Monday, 22 September 2008

Another got it

Suatu petang 2 bulan yang lepas.. Ketika James masih bekerja di Legal House.. kami turun bersama ke tingkat bawah dengan lif yang sama. kebiasaannya kami sering berbual tentang hidup.. plan weekend buat apa.. kadang pasal cuaca.. kadang pasal kerja.. ketika menghampiri pintu keluar.. James terhenti langkahnya.. sambil mengaru kepala dan menepuk dahi.. dia berkata

"Oh.. I left my ******** on my desk, ooohh it will be a boring journey home without it" Kata James sambil mengerutkan mukanya..

Aku pula tersenyum.. lantas mengiakan kata-kata James itu.. Hatiku pula berkata.. "Ehh James pun beli benda tu.. mesti best guna benda nie kan.. betul juga bila boring-boring menunggu lama.. atau dalam menaiki bas atau train.. sekurang-kurangnya benda tu dapat menghilangkan kebosanan"

Oleh kerana sudah hampir ke pintu keluar James berkata "Oh well.. let it be then"

Aku lalu mengucapkan selamat tinggal kepada James dengan ucapan "cherriio" satu ucapan selamat tinggal yang biasa dilagukan disini.. dan aku sambung dengan kata-kata "Have a nice journey back home James.. see you tomorrow.. and good nite"

Sudah hampir sebulan James meninggalkan Legal House.. kadangkala aku terasa juga ketiadaannya.. dulu dia sering menanyakan tentang khabar beritaku dan sering juga berbual denganku.. kini semenjak dia tiada terasa sedikit bosan di situ.. walaupun staf yang lain adakalanya menegurku seperti biasa.. namun keramahan mereka tidak sama dengan James.. terasa sungguh satu kehilangan..

Semenjak perbualan itu aku sering berangan-berangan untuk memiliki benda tersebut.. satu alatan teknologi yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa bosan.. apatah lagi sering diiklankan di TV.. dengan menggunakan pelakon yang terkenal seperti liv tyler, carrie underwood, america ferrera, nicole kidman.. apatah lagi mampu melatih minda.. dan menilai skornya..

Namun melihatkan harganya fikir banyak kali jugalah kan.. sudah beberapa minggu ini aku membuat penilaian di Argos.. Currie.. laman web online yang lain.. ada jugalah tawaran menarik di Argos.. yang turut memberikan beberapa barangan tambahan disamping alatan tersebut.. apatah lagi ia datang dalam pelbagai warna.. namun aku hanya minat pada warna hitam sahaja..

Akhirnya semalam.. selepas memiliki barangan 'got it' yang pertama.. aku terpandangkan iklan tentang barangan ini di Debenham.. katanya sila ke tingkat 5 untuk mengetahui tawaran yang disediakan.. sedar tak sedar kakiku mula melangkah ke tingkat 5.. hajat dihati sekadar untuk menjengah dan melihat harga... rupanya ada tawaran 'Manager special' yang lengkap dengan barangan lain yang turut diberikan bersama.. "Menarik nie" kata hatiku.. dan aku pun mula mencongkak pula harga tawaran yang ditawarkan di Argos.. hampir sama.. tapi tidak termasuk insuran.. tawaran ini termasuk insuran.. lebih kurang sahaja harganya di Argos.. tetapi punya lebihan accessory yang lain.. aku mula teragak-agak.. nak beli ke tak nak.. puas fikir.. akhirnya aku tanyakan saleman yang ada di situ.. dan dia terangkan satu persatu barangan yang diberikan di dalam tawaran itu..

Akhirnya.. aku nekad... ahh beli sahajalah.. bila lagi.. jika asyik berkira sampai bila takkan beli.. jika Di Malaysia.. jika di'convert' ke dalam RM.. mahu rasanya aku tak beli.. dengan harga yang hampir mencecah ke RM1000 .. lebih baik beli benda lain.. di sini kerana nilai bayaran adalah dalam pound sterling.. agak kurang terasa sedikit tingginya nilai duit tersebut..

Aku bayar harga barangan itu dengan nekad.. sudah lama berangan-berangan untuk memiliki apatah lagi sejak perbualan aku dengan James tempohari.. sebab barangan ini sesuai untuk semua peringkat umur.. dan aku pernah juga lihat seorang wanita separuh umur menggunakannya di dalam bas dengan khusyuknya tanpa mempedulikan yang lain.. teruja melihatkannya.. apatah lagi aku sudah lama teringin untuk memilikinya.. lagipun.. kalau tak nak guna.. kalau bagi pada mana-mana anak buah aku rasanya (sebelah pakwe aku).. mahu semua berebut punya.. uihh.. takpe.."biar mak lang pakai dulu puas-puas.. nanti tak nak baru bagi kat diorang"

So apa dia.. agak-agaklah sendiri ye dari cerita aku ini.. sahaja nak mendera fikiran korang semua apa agaknya yang aku beli.. rasanya bagi yang berada di UK pasti dapat mengagak apakah barangan yang aku maksudkan.. sebab sentiasa ada dalam iklan di TV..

Biarlah aku tunjuk beg dia jelah kan.. kan.. kan..

Walaupun begitu.. barangan itu masih terletak elok lagi dalam kotak.. belum rasa nak keluarkan dan study cara menggunakannya..

Kenapa lah cam tak excited je.. sebab barangan 'got it' yang pertama pun masih belum habis study lagik.. aduhh.. pening pala den study features dia.. sampai kena cari manual user kat internet.. tulah beli yang canggih lagik.. aku rindukan N95 8GB yang aku serahkan secara rasmi kepada pakwe yang lengkap dengan unlimited mobile internet dan dia hanya bayar separuh sahaja dari yang aku bayar setiap bulan.. untung sungguh.. balance aku juga yang cover.. Rasa cam nyesal pun ada.. cam rasa nak cakap je kat pakwe "Bang mintak balik hp tu boleh ;)" mahu kena perli berdas-das dengan pakwe aku.. pagi tadi tengok dia duk study N95 tu.. camno nak minta balik nie.. cam takde peluang je ;)

p/s Pssttt.. nie kira dah bagi hint2 ler apa yang aku beli untuk 'got it' yang pertama ;)

8 comments:

cappuccino said...

ehehhh..ape ke bendoooo ne..puasss dh pakcik pikir..apo ko bendooooo tuuuu...ne mesti nk wat tayangan amal mase pagi raya ne heheheh..

Let's dine out said...

oo... nak surprise ke.. bila yek..bila..bila...
ada tag la utk iina,selamat hari raya, maaf zahir batin

iina said...

rusdi> hehehhe.. nantikan apakah benda ye hehehe.. saje bg ko pening pala sikit

nas> heheheh bila ekk.. nanti2.. ok nanti p ambik.. selamat hari raya ye..

Abahnajwa said...

Salam Iina

Wah..got it yaaa..perghhhh...

Ni nak bagitau..kalau IIna tak keberatan kami nak menjenguk Iina ke sana pada 23-24 Disember 2008 ni dalam misi memburu snow sekali..Itupun kalau IIna sudi jadi host lawatan keluarga abah ni..

Mungkin nak ke Aberdeen pulak lepas tu menjenguk kawan di sana..Ingat nak spend masa kat Edinburgh..tapi takda kawan pulak kat sana..Kat mana best nak shopping boxing day kalau kat area sana tu Iina?

Salam dari Liverpool

iina said...

abah..

got it hehhehe.. pengaruh kekawan ler.. tu yg ambik juga ;) lagik pun pakwe nk pakai hp so bg jelah hp yg lama.. makwe dia dpt ler hp baru ;)

oklah insyallah rasanya ok tu.. sebab dekat nak cuti tu.. aritu pakwe ada plan juga nak p inverness masa cuti xmas tu.. boxing day happening kat glasgow ler abah.. alah edinburgh dr glasgow dlm 45 minit je.. lepak umah saya jelah no problem yelah abah..sapa pun giler shopping gak masa tu.. nnti smpi xlarat nak p shopping kedai byk sgt ;).. insyallah no problem yelah..

Abahnajwa said...

Iina..

Terima kasihlah sebab sanggup jadi host kami..Alhamdulillahhhh

Okay..nanti abah calling2 Iina ya..Iina hantar email kat mohdnazali@gmail.com alamat Iina dengan no phone kalau boleh..

Waahhh..Glasgow happening ya boxing day..tengok gaya IIna dgn pakwe shopping ni dah ada geng best dah ni nak gi shopping..kikiki..Ehh..nanti tak clash ker dengan program IIna lak sebab pakwe Iina nak gi jenjalan masa xmas tu?

Enche' Adykasyah said...

mesti keluaran Apple..
iPod 8Gig...

iina said...

abah> takpe no prob leh adjust2 masa insyallah..

ady> hehehe.. camna ko leh teka dengan tepat nie ;) kena betulkan sikit je ejaan tu.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin