Monday, 8 September 2008

Dari Banting ke Klang

Hari ini fikiranku entah kemana melayangnya.. setiap kali sibuk dengan kerja pembersihan yang dibuat.. sambil mengelap, mengemop, mevakum.. pasti fikiranku akan mula melayang-melayang.. banyak perkara yang difikirkan.. kadang berkenaan studyku sendiri.. yang jika difikir pastinya aku tidak dapat terus memikirkan haluannya.. hanya doa sentiasa di hati semoga Allah permudahkan laluan perjuanganku.. hari depan.. aku minta Allah jua permudahkan.. senangkan... dan tercapai hasrat dan impianku..

Namun sebenarnya aku setiap kali bekerja aku sering teringatkan kampung halaman.. mak dan ayah.. kadang teringatkan bila berbuka puasa pasti mak akan masak pelbagai juadah.. setiap kali kami balik untuk berbuka.. pastinya ayah juga akan membeli pelbagai kuih muih di pasar ramadan.. adik pula akan sibuk membeli air soya kegemarannya untuk berbuka puasa..

Aku teringatkan kuih kegemaran ayah.. cucur udang yang pasti ayah akan beli setiap kali ke pasar ramadan.. dan jika ada kesempatan.. mak kadangkala juga akan buat kuih itu untuk ayah.. sebenarnya sikap dan seleraku banyak mengikut ayah.. kebanyakan makanan kegemarannya merupakan kegemaranku juga.. ikan keli goreng sambal antara juadah kegemaran ayah.. yang turut juga jadi kegemaranku.. Setiap kali ke pasar pagi di Banting hari minggu.. ayah pasti akan membeli kacang kuda kegemarannya.. semenjak berada di sini.. aku sering juga merebus kacang kuda ini.. dan setiap kali memakannya.. pastinya ingatan aku singgah mengenangkan ayah di kampung.. mengenangkan makanan kegemarannya.. ketika mengunyah makanan itu pasti ingatan aku terkenangkan kesihatan mak dan ayah.. terfikir juga apa yang mereka buat ketika itu.. menahan sebak dan rindu yang kadangkala mampu membuatkan aku menitis airmata..

Ah.. sudah tua-tua begini masih rindu.. sebenarnya bila berada di negara orang begini ada 3 perkara yang aku sentiasa rindukan.. Keluarga.. rakan taulan dan makanan .. tapi kerinduan pada keluarga itu yang kadangkala aku tidak mampu tahan hati.. Berbeza kiranya berjauhan dengan keluarga bila mereka sudah menginjak ke usia tua.. bila mendengar khabar kesihatan mereka yang kurang baik.. hatiku sudah tentu akan jadi resah gelisah.. dulu semasa bersekolah menengah aku sudah biasa berjauhan dengan mereka.. duduk di asrama seawal umur 13 tahun lagi sudah mengajar aku erti berdikari..

Ketika itu rasa rindu tidaklah ketara sangat.. namun ketika usia menginjak ke 15 tahun aku minta pada mak untuk tinggal di kampung.. ketika itu aku sudah mula bosan berjauhan dari keluarga.. permintaanku yang sekeras-kerasnya itu menyebabkan akhirnya mak dan ayah mengalah.. dapatlah aku tinggal bersama mereka selama 3 tahun hingga aku ke tingkatan 5.. melewati hari demi hari ke sekolah bersama ayah setiap pagi.. pergi dihantar dan balik dijemput.. namun kerana kesibukan seorang guru besar.. ayah sering meminta aku pulang ke rumah menaiki bas..

Aku masih ingat lagi.. kerana aku bersekolah di Klang.. dan kampungku di Banting.. aku perlu menaiki 3 buah bas untuk sampai ke rumah.. selalunya aku akan sampai hampir ke pukul 3.30 petang.. yelah kan tunggu bas bukan sekejap sampainya.. terutama bas untuk masuk ke kampung.. Kampungku 4 km dari jalan besar Klang-Banting. Untuk masuk ke kampung aku perlu menunggu bas di simpang batu 16.. Bas kampung pula yang hanya sejam sekali sahaja.. Jika basnya sudah masuk ke kampung.. terpaksalah aku tunggu bas itu patah balik ke Banting dan masuk ke kampung pula (kadang kala sejam lebih menunggu). Jika ada orang kampung yang baik hati.. mereka akan tumpangkan aku menaiki kereta mereka.. kadangkala aku juga naik motor pakcik-pakcik di kampung itu..

Apabila melalui pengalaman begitu.. aku jadi amat berdikari.. masih aku ingat pertama kali aku menaiki bas untuk pulang ke rumah dari sekolah.. aku jadi takut.. yelah takut terlepas simpang kampung.. tak tahu dimana nak tunggu bas.. tak tahu itu dan ini.. akhirnya aku belajar dari semua itu.. hinggakan konduktor bas klang-banting ketika itu.. kebanyakan mereka aku kenal sangat.. hingga menjadi adik angkat mereka.. bukan apa.. jika ada jejaka yang mula menunjukkan perhatian yang lebih-lebih padaku.. hehehe pastinya akan kena sound direct.. kira cam bodyguardlah kiranya.. Kerana perjalanan yang jauh itu jugalah.. dalam baslah tempat aku belajar.. buku-buku sains menjadi tatapan harianku dalam bas.. di situlah aku mengulangkali pelajaranku.. di situlah juga aku membuat latih-tubi.. disitu jugalah azam untuk berjaya terbit kerana rasa susah payah itu hadir dalam diri..

Aku juga mengikut kelas-kelas tuisyen di Institut Harapan Banting.. bermula dari persediaan untuk SRP hinggalah ke SPM.. Pengetuanya menjadi sahabat baik aku.. kebanyakan cikgunya juga aku kenal.. Akulah antara pelajar setia di situ.. setiap kali ada ujian bulanan atau tahunan.. pastinya aku yang mendapat anugerah cemerlangnya.. hingga cikgu sudah tidak tahu hadiah apa lagi untuk diberi padaku.. hingga kadangkala aku sedekahkan sahaja hadiah-hadiah itu pada rakan-rakan.. Kebanyakan mereka cemburu.. tapi nak buat macamana.. aku bukannya sahaja menunjuk pandai.. Manakan tidak aku glamour.. hanya aku seorang sahaja yang bersekolah di Klang yang mengambil kelas tuisyen di Banting..

Sebuah persahabatan juga tercipta di situ.. dan sebuah cinta monyet juga hadir di situ.. Entah dimana Azhar sekarang nie agaknya.. kali terakhir aku mendengar beritanya dia telah berkahwin dan mengajar di sebuah sekolah rendah.. Kenangan bersahabat dengannya aku takkan lupa.. apatah lagi setiap helaian sajak demi sajak yang pernah dia tulis untukku.. bersama lukisan-lukisannya.. Namun semua sajak-sajak itu aku telah buang lama dulu.. biarlah bukti kenangan itu sudah tidak ada lagi.. tapi ingatan tetap ada tersimpan kekal untuk aku kenang..

Banyak sebenarnya nostalgia aku di pekan Banting itu.. apatah lagi kenangan di Pantai Morib.. bersama sahabat-sahabat baik yang meraikan kejayaanku menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi.. kenangan berhari raya ke rumah rakan-rakan.. sama sekolah.. sama kelas tuisyen.. sama kampung.. semua itu indah bila dikenang semula.. berhari raya dengan rakan sekampung sehingga lewat malam.. bermotor ke sana sini.. dari satu rumah ke satu rumah.. tidak akan aku lupa.. kenangan zaman bujang dulu memang seronok.. aku punya ramai kawan.. baik lelaki atau perempuan.. adik angkat.. abang angkat.. semuanya.. tapi kini.. entah dimana mereka semua agaknya.. kadang kesempatan balik ke kampung dulu.. aku pun tidak punya kesempatan untuk ke rumah mereka.. walaupun kebanyakan mak dan ayah mereka adalah kawan-kawan mak dan ayahku.. tapi kerana kebanyakan mereka telah berpindah dan mengikut keluarga masing-masing.. amat sukar untuk aku temui mereka.. hanya sekali sekala.. bila ada yasinan di rumah mak.. barulah aku berjumpa dengan mak-mak mereka.. di situlah dapatku tanyakan khabar kawan-kawanku.. dimana.. anak dah berapa.. bila balik kampung.. kerja apa.. sihat ke.. emm.. yelah semua mengikut haluan masing-masing..

Teringat aku selalu melepak malam hari ke rumah Imah.. dia antara sahabat baikku.. selalu juga aku luahkan rasa hati dan masalah aku padanya.. pergi ke rumah dia sudah selalu.. makan minum.. bersembang.. bukan sekadar dengan Imah.. kadang dengan maknya juga jadi bahan bualan rancak kami.. apatah lagi rumahnya tidak jauh sangat dari rumahku.. hanya selang sebuah rumah dari rumah arwah nenek.. Indah bila diingatkan kembali semua itu..

Entah dimana mereka sekarang ini.. insan-insan yang pernah aku kenali.. pernah rapat.. pastinya bila masa berlalu.. hidup pun berubah.. perjalanan hidup juga berlainan arusnya.. Nama pun kenangan.. pasti hidup dan segar dalam kotak ingatan buat selama-lamanya..

Kredit: Gambar dari google (yg 1st.. jalan di pekan banting, 2nd itulah gambar sekolahku di Klang.. sekolah tengku ampuan rahimah-STAR)

13 comments:

Anonymous said...

salam iina..
adehh...azza lak rs terharu baca luahan kenangan iina ni. betul..biar bukti tiada..naum memory teta[ tersimpan rapi..kenangan itu tetap akan kita bawa ke mana2...

walau persahabatan ini baru terjalin...azza doakan semoga iina semakin tabah dan kuat di negara orang...moga kejayaan akan dapat iina bawa balik dan kesejahteraan melingkari hidup iina..

Anonymous said...

hheheheh kenangan zmn muda mudi dulu penuh warna warni kan..zmn2 jd bdk sekolah antara yg paling kelakar kan..kalo diingat balik rase nk tergelak2 pn ade..kenangan bersame keluarga mmg kalo dikenang ade suke ade lara nye..moga kite jd lebih dewasa kernanye..

Anonymous said...

Kak Tiny? Erm merajuk panjang tu tak juga. Ntah la. Tapi dia ada, dia ok cuma berilah dia sedikit masa. Dia masih blogwalk, tapi blog dia tu memang tutup termasuk untuk diri sendiri.

Kak, ada entry khas untuk kakak kat blog saya.

Anonymous said...

Kalau nak tengok gambar pasar ramadhan lagi boleh la masuk blog saya yang lagi satu. http://adykasyah.blogspot.com OK.. Cucur udang dan ikan keli pun peberet saya jugak...

Anonymous said...

sabo.. sabo... kenkadang terkenangkan?? yang jauh berpisah negeripun rindu dan risau, inikan pulak berpisah benua?

iina said...

Azza> dah lama buang bukti2 tu.. siap bakar lagik sebelum kawin dulu tutup buku trus.. insyallah azza.. terima kasih atas doamu

Rusdi> memanglah kenangan zaman sekolah seronok je kan.. bukan dewasa je rusdi.. dah tua dah hehehe :)

kak long> oh yeke ingat majuk.. ok nanti akak singgah k

adykasyah>nanti saya singgah.. sama2 fav.. hehehe

theconfused> senegeri n senegara atleast leh gak balik.. lain benua nie emm susah nak katalah rasa hati.. tapi kdg pelik juga.. ada juga kadangnya payah sangat nak balik jengah mak dan ayah walaupun senegeri dan senegara.. nape ekk??

julietchun said...

anak ayah la ni ye.Biasalah,bila dgr makayah tak sht kita pun sakit sama,sabar,ko kan nak balik sini tak lama lagik.

KTS said...

salam.... :D

klu asyik duk ingat citer lama, mmg rindu tu akan membuak2... esp. bulan ramadhan ni... mula la teringat masa sahur dan berbuka...
sabar eh...

-salam perkenalan-

Let's dine out said...

Ini yg buat kita pun rasa sedih jugak nie, time posa2 nie. time dekat2 nak raya natilah yg paling sedih yer...

iina said...

juliet> anak ayah dan mak aku.. karang mak aku jeles lak cakap anak ayah je hehehe

ku tak sempurna> biasa ler layan angan2 kenangan ingatan.. semua yg an2 ler hehehe...

nas> memanglah kalau ingat memang sedih.. tapi takpe raya sini meriah jugakan dengan kwn2.. cuma tak leh nak salam minta maaf ngan mak ayah jelah.. uwaaa dah sedih ler nie sob222

cappuccino said...

iina..ade spesyel gift utk ko..nt ambik kt blog aku yek..

Cikgooden said...

fulamak!...dikala aku sedap-sedap layan blues...n3 kou cam gini lak. Bertambah syahdu la.
Sayang la.sajak2 tu kau buang.

(aku simpan barang dulu2 sampai la dah kawin pun..itu aku...)

patut simpan buat pedoman kat anak-anak. Tunjukkan pada dorang..mak dulu pun monyet gak cam korang! ha ha ha...

iina said...

rusdi> tq so much

cikgu> heheh jiwang.. takleh tunjuk karang pecah rahsia.. uih mana leh sama kena tukar lain.. takleh sama

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin