Thursday, 11 September 2008

Glamournya Posterku

Pagi tadi ketika tiba di tingkat 11 menuju ke bilik study di department CIS, selepas sahaja keluar dari pintu lif.. ketika menolak pintu biru untuk masuk ke lorong menuju ke bilik.. mataku terpandangkan deretan poster-poster yang telah diletakkan pada frame pada dinding di lorong itu..

Mataku terpandangkan sebuah poster "Pernah ku lihat.. tapi dimana ya" .. rupanya poster sendiri hehehe.. ehh dah kena letak kat frame dinding ke? wah glamour lagik gitu.. siapa datang ke department CIS (Computer & Information Sciences) nie mesti akan terpandangkan pokok bunga matahari aku pada poster tu hehehe... terhenti sebentar langkah aku.. betul ke poster aku nie.. alahai kenapalah dia letak dekat dengan pintu lif nie.. mesti orang lalu nampak..

Berdepan dengan poster aku adalah poster Mas.. selepas itu aku pun jumpa si Suthanya.. maklumlah seminggu nie aku asyik hilang je bila masuk tengahari.. lagipun dah bulan puasa nie mana ada makan tengahari lagi dengan minah tu.. so dah lama juga kami tak berbual-bual mesra cam selalu.. apatah lagi dia baru sahaja pindah ke rumah baru minggu ini.. lagilah minah tu sibuk..



Poster milik Suthanya pula diletakkan betul-betul depan bilik kami.. bertentangan dengan bilik pantri.. sempat juga aku usik Suthanya..

"I think your poster will be more popular"

Kata Suthanya "Why do you think like that?"

"Everyone who come to this pantry room will see and read your poster.. especially when they are waiting for their coffee or waiting to heat their food in the microwave"

Suthanya senyum sengih jelah dengar cakap aku.. bangga ler tu.. nyesal pulak aku usik-usik dia hehehe..

Selepas itu kami pun apa lagi.. sesi meround keliling CIS.. cari poster rakan-rakan yang lain.. ada yang diletakkan di common room.. Poster milik Richard pula diletakkan di lorong bertentangan dengan lorong ke bilikku..

Sambil tu.. kami pun ambil peluang posing depan poster masing-masing.. kualiti gambar tak berapa elok sangat sebab aku hanya menggunakan Hp Nokia N95 aku.. camera tertinggal kat rumah.. walhal hari-hari without miss aku mesti akan bawa camera.. just in case ada insiden atau peristiwa menarik yang berlaku..

Poster milik kak Haizan terselamat daripada kena frame sebabnya dia pergi sorok poster dia.. sungguh tak adil.. ngelat ye.. patut ler cari takde.. rupanya dia sorok.. takpe-takpe bagi chance. bila lagi nak rasa glamour sekejap kan ;)

p/s Masa ambil gambar bersama poster sempat juga Suthanya sound aku.. katanya warna tudung aku sama dengan warna poster aku.. hehehe cam tau-tau je kan.. matching gitu.. jangan jeles ekk..

12 comments:

azza_irah said...

apa salahnya sesekali glamer kan..hehe

kiutt...baru ptama kali tgk iina..

iina said...

azza> hehehe glamour2 nie tak biasa leer.. kiut miut comel hehehe ;)

julietchun said...

Ko ngan poster tu bagai pinang di belah dua.

Cikgooden said...

tembam melepak pulak gambar poster tu..he he he:)

iina said...

juliect> sini takde pokok pinang ler..

cikgu> poster yg tembam ke aku? uihh muskil nie

MaT_Key said...

sy pembaca setia blog awk sejak 2 hari lepas hehehehe.menjadi pengubat rasa lapar dbulan puase ;-)

iina said...

mat key> selamat datang ye.. pengubat rasa lapo takpe.. jangan terubat benda lain tak dapek den nak nolong de.. ;)

Abahnajwa said...

Wahhhh...bestnya buat poster...cayalahhh..abah lum sampai tahap tu lagik...nanti samapi seru ajar abah boleh?

iina said...

abah.. poster tu buat utk universiti research day department sponsor.. pastu head of department decide supaya poster tu diletakkan keliling department.. tapi rasa seronok sebab dapat privillege gitu.. letak pulak dalam frame keliling department.. glamour je rasa..

Insyallah coming soon abah.. percayalah sampai dah tak larat dah tgk poster tu nanti tau heheheh ;)

Akak said...

Salam Iina...

Tahniah, glamor sekejap kan...

Iina apa khabar, sihat ke?

zura aini said...

best apa poster sendiri ditampal-tampal, kira macam iklan juga tu. Puashatikan bila hasil kerja kita dihargai.

iina said...

akak> heheh glamour kak.. alhamdullilah sihat kak

zany> seronok dan teruja sebab tak sangka pulak jadi bahan untuk diletakkan pada papan poster keliling department.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin