Monday, 23 June 2008

Kisah ayah dan ceritanya

Entah mengapa aku teringatkan cerita yang pernah ayah sampaikan padaku dulu.. Mungkin kerana entri mashi berkisar tentang mak dan ayahnya membesarkan adik beradiknya.. namun kisah ayahku bukanlah kisah membesarkan kami.. tetapi kisah ayahku sendiri yang pernah diceritakan padaku dan adik-adik..

Aku teringat semasa aku di sekolah rendah.. ayah pernah menceritakan padaku bagaimana susahnya dia untuk bersekolah dulu.. pensil yang ada pun walau pendek sekali pun.. akan disambung dengan kayu.. bagi membolehkan dia terus menggunakannya.. kemudahan tidak semudah sekarang kata ayah.. semua serba serbi susah zaman dulu.. ayah dilahirkan ketika jepun datang memerintah negara.. ketika itu arwah nenak melahirkan ayah.. arwah tok telah pergi ke burma untuk membina landasan keretapi maut.. malah ketika arwah tok kembali ke pangkuan keluarga kata arwah nenek ayah telah pun berumur 3 atau 4 tahun.. ketika arwah tok dipaksa ke burma.. ketika itu arwah nenek sedang mengandungkan ayah lebih kurang 2 atau 3 bulan usia kandungan arwah nenek.. dan selepas hampir berkahwin lebih 10 tahun barulah arwah nenek mengandungkan ayah..

Masih aku ingat cerita arwah nenek padaku.. ketika ayah dilahirkan.. pada tali pusatnya ada seolah-olah bentuk bendera.. kata bidan yang menyambut ayah.. ayah akan jadi seorang anak yang berjaya.. malah aku juga teringatkan cerita mak.. ketika mak dilahirkan dulu juga.. tali pusat terbelit dikeliling leher mak.. seolah-olah bertudung litup.. kata mak sebab itulah mak antara yang terawal bertudung dikalangan adik beradiknya.. agak-agaknya camna pulak aku masa dilahirkan ye.. hanya yang aku tahu kata mak.. aku lahir songsang.. kaki keluar dulu.. selain itu takde pula yang peliknya.. mungkin aku kena tanya mak lagi..

Masih aku ingat lagi cerita mak.. versi cerita ini mak perolehi dari seorang ibu saudara ayah tidak lama dahulu.. lalu mak ceritakan padaku semula.. kata mak.. semasa arwah nenek mengandungkan ayah.. arwah tok langsung tidak tahu menahu.. ketika dia berada di burma.. arwah tok langsung tidak tahu yang arwah nenek sedang mengandungkan ayah.. malah ketika arwah tok pulang dari burma.. setelah kekalahan tentera jepun.. melihatkan ayah.. arwah tok terkejut.. malah pernah tidak mengaku ayah anaknya.. kata mak.. arwah nenek dituduh bukan-bukan.. tapi tuduhan itu disangkal oleh kaum keluarga arwah nenek.. yelah kan zaman jepun semua lelaki dipaksa ke burma dan kebanyakan kaum ibu dan isteri-isteri ditinggalkan dalam jagaan keluarga.. kebetulan ketika adik arwah nenek, arwah tok su.. dia lah yang menjadi tempat ayah bermanja.. malah pernah juga satu ketika arwah tok langsung tidak mahu mengaku ayah anaknya.. malah tidak pernah dipedulikan.. saat mendengar cerita ini dari mak.. aku rasa sedih sekali..

Ketika itu barulah aku faham.. kenapa arwah tok su dulu kerap datang berjumpa ayah.. setiap kali cuti atau ada masa lapang arwah tok su pasti akan menjenguk ayah di kampung.. kerap juga kunjungan arwah tok su.. dan yang aku tahu.. setiap permintaan arwah tok su ayah tidak pernah menolak.. kemana sahaja arwah tok su hendak pergi pasti ayah akan hantar.. kata mak.. masa ayah kecil-kecil dulu.. arwah tok su lah yang menyekolahkan ayah.. dia juga yang menjaga makan pakai ayah.. kerana arwah tok tidak pernah mempedulikan ayah.. atas sebab itu juga dulu rupanya.. surat beranak ayah lewat dibuat.. ayah tidak pernah ada surat beranak .. kata ayah ketika dia berusia hampir 13 tahun barulah dia ada surat beranak.. itu pun kerana hasrat ayah untuk menyambungkan pelajaran di peringkat maktab.. menyebabkan arwah tok akhirnya mengalah untuk buat surat beranak itu.. itu pun dalam catitan surat beranaknya.. ayah dilahirkan 3 tahun kehadapan dari usianya yang sebenarnya.. jika dalam ic umur ayah kini sudah 63.. sebenarnya umurnya kini sudah 66 thn..

Masih aku ingat sebelum aku datang ke UK.. rasanya dalam 3 4 bulan sebelum ke sini.. kami dikejutkan dengan berita kematian arwah tok su.. masih aku ingat malam itu aku ada majlis jamuan bersama pelajar program IT.. biasalah tugasku sebagai penasihat persatuan pelajar IT menyebabkan aku sering dijemput untuk merasmikan majlis bersama pelajar.. malam itu juga aku bungkuskan kain baju aku dan pakwe.. dan terus menunggu mak dan ayah dihentian tol sg buloh, yang pasti pakwe ambil mak dan ayah dari kampung.. memandangkan aku dari Tg Malim dan pakwe dari Klang.. lebih dekat ke Banting.. maka pakwe meminta aku tunggu di Sg Buloh sahaja.. malam itu juga kami bertolak ke Maran pahang.. rasanya kali terakhir aku berjumpa dengan arwah tok su adalah pada hari perkahwinan sepupuku.. anak mak long.. anak tok su..

Kami sempat juga menatapi wajah arwah tok su.. kerana dia akan dikebumikan esoknya.. malam itu jugalah mak long katakan pada ayah.. arwah tok su memang menyebut nama ayah sebelum dia meninggal.. "lama aku tak jumpa Hassan"

Saat ayat itu disebut aku terus memandang wajah ayah.. ada sendu diwajahnya.. tapi aku faham sangat hatinya.. walaupun tidak dikatakan apa-apa.. tapi aku tahu hati ayah sebak sekali.. Malah namaku juga disebut.. "Lina tu tak lama lagi tu nak keluar negara.."

Kata-kata mak long itu membuatkan aku tersentak.. sebenarnya perkhabaran untuk ku keluar negara hanya aku khabarkan pada emak dan ayah sahaja.. belum lagi aku hebahkan pada saudara mara yang lain.. masih terlalu awal.. apatah lagi ketika itu masih banyak lagi urusan yang belum diselesaikan.. Akhirnya aku katakan pada mak long..

"Sebenarnya memang betul mak long..saya memang nak ke UK hujung tahun ini" kata-kata ku disambut dengan airmata dan tangisan mak long..

"Tengoklah.. tok tahu ko nak pergi na.. dia beritahu mak long.. tapi mak long tak sangka rupanya dia nak pergi dah.."

Sebenarnya tok su meninggal dalam tidur selesai solat asar.. petang itu sebelum tidur.. arwah tok su sempat berbual dengan mak long dan pak long.. sempat juga menyebut nama ayah dan namaku.. kata pak long.. hanya disebut sudah lama tidak jumpa ayah.. katanya sudah tidak larat lagi berjalan jauh naik bas.. tapi tidak pula diminta untuk membawanya berjumpa ayah di banting.. kata pak long.. jika arwah tok su minta.. esok juga pak long akan ke banting..

Kisah ini memang berbekas dihati aku.. semua kisah.. ketika arwah tok, nenek dan tok su meninggal dunia.. semuanya punya kisahnya dan ada kaitannya denganku sedikit sebanyak.. arwah tok juga meninggal dalam tidur.. malam dia meninggal di hari jumaat, 2 hari selepas hari raya haji.. yang paling aku kesali waktu itu.. entah mengapa semasa hari raya haji itu, aku tidak pergi ke rumah arwah tok.. walaupun jaraknya hanya selang satu rumah sahaja.. apatah lagi ketika itu arwah tok membuat korban untuk semua adik beradik ayah.. hanya mak, ayah dan adik-adik sahaja yang pergi.. kebetulan hari raya haji itu jatuh hari rabu.. dan petang itu juga aku kena balik ke shah alam.. menyebabkan aku seolah kelam kabut untuk pulang kerana keesokkan harinya aku ada ujian memandu.. sebenarnya hingga kini aku masih lagi rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah tok dipagi raya haji tahun itu.. hingga kini aku terasa terkilannya..

Masih aku ingat kata arwah nenek selepas arwah tok meninggal dunia.. hari raya aidilfitri tahun itu aku berikan duit raya kepada arwah tok dan arwah nenek.. tak salah aku seratus seorang rasanya.. kata arwah nenek.. arwah tok pernah kata pada arwah nenek.. "Akhirnya aku merasa juga duit dari cucuku" sambil disambut oleh tangisan dari arwah nenek..

Dulu selepas arwah tok tiada, arwah nenek tinggal bersama sepupu-sepupu ku.. memang sejak dari kecil mereka tinggal bersama arwah nenek dan tok .. namun ketika arwah nenek sendirian tanpa arwah tok tiap kali bercuti pulang ke kampung.. aku pasti akan singgah jumpa arwah nenek.. kadang temankan arwah nenek makan.. layan bual bicaranya.. layan kisah ceritanya.. layan luahan hatinya.. mungkin sebab itu juga aku jadi rapat dengan arwah nenek.. apatah lagi aku adalah cucu sulung perempuan.. mungkin juga kerana ayah merupakan anak kesayangan arwah nenek.. menyebabkan aku juga menjadi cucu perempuan kesayangan arwah nenek..

Sudah lama juga aku tidak mimpikan arwah nenek.. kali terakhir semasa aku tiba di sini.. malam pertama ketika aku bermalam dirumah pertamaku di glasgow ini.. malam itu juga aku mimpi arwah nenek duduk disebelahku.. yang paling aku ingat bagaimana aku memeluknya sepenuh hati sambil mengatakan... "ina rindu sangat dengan nenek.." tidak aku pasti berapa banyak airmataku yang menitis malam itu.. yang pasti aku menangis hingga teresak-esak.. pelukan ku pada arwah nenek seolah tidak mahu aku lepaskan.. dan eratnya pelukan arwah nenek juga bagaikan benar-benar terasa.. kisah ini tidak pernah aku ceritakan pada mak.. mungkin perlu juga aku ceritakan.. mak sering mimpikan arwah nenek.. selalu sangat arwah nenek datang dalam mimpi mak.. ketika mak sakit pun arwah nenek pasti akan datang tanyakan kesihatan mak..

Apa juga itu semua ada sebabnya.. ada kisahnya.. kadang kala aku jadi rindu dengan cerita dan kisah lama.. kini hanya cerita mak dan ayah yang sering aku layani.. mereka juga suatu hari nanti akan menyusul mengikut arwah nenek.. dan yang tinggal hanyalah kenangan dan cerita-cerita mereka dalam ingatan.. mungkin akanku sampaikan pada anak-anakku seperti mana pernah arwah nenek sampaikan padaku dulu..

3 comments:

Kaktiny said...

salam sis iina..

sedih kan bila mengenang kisah lepas... saya pun sedih bila teringat hari 'pemergian' arwah tok saya.. saya menangis kat tepi jenazah mcm org takder iman sambil berkata : "tok.. bangunlah tok.. jangan pegi lagi.. tok kan dah janji nak tengok tiny amik ijazah.. tok kan dah janji nak panjat menara itm tiny kat shah alam tu?.. tok kan dah janji nak tgk tiny pakai topi empat segi tu.. tok.. bertahun tok tunggu.. takkan tinggal lagi berapa bulan tok tak mau tunggu tok.. tiny dah nak ambik ijazah dah ni.. tokk..."

... dan saya pun pengsan..

sedih pulak teringat kisah lepas..

sorry sis.. melalut panjang pulak.. salam..

iina said...

Tak pe sis.. biasalah mengingat kenangan lama kan.. pasti rasa terkilan akan datang.. tapi itulah takdirnya.. kita hanya mampu mengingati semua kenangan itu.. dan hanya doa kita semoga mereka di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.. aminn

mashi said...

takpe Na..asalkan ada juga "tok" untuk bermanja walau seketika. Tak semua orang ada peluang cam tu..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin