Takziah buat keluarga Anis & Fajar atas kembalinya anakanda Amir Yusuf ke rahmatullah pada tengahari tadi.
Hanya Allah sahaja mengetahui yang terbaik buatnya. Menyaksikan wajah Amir Yusuf yang tenang dan bersih itu sudah cukup meruntunkan hati dan perasaan.. Saat bacaan yassin berkemundang di bibir.. serentak jua airmata ini turut mengalir tanpa hentinya..
Menyaksikan kesayuan wajah ayahanda dan bonda Amir Yusuf.. turut membuatkan hati menyelami rasa sayu dan sedih sepanjang menemani Anis di hospital tadi.. Sungguh tabah hati ibu ini.. Menyaksikan tika kedua mereka membaluti tubuh Amir Yusuf dan membedungnya.. turut mengundang rasa sayu dan airmata gugur sekali lagi.
Semalam baru sahaja kami mengadakan solat hajat dan bacaan yassin dikalangan rakan-rakan di surau universiti buat adik Amir Yusuf dan sepertiku katakan inilah ketentuan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..
Al-fatihah buat Amir Yusuf.. Tempatmu telah dijanjikan di Syurga.. dan bergembiralah wahai ibu dan ayah.. Kini Amir kembali ke pangkuan Ilahi dengan rahmatNya yang tidak berbelah bahagi dan akan dijaga oleh Bidadari Syurga..
Insyallah selepas urusan kebumi jenazah, sedikit jamuan ringan bagi mereka yang membantu urusan esok akan diadakan di rumah saya.. Jemputlah datang pada mereka yang mengenali Fajar dan Anis.. Insyallah juga derma kilat akan dikutip sama.. dan datanglah untuk memberi kata-kata kekuatan buat mereka ya.. dan buat mereka yang jauh.. doakanlah agar ibu dan ayah Amir Yusuf diberikan kekuatan hati dan fikiran dalam melalui pemergian ini..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
12 comments:
alfatihah!
alfatihah..
saya baru baca blog ayah allahyarham..
semoga mereka tabah.. *speechless*
Tijah
Syurga tempatnya.. itu sudah pasti
Piah
Akak baru balik tahlil rumah diorg.. esok baru kebumi.. insyallah lepas zohor esok.. Mereka mmg ibu dan ayah yang cukup tabah.. mengenali mereka dan melihat kepayahan yang perlu dilalui.. tidak sama dengan bahu yang memikul
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, rahsia tuhan tak siapa yg tau kn. Moga mereka berdua tabah melalui detik2 sedih ini.
Kak Iina
Al fatihah
sedih sangat. Walaupun bukan depan mata , tapi rasa dekat sangat dgn Amir & Keluarga.
Salam takziah dari saya buat Fajar&Anis.
al fatihah...
mesti sedih ibu bapanya...
aku suka la nama amir yusuf... best...
anak itu lebih aman di sana. Semuga ibu dan ayah tabah dan merelakan pemergiannya. Alfatihah.
AlFatihah untuk arwah.
Takziah untuk si ibu dan ayahnya.
Tuhan lebih Menyayangi..
al fatihah buat yang pergi.
semoga arwahyarham ditempatkan bersama org beriman.
Juliet
Betul.. mata yang melihat takkan sama dengan bahu yang memikul.. Kita harap mereka tabah.. bak kata si ibu semalam.. sebenarnya mereka telah redha dengan ketentuan tuhan.. namun sedih itu pasti ada
Vy
Betul.. tapi walaupun dimana pun kita baik dekat atau jauh pasti sama berkongsi rasa sedihnya..
KTS
Nama itu memang indah dan seindah anak itu.. aku pasti ibu dan ayahnya cukup tabah
Kak Pah
Betul tuh kak.. tempatnya sudah pasti di syurga.. Insyallah kita doakan mereka tabah
Kak ungku
Allah maha penyayang dan maha mengasihani. Ia kini dijaga ditangan penciptaNya
Sri
Begitulah sis.. Pastinya dia aman disana.. dan ketika memandang wajahnya yang bersih dan suci itu semalam.. kami semua mengatakan.. inilah wajah ahli syurga yang pasti..
alfatihah buat arwah dan semoga keluargnya terus tabah menghadapi dugaan Allah, mungkin apa yang ditakdirkan lebih baik buat dia, sesungguhnya aku kagum dengan Fajar dan isteri, walaupun tak pernah bersua, tapi aku harap keduanya sabar dan tenang dengan dugaan ini..
Al fatihah...
Post a Comment