Friday, 20 June 2008

Karpet baru?

Study masih go on seperti biasa.. sepanjang pagi agak sibuk membuat checklist untuk survey content material for SCORM.. hari ini suasana bilik agak lengang sedikit maklumlah dah hari jumaat kan.. apatah lagi Richard tidak ada selama 2 minggu conference di London .. maka aku dan Suthanya merdeka seketika.. almaklumlah takde lelaki dalam bilik kami.. boleh gelak-gelak dan bak kata Suthanya " I can sing karoake every day.. I will be very happy"

Yelah tu Suthanya nak berkaraoke.. bising pulak nanti member bilik sebelah..

Bekerja seperti biasa.. ketika sampai ke pintu masuk.. Aku terserempak dengan John.. lalu disambut dengan senyum meleret sambil berkata "Ahah.. you can't enter the training room, they still cleaning the carpet" sambil ku jawab dengan anggukan.. sebenarnya aku tahu sejak semalam yang bahagian kitchen training dan bilik training besar akan dibersihkan karpetnya.. so aku tidak terkejut dengan kata John sebentar tadi..

Kemudian aku diminta oleh John untuk ikut dia ke bilik training besar.. dia tunjukkan ke semua barang-barang yang aku perlukan untuk kerja-kerja harian ku.. ada sebahagiannya diletakkan di kitchen staf di penjuru bangunan dan ada sesetengahnya diletakkan di atas lantai berdepan dengan bilik training itu.

Apa lagi aku pun mulakan kerja seperti biasa walaupun barang-barang agak bertabur.. tapi aku susun semula ke semuanya.. ketika sedang asyik menukar plastik sampah di ruangan pejabat staf.. Janice secara tiba-tiba datang panggil aku.. rupanya dialah yang membersihkan karpet di bilik training dan kitchen.. dia minta aku tolong dia angkat meja rupanya, belum sempat aku angkat.. datang Robert membantu aku..

Hari ini tengok mood Janice ok pulak.. takde dah marah-marah lagi seperti dulu.. aku hanya berlagak seperti biasa.. bila kena mood ok dia.. oklah.. bila kena mood tak ok.. aku buat dek jelah..

Sekali lagi.. semua staf balik awal.. pukul 5.00 semua dah hilang.. tinggallah aku sorang-sorang.. tapi kerja tetap dibuat seperti biasa.. yang pasti karpet sungguh bersih sekali.. seolah-olah karpet baru.. kata John "I really please with the karpet.. it look brand new" Aku hanya senyum sahaja... Maksudnya... Janice memang buat kerja yang bagus.. aku pun bagi kredit kat dia..

Sebelum balik.. seperti biasa kerana aku orang terakhir.. aku kena set alarm.. so far so good.. back to normal.. :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin