Thursday, 12 March 2009

Semalam, Hari ini dan Esok


Semalam

Memandang ke langit yang gelap.. di tengah bandar itu.. Aku mencari arah tujuanku.. memandu ke sana ke sini.. mencari haluan.. sesat entah berapa kali.. tersilap simpang ke situ.. aku sesat.. ohh.. aku bukan ke sini untuk mencari nasi goreng kegemaranku .. dan bukan juga mencari air buah gelas besar yang enak itu.. dan bukan juga mencari deretan gerai-gerai sate.. rojak.. kue tiaw.. maggi goreng.. cd-dvd cetak rompak.. alat solek jenama murah.. kain tudung yang pelbagai warna dan kelipan batu.. dan bukan juga mahu menyelit di laluan sempit yang mampu mencalar balarkan keretaku dan juga bukan untuk mencari cinta yang bersepah bersidai di sana sini situ

Aku berpatah balik ke jalan utama.. kembali menyusuri jalanan mencari arah menuju menara itu.. ada janji yang telah dipersetujui.. sebuah pertemuan.. sebuah harapan.. dan sebuah persahabatan.. Hari makin gelap.. bilangan kereta juga semakin kurang dan malap.. sedikit lengang dan tidak perlu terkejar-kejar mencipta amarah tatkala menempuhi kesibukan dan deretan kenderaan.. aku memandu dengan senang dan tenang... Janji ditunaikan.. pertemuan tercipta.. bicara dimula.. dan persahabatan dibina..

Hari ini..

Aku masih lagi diri aku yang dulu.. masih punya nama yang sama.. gelaran yang sama.. tubuh badan yang masih serupa.. mungkin sedikit susut berat badannya.. mungkin juga berubah kehalusan dan kecerahan kulitnya.. Aku masih aku.. cuma pemikiran dan rasa berubah warna.. mencari kebenaran dan keikhlasan hati.. membina semangat diri.. menjejaki nilai hati.. menginsafi kesilapan peribadi.. memperbaiki kelemahan sendiri..

Pertemuan lalu seolah masih segar dalam ingatan.. kenangan juga seolah ibarat wayang lama yang bila diputarkan membuatkan jiwa terbuai layu.. senyum kala kisah gembira tergambar dalam skrin kepala.. menangis kala kisah sedih bermain dalam kolam jiwa.. Masam kala kisah penting diri menjadi tontonan fikiran.. ketawa kala kisah suka berlari berkejaran di kotak rasa.. Setiap satunya membangkitkan rasa semua.. masam manis masin pahit secukupnya..

Esok..

Aku tidak tahu ketentuan tuhan untuk esoknya.. Aku juga tidak tahu apakah hasrat dan cita-cita itu terlaksana.. Aku juga tidak tahu.. sejauhmanakah perjalanan yang harus aku lalui dan hadapi.. Aku juga tidak tahu.. adakah cinta dan kasih sayang ini akan terusan menjadi azimat hati.. Aku juga tidak tahu selama mana dapat aku kumpulkan dan simpan semua kerinduan ini buat semua yang aku sayangi.. buat semua yang aku cintai.. kepala hati fikiran rasa semuanya meminta aku pelbagai hasratnya..

Namun aku sentiasa percaya.. semua itu walaupun tidak aku ketahui bagaimanakah kesudahannya.. Hatiku masih kuat memegang pada ketentuanNya.. Yang utama aku harus teruskan perjuangan dan berusaha sedaya upaya.. teruskan berjalan dengan langkah yang ada.. dengan semangat yang masih bersisa.. dengan tenaga yang berupaya.. dengan hati ikhlas menuntut keikhlasan dariNya.. dengan jiwa yang penuh rasa rindu, kasih, sayang dan cinta..

Semalam, hari ini dan esok.. malah lusa dan tulat juga ada.. teruskan mencari keredhaanNya.. teruskan berjuang bersama niat untukNya..

Walau apa pun kenyataan, penyataan, tuduhan, alasan dan hukuman.. Seharusnya tahu sifat, nilai, sikap dan peribadi itu.. terlalu subjektif untuk dinyatakan secara objektif dan jelasnya.. kerana manusia berubah dan perlu berubah..

Jom kita makan di muara ikan bakar.. sudah lama aku tidak berkunjung di situ.. Bagan Lalang.. Tanjung Harapan (atau tanjung gila) antara tempat lepak utama suatu ketika dulu.. Aku anak selangor.. Banting-Klang; Satu tempat kelahiran.. Satu lagi tempat dibesarkan.. 2 destinasi yang punya banyak nostalgia lama.. cukup istimewa..

10 comments:

akuatik said...

nanti aku pun teringin nak gi makan ikan bakar kat muara tu..dekat jek ngan bangi :)

ibundo said...

kita selalu merindui hari-hari semalam. semasa kita melalui hari ini hati tetap tertanya-tanya apakah yang akan berlaku pada hari esok.
wahhh.. sodap tajuk ko arini.

jom makan ikan bakar. kakpah nak pegi melaka arini.

KTS said...

betui ka ko dah makin susut berat badan?
betui ke kulit ko dah makin halus dan cerah?
betui ka???

ini takleh jadikkkkk....
esok gak aku berpindah.. duk kat glasgow plak... :P


p/s: balik je la weiiihhh... aku tau ko rindukan mesia dan aku... hehehehehe

kakpiah said...

suker baca entri ko nih kak..
sesuatu gitu :D

slalu dgr org mkn ikan bakar kt bagan lalang..
bila la nk sampai ke sana. :C

Azma Sulaiman said...

Makan ikan bakar, seafood di Bagan Lalang... mmg sedap.. klu saya dlm 25 minit dari rumah sampailah ke sana.. Nanti2 ada rezeki boleh balas dendam balik... Insyallah..

iina said...

Akuatik

Dari bangi? ko duk bangi ke? bukan perlis ke.. ;) Tak kisah ler kan asal muara hehehehe

Kak Pah

Betul tuh kak selalu fikir gitu.. alahh nie jeles nie kak.. balik melaka mesti poei makan ikan bakar kan kak.. tolong mkn kan utk den yo

KTS

Betapa ruginya ko kerana tak percaya.. wakakakah.. aku tau aku tulih camtu jek mesti ada yg jeles wakakakah.. saje ayat provokasi.. balik mesia?? nehi2.. mak ayah aku nk dtg sini.. xpe.. takat rindu ngan ko.. aku leh tahan gik 10 tahun ke 20 tahun lagik ;)

Piah

Bukan ye jauh.. dokek yo dari kl.. just kena ikut jalan kampung sikit ler.. ehem22.. dulu pakwe lama akak keje sana hehehehe.. sebab itulah selalu lepak situ.. dah bertahun tak pergi tau.. kat situ gak penah kena ngorat masa zmn sekolah ada pesta apa tah kat situ ikut rombongan sekolah.. ecehhh.. mmg semalam, hari ini dan esok

Azma

U duk mana ekk.. kalau 25 minit jek.. mesti duk dekat2 jek?? Lama sungguh tak ke sana.. tah bila nak pergi walau dekat jek ngan Kg I

julietchun said...

makayah ko nak pi sana? Ptt ler ade org senyum 24jam.

Mak Su said...

seperti gusar jer iina? naper?

iina said...

Juliet

Masih dalam perancangan.. Aku nak tunggu ayah aku baik sakit dia.. tapi bila diorg dah buka mulut kata nk dtg senang sikit aku nak buat plan ;)

Mak Su

Dalam gembira ada gusarnya.. Dalam ketawa ada nangisnya.. biasalah kan hidup nie.. tengah poning palo nie.. study oo study.. n byk juga bnda lain yg duk fikir sama ;).. apa pun hidup kena happy gak ;)

lupekanje said...

acik pun tingin gak nak gi makan ikan bakar kat bagan lalang..dengar jer diorg citer hoha hoha sonok gi makan kat sana thn lepas...and ada org tu ajak acik camping / mancing kat situ..tpi, sampai sekarang tk tecapai lagi..cam jauh jer kan..pdhal tk sampai setgh jampun dari sini.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin