Thursday, 12 June 2008

Memo dari UPSI : Persaraan wajib ke 58 tahun

A package arrived for you earlier. I have left it in the researchers A-L pigeon hole

Kirsty Gibson
Secretary
Computer and Information Sciences
University of Strathclyde,
26 Richmond Street, Glasgow G1 1XH, Scotland.

Aku terima email ini sebentar tadi.. pelik juga siapa pula yang hantar pakej nie.. Lalu aku pun turun ke tingkat 10 ke pejabat department dan terus menuju ke pigeon hole.



Ternampak aku 1 pakej, aihh surat apa pula nie.. tengok seperti dari malaysia sahaja.. Bila ku buka..rupanya surat tawaran opsyen pelanjutan persaraan wajib kepada 58 tahun yang akan mula berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008.

Rupanya aku perlu hantar semula borang opsyen sama ada kekal bersara wajib di umur 56 tahun atau memilih 58 tahun. Borang juga perlu dihantar sebelum 20 Jun 2008. Esok sahajalah aku poskan semula borang ini.




Cepat juga pendaftar hantar memo nie.. ingat takde dah dapat memo-memo seperti ini.. rupanya ada juga hehehe.. tak mengapalah..




Selagi ilmu dan pengetahuan itu masih boleh disampaikan aku pilih sahaja persaraan pada umur 58tahun. Lagipun aku memang pilih skim pencen semenjak disahkan jawatan dulu.

4 comments:

mashi said...

Aku sebenarnya lain pulak reaksi bila terima surat ni semalam. Sedih betul dengan UPSI yang salah guna duit rakyat. Pembaziran berlaku dengan mudah, tanpa ada inisiatif untuk mengelakkannya.

Apa taknya, harga pos surat tu kat NZ, pos laju pulak tu, dalam RM 98 ... tak mahai ke tu.. kalau 30 orang kat NZ ni, berapa kos dah depa kena keluarkan ?

Bukan ke sekarnag ni teknologi email ade, nape tak guna email? Kan progress report aku pun, borangnya dapat kat email. Nak tanya apa, hanya antar email. Tak kan tak leh hantar borang2 tu kat mailbox aku? Kalau dapat sahkan mana2 kakitangan yang prob dengan email, baru le antar guna pos biasa....sesuatu pembaziran yang sangat jelas !


Apa2pun, aku tanya husband aku. Dia kata, ambik aje le yang paling pendek. Kalau rasa nak sambung secara kontrak, sambung le. Umur 55 pencen..emmm..muda lagi. Agaknya apa aku nak buat nanti bila pencen ? Mmg ilmu ni insyaallah akan aku kembangkan, tapi pada masa yang sama, aku juga ada cita-cita lain...

Anonymous said...

ina,
wah cepatnya ko dpt surat option extend age persaraan tu. aku kat m'sia pun lom ada apa2 respon ni. hehehe... aku pun plan ikut jejak langkah ko. extend sampai age 58, insyaALLAH selagi terdaya.

iina said...

Memanglah membazir tapi diorg dah hantar.. respon balik jelah.. ikut masing-masing ler.. lagipun kalau ambik dalam 58 tahun pun masih boleh ambik opsen bersara awal.. cuba ko baca perkeliling.. lagipun perempuan boleh bersara pada umur 45thn takde masalah pun benda tu..

iina said...

aikk blum dpt lagi ke? sebab yang aku tau ketua jabatan kena htr ke JPA sebelum 1 ogos nie.. sebab tu diorang hantar cepat.. adalah tu nanti kot.. alah ko dekat mesia je.. kalau respon pun 1 ari pun leh bg balik hehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin