Sunday, 22 June 2008

Tag dari Mama Syahmi AKA bunga_daffodil

Amboi .. mendera akak nampaknya.. nie jenuh nak kena fikir nie..

a. 7 Tentang Diriku
  1. Muka serius dan selamba. (diakui oleh anak murid)... tapi tak kenal maka tak cinta hehehe
  2. Suka mengajar sejak zaman sekolah lagi
  3. Tegas dan garang tapi penyayang
  4. Suka mendengar muzik, menonton wayang, memasak, shopping dan travelling
  5. Paling mengutamakan keluarga dan sahabat baik
  6. Redha atas setiap yang terjadi.. tapi tetap berusaha sedaya mampu
  7. Berani hadapi cabaran.. percaya Allah itu maha mengetahui..
b. 7 Yang menakutkan aku
  1. Kehilangan orang tersayang
  2. Andai tahap kesabaranku hilang.. takut aku tidak mampu kawal diri
  3. Ilmu yang disampaikan tidak digunakan sebaiknya
  4. Impian & harapan tidak tercapai
  5. Hanya berdua tanpa aiman dan adik-adiknya..
  6. Tangisan mak dan keluhan hati ayah
  7. Bila masak tak sedap dan orang tak nak makan masakanku.. (masak sendiri ler.. hehehe)

c. 7 Lagu yang aku suka

  1. Cinta Abadi-Blackrose
  2. All I want to do is dream -Everly brothers
  3. Ratuku & Iris-Awie
  4. Aku ada karena kau ada -radja
  5. Kau mawarku-2by2 & siti nurhaliza
  6. Right here waiting-Richard Marx
  7. Mulanya di sini - Seha & Freedom

d. 7 Perkara yang aku suka sebut

  1. Kenapa balik lambat? (walaupun balik cepat.. soklan tetap sama)
  2. Sayang orang dulu
  3. Mak/ayah sihat?
  4. Suthanya.. time for lunch (hari-hari kena sebut)
  5. Jangan majuk-majuk.. mama majuk takpe
  6. Jangan lupa buang sampah..
  7. Bila nak rajin banyak nie..

e. 7 Perkara yang amat bernilai

  1. Islam agamaku
  2. Malaysia negaraku
  3. Menyampai ilmu minat dan tugasku
  4. Dilahirkan sebagai anak sulung mak (Shamsiah) & ayah ( Hassan)
  5. Mencintai & menyayangi jejaka hensem bernama ady-nama glamernya
  6. Bersahabat dengan rakan-rakan setia dan baik hati
  7. Kenangan & pengalaman

f. 7 Perkara pertama berlaku dalam hidup

  1. Memandikan arwah nenek bersama mak dan melihatnya kali terakhir sebelum dikebumikan
  2. Kenangan suatu petang di tepi tingkap di rumah arwah nenek dan mendengar nasihat arwah nenek tentang kekecewaan yang pernah aku alami dulu. Masih aku ingat kata-kata arwah nenek hingga hari ini.
  3. Mimpi memeluk arwah nenek sepenuh hatiku hingga basah bantal tidurku apabila aku terjaga dari mimpi.
  4. Mengunjungi arwah nenek di hospital Banting pada hari persandinganku lengkap berpakaian pengantin (arwah nenek ketika itu terpaksa ditahan di wad wanita hospital banting, atas permintaan arwah nenek, aku dan pakwe ke hospital banting melawatnya lengkap berbaju pengantin warna kuning)
  5. Melanjutkan pelajaran ke Edinburgh, UK -2001 (ketika itu.. adalah pertama kali menaiki kapal terbang, menaiki business class, meninggalkan bumi malaysia, menjejakkan kaki ke united kingdom)
  6. Memandu kereta selepas 9 bulan menetap di UK dan destinasi pertama ke Aberdeen. (entri sebelum terpaksa di delete ada yang meremang bulu roma membacanya..)
  7. Memiliki sebuah rumah di Behrang 2020, Perak dan kini menjadi rumah persinggahan untuk mak dan ayah..

g. 7 Harapan (tambah sendiri hehehe)

  1. Menghantar mak dan ayah ke Mekah (menunaikan umrah/haji)
  2. Melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung dengan sebaiknya
  3. Mengenggam ijazah Phd hingga selesai dan pencapaian karier akademik yang membanggakan
  4. Memiliki keluarga yang bahgia bersama anak-anak, cucu.. cicit.. buyut..
  5. Ilmu yang disampaikan akan terus digunakan dan memberi manafaat selamanya
  6. Jodoh kekal hingga ke akhir hayat kami
  7. Masih kekal rasa rendah diri, ikhlas, redha dan tawakal dalam diri..

Oklah.. dah tuliskan tag ini.. lepas nie nak minta

  1. Mashi
  2. Reen
  3. Rusdi
  4. Norzu

Selamat bertag.. hehehe

4 comments:

Daffodil said...

wah.. bagus.. bagus.. siap ada extra lagi tuh.. cayalah!

mashi said...

weh...apa ni... aku belum ada bunga daffodil.. tengah winter :p

iina said...

bukan suh ko pos bunga.. suh ko tulis apa yang aku dah tulis dalam tag aku tu.. 7 perkara semua tu hehehe.. walaupun aku dah kenal lama ngan ko tapi ada gak yang aku tak tau atau buat2 tak tau je hehehe

mashi said...

hehehe, ye lah, tapi susah oooo..aku pun sebenarnya tak bape kenal diri sendiri... nanti le aku tanya hubby... rasanya dia lebih memahami.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin