Wednesday, 18 June 2008

Alarm OK dah

Kerja lagi.. apa lagi nak ceritanya.. just nak update pasal alarm system semalam.. tadi petang sempat juga aku borak dengan James.. Ketika sampai pukul 2.55ptg tadi.. sambil mengisi nama dalam buku pelawat.. aku tanyakan berkenaan bilik training yang besar.. semalam aku lihat keseluruhan bilik itu dibuka.. seolah-olah ada training hari ini.. bukan apa mengenangkan aku terpaksa melintas bilik itu untuk ke bilik cleaner..

Dengan serius James berkata "Lina, there is something I want to tell you"

Aku lantas memandang James dengan seribu tanda tanya .. dalam hati "Pasal alarm ke nie.. hiss"

Rupanya kata James "There are no training today.. so it's a quite day.. nothing much for you to do today"

Buat suspen jelah James nie.. ingatkan pasal apa.. hehehe bagus juga.. taklah teruk sangat kerja hari ini..

Ketika tengah sibuk untuk membersihkan toilet.. James datang ke kitchen .. sempat juga dia tegur aku lagi.. katanya dia dah nak balik.. hari ini dia rasa letih sangat.. so dia decide nak balik awal.. seronok betul kerja camtukan.. agak-agak tak larat boleh je balik anytime.. kat mesia.. jangan harap ler.. katanya dia bangun sejak pukul 4.00pg tadi.. so sebab itu dia rasa agak letih..

Sambil itu sempat juga aku tanyakan pasal alarm semalam.. katanya memang ada problem bunyi bipping tu.. so tadi John dah panggil technician betulkan.. lalu aku pun ceritalah dengan James yang semalam aku cuba setkan alarm tu sampai 6 kali.. lalu James tanya juga pasal setting alarm hari Isnin.. kataku.. seingatku aku set alarm itu seperti biasa.. tapi John kata aku tak set.. entahlah kataku.. tak tahu mana yang betul atau yang salah.. tapi yang pasti aku dah set alarm tu.. James hanya mengangguk dan senyum dengar cerita aku.. memang dia selalu juga jadi tempat aku mengadu pasal kerja kat situ.. so far dialah yang paling rajin tegur aku setiap hari.. mesti tanya camna hari aku.. so banyak juga perkara yang sering kami bualkan.. kadang pasal keluarga.. kadang pasal hari minggu kami.. sekurang-kurangnya aku adalah juga teman berbual..

Sekali lagi hari ini aku kena set alarm.. apa taknya.. pukul 5.30 semua dah balik. Diorang nie semua dah pakat-pakat nak balik awal ke? Dah 3 hari berturut-turut aku kena set alarm.. akhirnya pukul 5.45 aku keluar dari bangunan tu.. awal 15 minit setelah lewat 15 minit semalam. Alhamdullilah kali ini aku dengar bunyi bip seperti kebiasaannya.. menandakan setting alarm berjaya diset.. so balik hari ini dengan senang hatinya.. :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin