Saturday, 7 June 2008

Bercanda ditepian pantai

Cuaca hari ini panas dan berangin.. ketika melangkah keluar dari rumah.. ku lihat beberapa awan mendung mula berkumpul di sekitar victoria road.. risau juga andai hujan seperti minggu lepas..

Rancangannya adalah untuk ke tepi laut.. telahku cadangkan pada pakwe untuk ke pantai Troon yang terletak tidak jauh dari pekan Ayr.. berada dalam daerah Ayrshire.. Teringat ketika ke rumah supervisor George di Ayr.. kami penah melalui pekan kecil Troon ini dan melihat lautan sepanjang perjalanan bermula dari pekan Irvine hinggalah ke Ayr.. berdasarkan carian maklumat di Internet.. maka aku putuskan untuk ke Troon sambil menikmati angin laut sebelah timur scotland..

Troon Beach & Troon Town
Setibanya di city centre glasgow.. langit yang asalnya mendung ku lihat panas semula.. Akhirnya aku putuskan untuk meneruskan perjalanan kami ke Troon dengan menaiki keretapi ke Ayr.. tambang sekadar 14.90 untuk 2 orang pergi balik pada hari yang sama.

Bermula dengan hentian Paisley Gibson St diikuti Johnstone, Kilwillning, Irvine, Brasserie dan akhirnya Troon.
Kami mula berjalan turun bukit dari station Troon dan akhirnya..

Di penghujung jalan St Meddans Street kelihatanlah lautan yang luas terbentang..

Ramai sungguh manusia yang melepak di tepi pantai dan ada juga yang mandi manda di sana..

Sempat juga kami berhenti makan sandwich, crips dan muffin yang dibeli lebih awal dari Somerfield berhampiran dengan Glasgow central station sebelum bertolak ke Troon.

Hampir sejam juga kami di sana.. pakwe malas pula nak berjalan jauh.. tepian pantai Troon sungguh panjang sekali.. ikutkan hatiku.. mahu sahaja ku ajak pakwe berjalan lagi.. tetapi pakwe malas nak berjalan jauh.. cukuplah berhenti ditengah-tengah pantai..

Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Irvine.. ketika melalui pekan Irvine.. kami terlihatkan sebuah komplek membeli besar yang agak besar di situ tertulis Rivergate.. dan turut ada papan tanda bertulis Beach Park.. maka kami putuskan untuk singgah di situ andai ada yang menarik untuk dilihat.. lagipun hari cukup panas membahang.. hinggakan jaket kulit ku pakai terasa seolah membakar kulitku pula.. bak kata pakwe.. seperti suasana di malaysia sahaja.. tak rasa pun berada di luar negara..

Singgah pun tidak lama sekadar berjalan sebentar ke beach park akhirnya kami putuskan berhenti di tengah-tengah sahaja.. kelihatan agak jauh juga untuk diteruskan perjalanan kami.. kami berhenti seketika di tepi Scottish Maritime Museum dan menikmati pemandangan laut di sekitar Irvine pula..


Tidak lama pun sekadar beberapa minit sahaja dan akhirnya kami teruskan perjalanan ke kawasan membeli belah.. terdapat Asda, Next Clearance, Primark, KFC, McD, Sport World, Comet dan banyak lagi.. pemandangan biasa bagi kami.. komplek-komplek seperti ini memang agak banyak di sekitar UK.. lagipun di Glasgow sendiri juga ada banyak komplek seperti ini.. sekadar menjenguk ke Next Clearance dan akhirnya aku pun terbeli hehehe jaket tebal wool.. dengan harga sekadar 7Pd.. bukan apa untuk dipakai pada musim sejuk hujung tahun ini.. waktu beginilah masanya untuk membeli jaket winter dengan harga yang murah.. maklumlah musim sejuk sudah berlalu maka sebab itulah harganya menjadi begitu murah sekali.

Akhirnya kami bertolak balik ke Glasgow.. singgah makan di cafe Chopstick.. dan terus balik ke rumah.. keletihan.. seronok juga dapat berjalan ke tepi laut.. setelah rancangan untuk berjalan ke laut sebelah barat scotland (Edinburgh) terpaksa dibatalkan kerana hari hujan pada minggu lepasnya..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin