Wednesday, 10 September 2008

Dari Banting ke Klang 2

Selepas N3 sebelum ini berkaitan perjalananku itu.. seharian semalam aku masih terfikirkan lagi kenangan lama itu.. sedikit demi sedikit ingatan lama datang bertandang lagi.. peristiwa demi peristiwa.. kenangan demi kenangan.. apatah lagi sepanjang 3 tahun itulah.. aku berulang-alik dari Banting ke Klang..

Sebenarnya selama 3 tahun itulah.. ketika aku mula menginjak dewasa.. adalah satu-satunya waktu dan ketika aku membesar bersama keluarga.. zaman sekolah rendah sudah tentu tapi ketika masih anak-anak lagi.. bersekolah di kampung selepas hampir 9 tahun menetap di Klang.. dan perpindahan kami ke kampung berdekatan dengan rumah arwah nenek merupakan satu kejutan budaya buat aku.. aku sempat bersekolah rendah di Klang selama 3 tahun.. sistem pendidikan di sekolah bandar jauh berbeza dengan sekolah di kampung.. apatah lagi bersama-sama dengan pelbagai kaum ketika itu.. aku rasa lebih mencabar minda.. apabila aku mula bersekolah di kampung yang 100% muridnya adalah pelajar melayu.. aku benar-benar terkejut.. pengusahaan bahasa english ketika itu amat lemah sekali dikalangan rakan-rakan.. masih aku ingat lagi ketika cikgu meminta kami melukiskan gambar tea cup.. hampir separuh kelas tidak tahu apa itu.. dan banyak lagilah sebutan yang menjadi asing pada mereka..

Ketika bersekolah di Klang.. penggunaan bahasa english adalah antara bahasa yang sering ditekankan oleh cikgu.. apatah lagi dengan didikan keras mak dan ayah aku.. yang setiap malam tanpa jemu.. memaksa aku menyiapkan kerja-kerja sekolah.. setiap kali kertas ujian dibawa balik ke rumah.. andai ada kesilapan pada kertas itu.. aku pasti akan disuruh menulis 100 kali kesilapan itu.. Zaman sekolah itu dalam matapelajaran english.. ada ujian penulisan spelling.. cikgu akan sebutkan 10 perkataan dan kami akan diminta menulis perkataan itu.. bila kertas itu dibawa balik ke rumah jika aku tidak mendapat 10/10.. kesilapan pada ejaan perkataan yang ditulis itu menyebabkan mak akan paksa aku tulis sebanyak 100 kali.. masa itu rasa sedih sangat.. tak cukup dengan menulis.. mak juga akan suruh aku sebut ejaan perkataan hingga 100 kali juga supaya ejaan itu kekal dalam ingatan aku.. ya.. mak aku seorang yang amat garang dalam mendidik kami.. Namun atas cara didikan itulah akhirnya aku mampu terus mengapai kejayaan dalam pendidikan.. tapi kalau diingat-ingat lagilah cara mak mengajar aku masa kecil dulu.. emm.. garangnya mak.. takutnya aku..sedihnya.. takkan aku lupa bila-bila.. adik-adik ku beruntung kerana mak tidak pernah segarang itu lagi dengan mereka.. waktu itu aku rasa sungguh tidak adil sekali.. kenapa aku.. namun bila difikirkan mungkin kerana aku anak pertama pastinya mak inginkan yang terbaik untuk pelajaranku

Semalam barulah aku tersedar.. selama 3 tahun aku tinggal dan menginjak dewasa waktu itu.. itulah satu-satunya waktu aku rapat dan tinggal bersama keluarga sepenuh masa.. selepas tamat SPM dan mendapat tawaran ke Matrikulasi UKM.. dan seterusnya ke UKM, 2 tahun selepas itu.. aku sudah tidak pernah lagi tinggal bersama mereka sepenuh masa.. hanya menjengah mereka sekali sekala hanya bila cuti semester atau cuti hujung tahun.. selain itu sepenuhnya waktu aku habiskan masa di asrama.. dan sibuk dengan pengajian ilmu..

3 tahun yang indah.. penuh suka dan duka.. mengapa aku minta tinggal di kampung selepas 2 tahun ditempatkan di asrama?? sebenarnya aku tinggal di asrama harian sekolah STAR.. bukanlah sekolah asrama penuh pun.. tapi rutin harian di sekolah itu membuatkan aku tidak bentah dan selesa.. sikap warden.. akak senior yang banyak songeh dan berlagak.. dan juga tidak semua dikalangan kawan-kawan sekelas aku yang tinggal di asrama.. melihatkan kebebasan mereka ke sana sini selepas waktu sekolah menyebabkan aku rasa terbelenggu tinggal di asrama.. apatah lagi bila cuti sekolah.. dan aku menghabiskan masa bersama rakan sekampung.. aku dapati cara hidup mereka yang tinggal bersama keluarga.. pergi sekolah sehari-hari bersama rakan dan taulan.. hujung minggu berkumpul bersama membuatkan aku cemburu dengan mereka.. akhirnya di penghujung tingkatan 2 itu aku minta sangat dengan mak supaya aku ditukarkan bersekolah di banting sahaja seperti mana rakan-rakan sekampungku.. sebenarnya selepas tamat darjah 6.. kebanyakkan kami di sekolah kampung itu telah pun ditetapkan untuk bersekolah menengah di sesebuah sekolah menengah ini.. tapi ayah pula telah merayu kepada pihak jabatan pendidikan daerah untuk aku bertukar sekolah ke Klang.. atas sebab sekolah itu lebih baik dari segi pencapaiannya..

Aku berjaya akhirnya tidak mendapat tempat di asrama.. kenapa? kerana aku sorok borang kemasukan ke asrama pada hujung tahun itu.. sahaja aku lewatkan hingga lepas tarikh akhirnya.. apabila ayah dapat tahu tindakan aku.. ayah benar-benar marah dengan aku.. apatah lagi dengan desakan aku pada mak untuk berpindah bersekolah di Banting, lebih memeningkan kepala ayah.. anak dia yang sulung ini memang degill.. aku akui.. akhirnya ayah akur juga dengan kehendak aku tidak mahu tinggal di asrama tetapi dengan syarat.. aku masih lagi meneruskan persekolahanku di STAR Klang.. kata ayah padaku.. sekolah itu antara sekolah yang terbaik di daerah Klang.. ramai pelajar-pelajarnya berjaya ke universiti.. mendapat keputusan SRP dan SPM yang amat cemerlang.. aku akur jugalah atas alasan itu.. demi pendidikan yang lebih baik.. aku sanggup ikut kehendak ayah.. lagipun ketika itu ayah masih mengajar di Klang.. rutinnya yang berulang-alik dari rumah ke Klang setiap hari.. menyebabkan ayah juga sanggup menghantar dan menjemputku ke sekolah setiap hari.. dan disitulah secara tidak langsung aku jadi rapat dengan ayah.. walaupun tidaklah berbual sangat pun.. dan sepanjang 40-45 minit perjalanan.. aku banyak menghabiskan masa membaca buku-buku sekolah..

Bermulalah kebebasan yang aku cari ketika itu.. semasa menginjak dewasa.. apatah lagi tinggal bersama mak dan ayah di depan mata aku jadi seronok.. kali ini rakan-rakan sekampung menjadi teman rapat.. aku seronok kerana aku ada 2 golongan rakan ketika itu.. 1 rakan sama kelas dan sama sekolah.. 2 rakan sekampung.. rakan melepak dan rakan keluar hujung minggu.. ketika itulah rakan-rakan sekampung.. imah, midah, zura, normah, normahzura, bedah, zaleha, leha, samsiah, anje antara rakan baik.. tetapi aku lebih rapat dengan imah dan midah.. yang kebetulan rumah mereka sama lorong dengan rumahku.. setiap petang selepas waktu sekolah.. kami akan pergi berkumpul di rumah salah seorang kami.. bercerita pelbagai kisah semasa sekolah.. rakan-rakan yang dikenali.. waktu itu kira cerita pasal pakwelah yang paling hangat.. ketika itulah rakan-rakan aku menjadi bertambah.. kebanyakan mereka yang bersekolah di Banting.. rakan sama sekolah mereka juga aku kenal.. yelah bila kami lepak hujung minggu di pekan Banting pasti mereka akan kenalkan aku dengan mereka.. ketika itu jugalah ada dikalangan kakak angkat mereka menjadi kakak angkatku juga..

Kerana aku bersekolah di Klang.. dan ketika itu pencapaian akademik aku yang lebih baik daripada mereka.. rumah aku sering menjadi tempat mereka lepak untuk perbincangan subjek-subjek tertentu.. di situlah aku mula mengajar mereka.. subjek matematik, english, sains antara subjek yang menjadi perbincangan kami.. selepas itu sedikit demi sedikit adik-adik junior datang ke rumah minta aku ajar mereka pula.. aku setuju sahaja.. membantu setakat yang termampu..

Bila tinggal di kampung.. kami anak-anak dara ini.. kebanyakannya boleh menunggang motor.. masih aku ingat kali pertama aku belajar menunggang motor.. tukang ajarnya adalah sepupu rapat aku Ijam.. hampir masuk ke parit pun ada tapi sebab dia lebih cekap.. akhirnya setelah berlatih 2 3 kali.. aku berjaya menunggang motor dengan selamba.. sejak itu.. kemana sahaja pergi pastinya aku akan menaiki motor.. baik ke kedai ke.. rumah kawan ke.. mana-manalah.. kesempatan setiap minggu aku dan Imah.. kami pasti akan berjalan-jalan lewat petang hari keliling kampung.. selalunya kami ke kampung sebelah.. menyusuri setiap lorong demi lorong..berbual dan bergelak ketawa bersama.. menikmati udara lewat petang bersama.. selisih dengan jejaka kampung yang kadangkala bersiul-siul memandang kami.. atau kadangkala menganggu laluan kami.. semua itu ada kenangannya.. aku jadi rindu dengan kenangan itu..

Selama 3 tahun itulah aku belajar memasak dengan emak.. rutin harianku setiap kali hujung minggu adalah wajib menyediakan juadah untuk keluarga.. ketika itu emak sudah lepas tangan tanggungjawab memasak kepada aku.. masih aku ingat lagi.. ketika bersiap-siap untuk menghadiri peperiksaan SPM pada petang harinya.. emak paksa aku masak tengahari itu.. aku buat jugalah walaupun waktu itu aku rasa agak terbeban kerana perlu keluar rumah lebih awal untuk menunggu bas ke sekolah.. itu belum lagi.. paksaan mak ketika aku demam.. mak juga pernah paksa aku menolongnya di dapur ketika aku demam.. waktu itu aku begitu sedih sekali.. kata mak.. "Jika ko kawin esok.. sakit pening ke.. apapun.. ko kena juga turun ke dapur.. kalau dapat suami yang baik takpelah yang boleh faham.. tapi kalau kena suami tak faham.. macamana? apa dia nak makan??" sekali lagi aku akur dengan kehendak emak..

Pemikiran yang masih naif ketika itu menyebabkan aku ikut sahaja kata-kata mak.. tapi bila sudah diperingkat begini.. penjelasan mak ketika itu aku rasakan sedikit sahaja kebenarannya dan sudah tidak sesuai untuk masa kini.. namun secara tidak sedar.. tindakan mak untuk aku itu menyebabkan aku menjadi seorang yang mempunyai sifat berdikari yang amat tinggi.. dan benar.. ketika aku sakitpun aku masih lagi mampu memasak di dapur dan mengemas rumah..hanya bila aku benar-benar tak larat.. barulah aku tidak masuk dapur langsung.. apatah lagi mendapat suami yang aku kategorikan pandai memasak.. bukan sekadar lauk pauk.. malah kuih muih.. buatkan aku sedar.. hidup berpasangan itu seharusnya ada sifat tolak ansur.. aku juga faham..lelaki zaman dulu yang sealiran dengan ayah adalah lelaki yang tipikal melayu.. yang tidak biasa ke dapur dan menolong isteri tidak seperti zaman sekarang ini.. aku akui kenapa ketika itu mak menyatakan kata-kata itu..

Zaman remaja aku kemuncaknya semasa aku di tingkatan 4.. biasanya adalah zaman honeymoon maklumlah baru lepas SRP.. seolah mendapat kebebasan lepas bebas.. yelah setahun bertungkus lumus untuk persediaan SRP.. ketika ini jugalah.. terdapat 5 orang rakan sekelasku yang mendapat agregat 8.. termasuk aku.. ketika itu aku sudah membayangkan aku akan ke sekolah asrama atau MRSM.. dalam fikiran aku.. aku bakal masuk ke sekolah berasrama penuh yang selama ini menjadi bualan kami di sekolah.. malangnya aku tidak mendapat tempat kemana-mana pun.. sedangkan 4 lagi rakanku berjaya ke MRSM dan asrama penuh yang lebih menyedihkan lagi malah permohonan aku ke sekolah teknik juga hampa.. aku benar-benar kecewa.. apatah lagi ketika itu.. sahabat baik sekelasku.. rosmawati mendapat tawaran ke sekolah teknik ampangan seremban.. sedangkan agregatnya jauh lebih ke bawah daripada aku... aku hairan.. mengapa tidak satu pun permohonan aku diterima.. waktu itu aku sudah membayangkan akan meninggalkan sekolah itu ke sekolah baru.. tapi.. aku masih lagi setia di situ.. namun kerana ada seorang lagi rakan sama kelasku yang tidak memohon pun kemana-mana.. alasannya.. sekolah dimana pun berjaya juga.. tidak semestinya ke asrama atau MRSM.. aku akur jugalah walaupun aku terlalu sedih tahun itu.. pemergian Ros ke sekolah teknik menyebabkan aku demam seminggu.. sepanjang setahun di tingkatan 3 aku rapat dengan Ros.. malah sering tidur makan di rumah kakaknya ketika itu.. semua adik beradiknya aku kenal.. kadangkala juga bila ayah menjemputku balik dari sekolah..sering juga ayah tumpangkan ros bersama kerana kebetulan laluan kami ke sekolah melalui rumah kakaknya di Sijangkang.. kadang pagi ke sekolah jika kebetulan kami lalu.. ternampak Ros sedang menunggu bas.. ayah pasti akan berhenti dan menumpangkan dia bersama.. dan aku dan Ros akan ke kelas bersama-sama.. entah dimana dia sekarang ini.. kali terakhirnya aku berjumpa dengannya pada tahun 2001 ketika ke majlis perkahwinannya di Sik kedah.. itupun beberapa bulan sebelum aku ke Edinburgh untuk melanjutkan pelajaran.. mungkin sudah beranak pinak agaknya sekarang ini..

Namun bila dikenangkan semula.. ada hikmahnya bila aku tidak kemana-mana pun tahun itu.. zaman tingkatan 4 dan 5 merupakan tahun cabaran buat aku.. ketika itulah aku belajar bersaing bersama rakan berlainan bangsa.. rakan sekelasku majoritinya cina dan india.. daripada 32 orang pelajar dalam kelas itu.. hanya 10 orang sahaja melayu.. dan hanya seorang sahaja lelaki melayu.. dan 2 tahun itu juga aku mempunyai 3 orang sahabat baik.. Ida, Tini dan Anis. kalau masih ingat entri ku tentang Ida suatu ketika dulu.. dialah antara sahabat baikku zaman sekolah..

Menempuhi zaman sekolah di kelas aliran sains.. kepayahan belajar bersama.. semangat untuk berjaya.. kehebatan pelajar-pelajar cina yang aku rasa mengalahkan pelajar yang bijak di MRSM dan sekolah asrama menyebabkan aku belajar bagaimana bersaing dengan mereka.. masih aku ingat bagaimana aku melihat mereka skor 100% untuk kertas fizik, biologi dan kimia.. bagaimana aku belajar dengan melihat cara mereka belajar.. bagaimana aku belajar budaya mementingkan diri mereka.. semangat mereka.. kesungguhan mereka.. yang aku kira tidak mungkin aku akan dapat andai aku ke sekolah asrama penuh dan MRSM.. yang kebanyakan cikgu-cikgunya telah pun menyediakan pelan-pelan rancangan untuk memastikan anak-anak murid melayu mereka berjaya dalam SPM.. sedangkan kami anak-anak melayu di sekolah harian biasa.. terpaksa belajar dalam kepayahan sendiri.. belajar mencari dan mencari.. belajar untuk hidup dan membina kekuatan.. belajar berjuang dan bersaing bersama bangsa asing.. dan rupanya pengalaman itulah memberikan aku satu kelebihan bila buat pertama kalinya dulu aku menjejakkan kaki di Edinburgh.. belajar untuk bersaing dengan warga asing di negara asing.. Pengalaman zaman sekolah itu jugalah yang membantu aku terus berjuang selama setahun semasa aku di Edinburgh dulu.. aku bersyukur.. rupanya ini adalah ketentuan dan hikmah Allah buatku..

Masih banyak kenangan yang aku teringatkan semalam.. nantilah akan aku sambung ceritanya bila ada kesempatan masa..

4 comments:

julietchun said...

Seronok kan bila teringat zaman dulo2,aku pun tgh carik kwn2 lama taktau mn drg sekarang,jumpa kwn2 baru mcm ko pun bes.

ILA said...

So skrangggg..tak rindu dgn Banting ke??

Salam kenal dari warga Banting juga:)

Sesungguhnya..kenangan itu tiada gantinya.

azza_irah said...

salam iina..
selagi ia bernama kenangan selagi itu ia terus hidup dalam diri kita. pengalaman lalu sebagai penunjuk arah ke mana kita harus pergi seterusnya...

iina said...

juliet> tulah kawan dtg dan pergi.. jumpa kwn baru bina hubungan baru.. ;)

ila> apa lak xrindu.. tempat melepak n dating zaman sekolah hehehe takkan lupa daratan kot.. wah2 org banting gak ekk

azza>betul tu.. pengalaman membina semangat diri.. takkan lupa sampai bila2 kan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin