Wednesday, 24 September 2008

Apa yang seharusku katakan?

Aku sebenarnya sudah hilang kata-kata buat sahabat baikku seorang ini.. sejak dari dulu melihatkan kehidupannya. walaupun jauh disudut hatiku.. banyak sungguh rasa dan perasaan aku buat si dia.. namun sebenarnya juga aku sudah lama hilang kata-kata nasihat.. semangat.. malah apa juga untuk diluahkan..kenapa?

Aku sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menyatakan rasa simpatiku.. rasa hatiku.. rasa sedihku.. rasa ralatku.. dan pelbagai rasa lagi yang lebih selesa aku pendam jauh dilubuk hati.. ya aku akui.. aku sudah tidak lagi seperti dulu untuk terus memberikan kata-kata semangat.. bukan aku tidak mahu.. bukan aku tidak kisah.. bukan aku tidak mahu ambil tahu.. bukan aku tak sayang.. bukan dan bukan semua itu.. tapi semua kata-kata itu sudah puas aku berikan.. sudah puas aku cuba memahami.. sudah puas juga aku cuba menyelami.. walaupun kadangkala niat baikku itu pernah juga disalah ertikan. pernah juga dituduh begitu dan begini.. aku tetap setia memberikan kata-kata semangat itu.. namun kini sudah sampai satu ketikanya.. aku benar-benar sudah tiada lagi kata-kata untuknya.. hanya doaku buatnya sahaja yang mampu aku titipkan supaya dia mampu harungi kehidupan ini dengan setabahnya..

Allah berikan dia dugaan itu.. aku akui.. setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan.. namun kita juga perlu berusaha.. perlu juga melakukan sesuatu.. dan aku juga bukan menyatakan bahawa dia tidak berusaha langsung cuma.. entahlah.. seperti aku katakan tadi.. untuk bercerita pun aku sudah hilang bait kata bicara untuk meluah rasa..

Aku terima apa juga yang bakal menanti.. aku redha jika ini kehendaknya.. cuma aku sudah tidak tahu apa lagi harus aku katakan padanya.. Semoga Allah berikan hidayat dan kesabaran untuknya..

Sepotong ayat yang aku baca di dalam sebuah bilik staf SDS ketika sibuk membersihkan bilik itu.. yang menarik ku rasakan maknanya

" I am a great believer of luck and the harder I work the more I have of it "

Aku titipkan juga doa buat bonda kak haizan yang kini berada di hospital.. semoga Allah permudahkan dan sihatkan tubuh badannya.. saya tahu akak sedih dan risau.. Insyallah kak.. semoga mak akak sihat semula.. amin..

3 comments:

Enche' Adykasyah said...

Enche' Adykasyah was here.. WED 240908 +8GMT.

julietchun said...

kekdg kita dah taktau nak nasihat mcm mn lagi,nak beri kata semangat yg terbaik sbb empunya diri sendiri pun mcm dah tak nak berusaha menyelesaikannya.

iina said...

ady> tinggalkan jejak ye hehehe

juliet> tulah.. aku dah abis kata2 dah.. penah ke org lain cam aku nie ekk?? kdg2 fikir patut ke aku fikir camtu.. tapi memang aku dah btul2 xtau apa nk ckp dah.. ntahlah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin