Friday, 12 September 2008

Dari Banting ke Klang 3

Kenangan zaman sekolah itu begitu indah.. salah seorang cikgu yang sentiasa aku ingati adalah seorang guru kaunseling yang kini begitu popular dikaca TV setiap hari memberikan motivasi.. jika pernah mendengar kata-kata motivasinya setiap pagi di tv3 atau jemputan untuk berkongsi rasa dengan program tv tentang remaja dan motivasi pastinya anda semua mengenali insan ini..

Jika kenal Tuan Haji Hushim.. seorang pensyarah di Universiti Malaya.. dialah cikgu kaunselingku zaman sekolah.. malah seorang guru yang begitu dedikasi.. aku antara anak murid kegemarannya.. setiap minggu aku pasti akan dipanggil untuk berjumpa dengannya untuk melaporkan atau berbincang tentang perkembangan studyku.. semasa aku di tingkatan 4.. keputusan peperiksaan aku jatuh dengan teruk sekali.. aku seolah hilang tumpuan dek penangan tidak mendapat tempat di mana-mana pun sekolah asrama penuh, MRSM dan mahupun sekolah teknik.. pemergian seorang demi seorang kawan baik.. satu persatu dalam kelas itu makin mematahkan semangat aku.. aku benar-benar dalam mood honeymoon.. keputusanku jatuh merundum dengan teruk sekali.. ketika aku berjumpa dengan cikgu Hushim dan ku tunjukkan keputusan peperiksaan yang aku terima itu, aku masih ingat lagi kata-katanya pada aku

"Haslina.. kalau macam nielah keputusan awak.. jangankan ke ITM.. kemana-mana universiti pun awak takkan pergi"

Ketika itulah aku seolah tersedar.. bahawa aku sudah jauh tersasar.. aku begitu leka dan ambil mudah.. semenjak itu aku bulatkan tekad dan kesungguhan.. untuk memperbaiki keputusanku.. Berada di kelas aliran sains selama 2 tahun.. di 4NS dan 5NS.. mengajar aku erti perjuangan dan persaingan.. kebanyakan pelajar cina yang ada dalam kelasku adalah pelajar dari kelas peralihan.. mereka asalnya dari sekolah cina tetapi ditempatkan di STAR untuk mengikuti kelas aliran sains.. Di kalangan 10 pelajar melayu ketika itu.. Aku dan Monalisa antara yang menyerlah.. bayangkan sahaja untuk mendapat tempat dari no 1-10 bagi keputusan peperiksaan akhir tahun sahaja.. hanya 2 orang pelajar melayu sahaja yang mampu berada dalam tangga 10 ke bawah.. selebihnya hanya mampu berada di no 15 ke atas.. Masih aku ingat ketika peperiksaan percubaan.. aku berjaya mendapat tempat no 2 dalam kelas tersebut.. cikgu juga terkejut dengan pencapaian aku.. manakala monalisa pula di tempat ke 8.. pelajar cina yang lain begitu cemburu dengan keputusan yang aku perolehi.. hinggakan setiap kertas peperiksaanku akan mereka pinjam dan buat semakan dengan jawapan kertas mereka.. dimana yang aku dapat lebih markah dari mereka.. jika tak puas hati mereka akan jumpa cikgu untuk membandingkannya.. disitulah aku belajar sikap mementingkan diri mereka.. itu belum lagi.. bila aku bertanya pada mereka bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik tambahan.. masih aku ingat lagi jawapan mereka padaku.. "you buat sendirilah" sambil menunjukkan isyarat tangan menghalau aku..

Mereka halau aku begitu sahaja.. begang tak usah dikatalah.. tapi.... bila matapelajaran bahasa melayu.. bila cikgu meminta mereka membuat ayat.. maka berhelai-helai kertas kosong akan sampai pada aku untuk minta tolong.. semua minta aku buatkan ayat untuk mereka.. dan sekali lagi teman semejaku.. Aslinda.. pasti akan berkata padaku..

"Lina.. tak payah layan diorang semua tu.. bila susah tahu pulak nak minta tolong"

Bila subjek bahasa melayu.. memang aku antara yang menyerlah.. pernah juga aku bahaskan satu isu penggunaan kata nama 'beliau' dengan guru BM ketika itu mengikut pembacaanku pada sebuah artikel di surat khabar utusan.. satu kelas tercengang mendengarkan soalan itu.. budak-budak cina semua tercengang-cengang melihat aku.. Namun kenangan zaman sekolah inilah yang paling berharga buat aku.. pengalaman setiap waktu rehat.. kami semua budak melayu akan duduk berkumpul di tepi pagar sekolah.. dan kami akan berbincang berkenaan dengan subjek tertentu.. setiap kali sebelum mulanya peperiksaan.. sekali kami juga akan duduk sekali lagi berbincang.. begitu kuatnya hubungan kami 10 orang pelajar melayu ketika itu. kami juga rapat dengan pelajar melayu kelas 5NT yang hanya 6 orang sahaja.. Bila menjadi golongan minoriti ketika itulah waktunya kami bersama-sama memberi sokongan kekuatan.. entah dimana mereka semua kini agaknya..

Masih aku ingat kisah bagaimana golongan pelajar cina ini.. cuba untuk menyingkirkan seorang guru biologi.. yang baru sahaja dipindahkan ke sekolah STAR dan mengajar kami tahun itu.. sebelum berpindah ke STAR, beliau merupakan guru biologi di sebuah sekolah berasrama penuh.. malah dia juga antara guru yang terpilih untuk membuat kertas peperiksaan SPM.. Entah bagaimana hampir 22 orang pelajar bangsa india dan cina dikelas aku ingin guru biologi ini ditukarkan dengan seorang guru biologi cina yang selama ini mengajar tingkatan 6.. Mulanya mereka membuat usulan kepada guru kelas kami.. tapi guru kelas meletakkan syarat.. jika mahu membuat pertukaran itu.. harus mendapatkan persetujuan daripada kami yang 10 orang ini.. memandangkan aku rapat dengan guru kaunseling.. sudah tentu isu ini mendapat perhatian cikgu Hushim.. awal pagi lagi aku telah dipanggil.. ketika isu itu begitu hangat diperkatakan.. entah bagaimana si Monalisa ini terpedaya dengan pujuk rayu golongan pelajar cina ini.. dan mereka juga cuba mempergunakan dia untuk memujuk kami.. entah bagaimana cikgu Hushim dapat tahu strategi golongan pelajar cina ini dan telah memanggilnya ke bilik kaunseling.. entah apa anginnya.. selepas sesi perjumpaan itu.. dia datang ke mejaku dan menyerangku.. katanya aku yang melaporkan pada cikgu Hushim konon-kononnya dia yang menjadi batu loncatan untuk memujuk kami.. Masih aku ingat bagaimana dia menghentakkan tangannnya ke atas meja ku pagi tu.. hampir juga aku naik angin.. tapi aku sempat disabarkan oleh Aslinda.. dialah yang menyabarkan aku.. katanya mudah

"Usah dilayan dengan orang yang begini Lina" sambil menarik tanganku keluar kelas..

Dia begitu terkejut dengan tindakan kami dan terus berdiri membisu dan membatu di situ..

Lewat tengahari itu.. aku akhirnya pergi berjumpa dengannya.. tengahari itu juga dia menangis minta maaf selepas aku basuh mindanya.. aku katakan.. padanya..

"Engkau nie bangsa apa? melayu ke bukan? kau tahu tak yang diorang nak singkirkan itu adalah cikgu melayu.. cikgu yang pernah mengajar di sekolah asrama penuh. Pernah buat kertas soalan SPM? Betapa kita bertuah dapat cikgu itu yang sudi mengajar kita.. ko pulak nak ikut budak-budak cina tu.. nak suruh cikgu cina pulak ajar kita.. dahlah kita nie sikit dalam kelas nie.." panjang lagilah bebelan aku tengahari itu..

Monalisa menangis di depan aku.. dan terus meminta maaf.. katanya dia tidak tahu cerita sebenarnya.. kebetulan budak-budak cina itu datang jumpa dia untuk meminta dia memujuk kami.. masa itu aku terfikir juga kenapa mereka berani jumpa Mona.. kenapa tidak mereka jumpa aku sahaja? Memang ketika itu dikalangan rakan-rakan melayu di kelas itu.. aku sering dipandang sebagai ketua.. kebanyakan rakan-rakan akan akur dengan pendapat aku dan keputusan aku.. lagipun dikalangan pelajar-pelajar cina.. mereka tahu aku ini agak tegas dan suka berdebat dengan mereka.. kalau mereka jumpalah aku dan bukan Monalisa.. mahu masa itu juga aku basuh budak-budak cina dalam kelas aku tu..

Selepas itu kami 10 orang pelajar melayu telah bulat tekad.. tidak akan bersetuju sedikitpun dengan usul untuk pertukaran guru biologi.. isunya sama sahaja.. kami pun tak tahu guru itu boleh mengajar dengan baik atau tidak.. tapi ketika itulah aku sudah nampak bagaimana politikus golongan cina ini.. jika ada kesempatan sahaja.. pasti mereka akan ambil peluang.. Ketika aku di tingkatan 5.. semua guru yang mengajar kami.. semua subjek adalah guru-guru melayu.. tidak ada seorangpun guru cina atau india.. malah guru kelas kami.. juga cikgu melayu.. Mungkin atas sebab itulah mereka ini rasa tercabar agaknya.. kerana didik oleh guru-guru melayu.. apatah lagi kelas kami adalah kelas aliran sains teratas..

Selepas insiden itu jugalah semua guru-guru melayu ini tanpa jemu dan bosan akan membakar semangat kami untuk terus berjaya.. kata-kata azimat mereka.. kata-kata semangat mereka buat kami 10 orang anak-anak melayu, semangat yang sama jugalah yang membawa aku hingga ke sini.. Memang besar jasa seorang guru.. Aku tidak akan lupa perjuangan kami ketika di tingkatan 5 demi untuk menjaga maruah dan pendirian seorang guru melayu yang cuba disingkirkan oleh pelajar-pelajar cina.. itu baru realiti dizaman sekolah.. apatah lagi realiti kehidupannya kan..

Di zaman sekolah juga aku dipertemukan dengan pelbagai jejaka.. yang sama sekolah.. sama kelas.. sama kampung.. tapi aku sebenarnya sejak dulu tidak begitu selesa bila bercinta dengan jejaka yang sama kelas atau sama sekolah.. bukan apa kerana rimas segala gerak geri diperhatikan dan ada pula tukang report sampaikan berita-berita angin tentang diriku..

Jejaka ini aku kenali sejak aku berumur 13 tahun lagi.. dari zaman sekolah lagi.. beza 5 tahun.. ketika aku di tingkatan satu.. dia pula di tingkatan 6 bawah.. gerak gayanya yang boleh dikatakan hensem... hehehe malah setiap kelas dan tingkatan di sekolah itu juga punya peminatnya.. sehinggakan kawan baik aku sendiri pun.. pernah menyatakan padaku bahawa dia begitu meminati jejaka ini.. katanya jejaka ini memiliki sepasang mata yang memukau kerana bulu matanya yang agak melentik.. aku?? tidak ada sedikitpun perasaan pada dia..

Semasa aku di tingkatan 3 mulai tahun itu jugalah, setiap tahun dan setiap malam raya, aku akan mendapat panggilan telefon daripada jejaka ini.. dan tahun itu jugalah buat pertama kalinya.. dia sampai ke rumahku di kampung dan mulai tahun itu jugalah dan setiap tahun berikutnya.. tiapkali hari raya.. dia pasti akan menelefonku dan datang berkunjung ke rumah..

Masih aku ingat lawatan mengejutnya semasa aku di tahun kedua matrikulasi UKM di Kuala Pilah.. ketika sedang study di perpustakaan.. seorang kakak senior telah membuat pengumuman memanggil namaku.. Aku terkejut!! katanya aku ada pelawat.. aku kehairanan kerana rasanya mak dan ayah tidak berjanji pun untuk datang melawat.. Ketika aku keluar untuk meninjau siapakah pelawat yang dimaksudkan.. aku terpegun dan terkejut melihatkan pelawat itu.. wajahnya aku cukup kenali.. cuma aku tidak sangka yang dia akan datang berkunjung untuk melawatku.. Kedatangannya memang sungguh mengejutkan dan tidak pernah aku duga.. Ingatan kenangan itu tidak akan aku lupa.. dan melihatkan dia telah datang.. maka aku bawa dia ke kantin untuk membeli sedikit makanan dan berbual seketika..

Lawatan itu jugalah menjadi titik mulanya.. hingga aku diterima melanjutkan pelajaran ke UKM untuk mengambil bidang Teknologi Maklumat.. dia juga masih setia mengunjungku di Kamsis Aminuddin Baki hampir setiap minggu.. cuma malangnya.. hatiku ketika itu sudah berpunya.. aku berada di persimpangan jalanan.. akhirnya aku putuskan hubunganku dengan jejaka itu.. aku dengar akibat perbuatanku itu.. jejaka itu menjadi begitu kecewa selepas itu..

Namun bila aku terfikirkan kembali kisah ini.. pernah juga aku terlintas dihati.. andai hubungan itu aku terima dan teruskan.. pastinya jalanan kehidupan aku jauh berbeza.. pastinya kami sudah lama bersama.. namun ketentuan tuhan buat kami masa itu.. dan selepas 4 tahun kami bertemu kembali.. itupun kerana mak telah memberikan nombor telefon rumah sewaku kepadanya.. dan kami dipertemukan kembali.. namun kunjungan dan panggilan telefonnya masih ada setiap tahun bila tiba hari raya.. hanya hatiku sahaja masih belum terbuka untuknya..
Jika jodoh tidak kemana kan.. jejaka itulah suamiku kini.. aku kenalinya seawal umurku 13 tahun lagi.. tapi kami hanya bercinta 12 tahun selepas itu.. kadangkala mengingati semula pertemuan demi pertemuan zaman sekolah dulu.. kunjungannya setiap hari raya ke rumah mak di kampung.. panggilan telefonnya setiap malam raya dengan syairnya.. yang pasti membuatkan aku tergelak-gelak setiap kali dia menyairkannya padaku..

Sampai di sini sahajalah rentetan kisah silamku zaman sekolah dulu.. jika ingin dikenang terlalu banyak ceritanya.. namun mengingati kisah silam sedikit sebanyak membakar kembali semangat jati diriku.. mengingati kisah kami untuk mempertahankan maruah seorang guru melayu di tingkatan 5 dulu.. cukup membuatkan aku sedar bahawa kita perlu berani menegakkan dan mempertahankan hak-hak kita.. supaya tidak mudah diinjak-injak sewenang-wenangnya.. kisah persahabatan yang terbina zaman sekolah juga tidak pernah terduga akan menjadi jodoh aku.. Indah mengenang semua ini.. yang buruk dijadikan sempadan.. yang baik dijadikan tauladan.. Insyallah

7 comments:

Enche' Adykasyah said...

Best la baca cerita hidup orang. Pengalaman suka duka antara kita semua berbeza..

julietchun said...

Nama ko "Haslina,yes!yes!.Ko ni TAIKO kelas la yer.Romantis sungguh pakwe mu itu.

iina said...

ady> ;) memang berbeza setiap pengalaman kita.. tapi kdgkala ada juga yang sama kan

juliet> ler aku ingat ko dah tau hehehhe... yeye je ko nie :P
taiko hehehe.. gitu ler.. romantik? dulukala.. kini..ada gak sikit2 tapi dah xmacam dulu lagik waaa... manusia kdgkala perlu berubah.. kan kan ;)

Kaktiny said...

iina.. dah lama tak masuk.. hari ni baru nak menjengah sikit dunia blog yang seketika ditinggalkan... hihi.. mujur masuk hari ni.. leh baca rentetan sejarah dan kisah awak tuh..

betul kata iina.. sejarah / kenangan silam adakalanya buat kita kembali bersemangat utk meneruskan kehidupan hari ini yang kadangkala menggoyahkan dan meruntun sanubari..

setuju setuju... (oooo... teman, sahabat dan kekasih akhirnya suami yer...) menarik tuh... jelesnya... dpt kawin ngan 'boipren' zaman kecik... hihihi... tapi aturan Allah maha sempurna kan... hihihih

benludin said...

salam...

terjun blog ni dr blog lain...

masih di Glasgow?
ada kwn2 duk Dundee yg ada blog?

Cikgooden said...

i. aku terharu sebab aku cikgu, melayu juga.(wp tak sampai tahap best macam bekas guru kau)
ii.kau beruntung kerna jodoh kau seru dengan cinta.
iii. Ukm?...tahun bila?.(juga teringat masa tidak seru dgn cinta...)
iv. Kekadang terlayan Blues, bestkan!.

ha ha ha.

iina said...

tiny> lama tak nampak u ronda-ronda kot ye pun majuk jgn ler lama2.. itulah aturan allah.. aku pernah sangka pun dapat kwin org famous zaman sekolah ahaks.. ;)

benludin> masih di glasgow.. tak pastilah mereka yg di dundee yg ada blog tu..

cikgooden>
1. yang penting kita tahu hak kita dalam memilih dan apa yg mampu kita buat

2. seru dengan cinta? teman bermula tanpa cinta cikgu.. tapi akhirnya jatuh cinta selepas bertunang, ada kisah lain lagik heheheh tak nak cite ler hehehe cuma bezanya cinta dia pada teman sudah ada sejak zaman sekolah lagi.. hanya teman je jual mahal hehehe

3.thn 95.. grad 98 (masa tu degree dlm proses tukar dari 4 thn ke 3thn je)pulun sakan utk habiskan semester zaman tu

4. ahak layan blues cikgu.. kadang bila datang tu tak leh nak halang2 dah.. baik luahkan je.. lega n tenang hati rasanya

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin