Thursday, 5 June 2008

Tragedi di Queen Park

Sejak minggu lepas (khamis) kecoh dengan terjumpanya mayat seorang wanita di Queens park.. Seingatku pada hari tersebut aku terlihat sebuah trailer polis terletak betul-betul di depan pintu Queens park berkenaan.. mulanya aku tidak mensyaki apa-apa tetapi kemudiannya terdengar berita bahawa terjumpanya mayat wanita di park berkenaan.. kini kes itu masih dalam siasatan dan kini Queens park ditutup kerana pihak polis masih mengenalpasti dan menyiasat kes berkenaan..

Sejak semalam aku melihat begitu banyak poster ditampal disepanjang deretan kedai di sepanjang victoria road.. ketika berjalan kaki dari Somerfield ke rumahku.. hampir disetiap kedai terdapat poster-poster berkenaan.. tawarannya adalah £20000.00 bagi sesiapa yang menjumpai pembunuh wanita berkenaan yang dikenali sebagai Moira Jones.

Search for any evidence connected to Queen’s Park murder

Mum's warning over killer of Moira Jones

Pagi ini kelihatan begitu banyak bunga-bungaan diletakkan di hadapan pintu masuk Queens Park.. Ketika menunggu bas ke universiti.. dari bus stop berhampiran kelihatan deretan bunga-bunga tersebut bersebelahan dengan trailer polis di pintu masuknya..

Tragedi ini sedikit sebanyak menganggu ketenangan kami di sini.. apatah lagi mengenangkan telah ada kes pembunuhan yang berlaku tidak jauh dari rumahku sendiri.. bukan jauh sangat pun Queens Park itu dari rumahku.. lebih kurang 100m sahaja.. apa pun aku harap pembunuhnya akan dijumpai.. Selepas ini aku tidak akan ke park itu lagi sendirian.. risau juga.. harus lebih berhati-hati

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin