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.. dan semoga juga Allah berikanku kekuatan dalam mengharunginya.. Insyallah

11 comments:

Akak said...

Salam Iina...

Selamat Berpuasa & Happy Anniversary..

Semua rumahtangga kekal berkekalan hingga kehujung nyawa & semuga sentiasa mendapat keredhaan, keberkatan & semuga sentiasa berada dalan keampunan Allah SWT hendaknya..

Kalau rumah kita sebelah menyebelah boleh gak akak antarkan juada berbukakan..

iina said...

Salam akak

terima kasih banyak2 akak.. alhamdullilah terima kasih atas doa dari akak buat saya.. insyallah..

kalau dekat.. tak yah hantar saya p buka umah akak je heheheh lebih2 pulak.. apa pun walaupun jauh.. ingatan akak pada saya pun dah cukup.. selamat berbuka ye kak

Kaktiny said...

selamat manyambut puasa dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang tak lama lagi menjangkau ke-10 tahun (buleh ker bagi ucapan camtuh?.. hihihi)

balik mesia nanti kita jadi kawan realiti yek.. hihihihi....

iina said...

tiny.. heheh selamat berpuasa dan berbuka.. boleh gitu hehehe tak kisah.. saje ler cakap gitu bgi nampak cam dah lama sikit hehheh.. sebenonya malu nak cakap.. aikk sejak bila lak malu nie..

Insyallah kita akan jadi sahabat realiti.. setakat kl ke bandar tasik selatan.. cakap jelah mana je sampai ler kita hheehe.. insyallah..

shafa said...

Lama gak puasa tu hari nie. Dekat msia biasa lah, dlm kul 7.xx dah buka puasa. Mcm mana kak dekat sana best tak puasanya? Semoga sihat & kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah.

aNIe said...

iina...salam ziarah dari akak...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...DAN SEMOGA PUASA KITA KALI INI AKAN LEBIH DIBERKATI...AMEEN

Abahnajwa said...

Wahhh..

Tahniah ya...semoga kasih berpanjangan..Aminnn

raihan hassan said...

eehhh..barakah tu..annvsry pd 1st day posa..pe2 pn aku doakan semoga kebahagiaan akn berkekalan hingga ujung nyawa..slamat berbuka puasa..ape agaknye lauk spesyel ptg ne?ngan mare hari ne raihan buat buah melaka..fuhhhhhhh

iina said...

shafa> alhamdullilah.. puasa dapat dilalui dengan baik.. walaupun agak panjang sikit.. nie baru 1st day hehhe.. insyallah boleh diteruskan lagi

kak lady> salam. terima kasih singgah.. sama2 kita ekk.. selamat berpuasa juga

abahnajwa> terima kasih atas doa.. insyallah kan

rusdi> tq2.. dan selamat berpuasa dan berbuka.. petang nie masak sup ayam.. tapi aku p buka kat masjid central glasgow.. seronok sebab buka dengan kawan-kawan.. cik abg kan balik lambat.. sempatlah aku p buka kat masjid.. balik umah dia pun sampai hehehe.. strategik je.. jeles ye aku ann buat kuih buah melaka.. aku baru terbayang2 kuih tu petang tadi.. pos ler ke glasgow hehehe :)

zura aini said...

selamat ulangtahun, moga dirahmatiNya dan kebahagiaan berkekalan ke hujung usia. Amin.

iina said...

zany

Terima kasih kembali..aminn

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin