Sunday, 22 June 2008

Hujan dihari Sabtu

Cuti hari sabtu ini disambut dengan turunnya hujan rintik-rintik.. namun apabila melangkah memasuki malam hari.. rintikan hujan nampak ketara lebatnya.. hingga basah juga baju dan seluar yang dipakai.. (teringat lagu zaman anak-anak.. hujan rintik-rintik.. tumbuh tahi lalat.. ada yang masih ingat lagu nie? nyanyi lagu nie kena lukis sekali.. hehehe )

Sabtu.. selalunya masa untuk keluar dating berdua.. sebab hanya hujung minggu sahaja masa yang ada untuk bersama.. maklumlah hari lain masing-masing sibuk dengan tugas.. di universiti.. di tempat kerja.. apatah lagi pakwe.. memang sejak aku kenali dia hampir 20 tahun lepas (sejak zaman sekolah) memang begitu perangainya.. workholic.. alah bisa tegal biasa.. sudah masak sangat dengan perangainya.. membuatkan aku cukup memahami dan lali sangat..

Kami keluar agak lewat juga.. selepas solat zohor.. pelawaanku untuk makan tengahari di Lemon Tree disambut dengan anggukan beria pakwe.. sedang enak dibuai lena.. saat dikejutkan mengajak belanja makan.. bingkas bangkitnya dari tidur..

Selesai makan tengahari, aku ajak pakwe ke barrhead shopping centre.. sudah lama sebenarnya aku hendak ke sana.. sebenarnya tujuan utama adalah untuk ke IKEA.. dulu semasa kami tinggal di Edinburgh.. ke IKEA sering juga menjadi aktiviti kami.. hampir semua sudut shopping Komplek di Edinburgh kami pergi.. pantang sahaja disebut apa juga tempat bershopping mesti kami akan sampai.. rakan-rakan sering juga terkejut.. dahlah takde kereta.. tapi masih boleh sampai ke mana-mana.. hinggakan sifat itu masih kekal bersama kami hinggalah kami sampai ke Glasgow ini..

Menaiki bas nombor 55 di Renfield street akhirnya kami sampai juga.. tidaklah sebesar mana pun.. sama sahaja seperti shopping compleks lain yang pernah kami pergi di UK ini (besar lagi shopping kompleks kat malaysia.. klcc, 1-utama, mid-valley).. agak jauh juga untuk ke Ikea.. tapi pakwe malas nak berjalan jauh.. mungkin masa akan datang.. pasti akan sampai juga.. sedangkan IKEA di mutiara damansara pun sering aku pergi.. apa lagi IKEA kat sini kan.. lebih kurang je sebenarnya.. tapi untuk mengisi masa lapang dan melihatkan design perabot terkini..

Selesai.. akhirnya aku ajak pakwe ke UGC cinema.. bukan apa rancangan untuk menonton Movie "Incredible Hulk" pada hujung minggu lepas tidak tercapai.. lalu aku katakan.. jomlah pergi tengok.. dah lama sangat tak menonton wayang.. Not bad.. aku bagi " *****" untuk filem ini.. seronok dan menarik jalan ceritanya.. lebih banyak aksi berbanding dengan filem sebelumnya.. masih aku ingat lagi bagaimana aku gunakan storyboard filem ini sebagai bahan pengajaranku dalam kelas multimedia dulu.. malah aku juga ada rakaman "the making of " yang aku gunakan bagi menjelaskan konsep storyboard dan penggunaan elemen animasi 3D dalam filem sebegini.. itu belum lagi rentetan lanjutan penggunaan perisian yang digunakan bagi menghasilkan kesan khasnya..

Itulah susahnya jadi pensyarah multimedia ini.. dan bagusnya aku memang suka menonton filem aksi 3D begini.. bukan sekadar jalan cerita yang aku tatapi.. malah kesan khas dan cara kesan itu dihasilkan turut menjadi perkara yang aku teliti semasa menonton.. bukan apa.. sekurang-kurangnya kita uptodate dengan perkembangan terkini teknologi yang ada.. barulah seiring dengan perubahan semasa yang berlaku.. dan sejalan dengan citarasa pelajar/remaja..

Bercerita begini membuatkan aku jadi rindu mengajar semula.. sebab dari dulu mengajar seolah terapi ilmu dan peribadi buatku.. mengajar ini meransang minda untuk terus berfikir.. merangsang kata berbicara.. dan merangsang hati untuk menginsafi.. mengajar bukan bererti memberitahu dan mengarah.. tetapi berkongsi ilmu.. pendapat.. bertukar fikiran.. itu caraku.. baik pelajar lepasan matrikulasi.. atau guru besar.. penolong-penolong kanan sekolah malah pengetua sekolah juga pernah menjadi anak murid ku.. malah ada dikalangan mereka ada mencecah awal 50an.. seronok mengajar pelajar matang.. ilmu teknologi mungkin kurang pada mereka.. tapi kaya dengan pengalaman.. harapnya mereka masih sihat dan terusan menimba ilmu..

Apa juga.. ilmu perlu terus dicari.. usaha juga perlu diteruskan.. Insyallah

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin