Friday 13 March 2009

Rumah itu

Suatu senja.. Memandang langit yang semakin gelap.. mata memandang dia.. sayu sedih rindu.. ini mungkin kali terakhir.. berbicara dan bergembira.. bergelak ketawa dan berkongsi ceria.. menangis dan menitis airmata.. kala sedih dan suka bertukar bersama hati dan jiwa rasa

Mata memandang langit itu.. masih ada kemerah-merahan warnanya.. masa sudah hampir tiba untuk meninggalkan daerah itu.. hampir juga masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat sementaranya..

Memandu menuju kesibukan bandar itu.. mata memandang deretan kereta.. masing-masing punya destinasinya.. masing-masing juga berkejaran mahu cepat sampainya.. masing-masing juga punya arah tujuannya.. untuk apa.. kemana.. dimana.. lama masa.. laju.. perlahan.. berlumba.. itu lumrah biasa..

Dari kesibukan kota.. aku tempuhi kesibukan deretan kereta.. berlumba memecut selajunya.. 90km/j anak panah kelajuan jelas terletak tanpa berubah.. laju.. cepat.. kepala.. kaki.. tangan.. semuanya seolah seiring bersama.. mata memandang jalan tanpa berkelip cuma.. fikiran melayang untuk tiba ikut masa.. esok harinya untuk berangkat pergi buat sementara.. meninggalkan ini semua.. meninggalkan semua yang sudah terlalu biasa dan lali dilalui saban minggu.. bulan dan tahunnya..

Deretan kelapa bali.. kelihatan dari jauh.. memenuhi segenap pandangan mata.. sepanjang mata mampu menamatkan penglihatannya.. sepanjang kepala ke depan dan ke belakang digerakkan semahunya.. daerah ini.. daerah istimewa.. di situlah suatu ketika dulu.. laluan ku semasa masih remaja.. menumpang kereta.. atau motor sesiapa sahaja di simpang batu enambelas itu.. atau menaiki bas sejam satu yang kadangkala lewat dan cepatnya.. diusik dan dihon pemandu lori.. kereta.. motosikal di tepian jalan besar itu..

Lalu pula.. pohon rendang yang besar tegak berdiri di km 2.. teringat kata mak.. di sini pernah dilihat langsuir mengejar pemandu motor dan kereta.. waktu senja.. mengilai dan ketawa sesukanya.. tegak terus bulu roma.. betulkah.. benarkah.. aku sendiri tidak tahu.. perlukah aku buktikan kata-kata dan cerita itu semua.. namun tatkala melintasi pokok itu.. terasa seram sejuk seketika.. tapi aku abaikan kerana mengejar masa..

Tidak ada yang istimewa sepanjang 4 km perjalanan itu.. hanya pepohon kelapa bali memenuhi laluan kiri dan kanan.. sekali sekala ada juga kelihatannya rumah-rumah penduduk cina.. india... terselit di antara deretan pohon-pohon itu.. menutupi cahaya samar-samar lampu jalan yang kurang terangnya.. hanya bertemankan lampu kereta dari sebelah kanan yang sekali sekala hadirnya.. semuanya seolah segera mahu ke suatu tempat.. tapi aku pula.. bergegas mahu sampai secepatnya..

Tidak lama aku melihat deretan kedai 4 pintu berwarna merah menyala.. hanya satu sahaja yang masih dibuka dan ada pelanggannya.. sebuah kereta dan motor kelihatan di depan kedai itu.. aku tidak ambil pusing sangat tujuan mereka.. di kanan jalan pula deretan rumah-rumah cina yang tersergam indah bertembok tinggi.. warna merah pagarnya.. tergantung tanglung warna merah di setiap tiangnya.. ini adalah pandangan biasa untukku.. dan tidak jauh kelihatan pula sebuah pondok menunggu bas yang begitu usangnya.. tiangnya sudah senget menahan atap yang ketara berkaratnya.. tempat duduk bersimen juga sudah kopak kapik.. di depannya ada simpang.. itulah tanda untuk aku perlahankan kereta.. sudah hampir sampai aku rupanya..

Di pondok itulah dulu aku menghabiskan masa menunggu bas untuk ke pekan kecil itu.. menghadiri kelas tusyen ketika zaman sekolah dulu.. kadangkala juga menjadi penantian semasa ke sekolah semasa ayah tidak dapat menghantar aku ke sana.. kadang juga tempat bertemu rakan sebaya.. meronda dan berjalan menghabiskan masa suka ceria.. bertemu rakan.. teman.. pakwe dan kekasih lama.. Entah berapakah agaknya usia pondok itu agaknya.. jika dia boleh berkata-kata.. sudah tentu banyak ceritanya.. dan sudah pasti juga mampu mengenal setiap penghuni yang pernah menunggu di situ..

Aku membelok masuk ke simpang itu.. di kiriku adalah deretan kelapa bali lagi.. dan di sebelah kananku pula kelihatan rumah-rumah yang terselindung di sebalik pohon-pohon kelapa bali.. melintasi sebuah simpang jalan enggang namanya.. sepanjang simpang itu semua penghuninya aku kenali setiap satunya.. ada kenangan dan kisah setiap rumah itu.. ada yang pernah menjadi tempat permainanku zaman anak-anak dulu.. ada yang menjadi tempat aku bertandang semasa berhari raya zaman remajaku.. ada juga yang pernah aku kunjungi menghadiri kenduri kawin di situ..

Akhirnya simpang bernama rajawali tertera jelas pada papan penanda bertulisan hitam berlatar belakangkan ruangan putih jelas kelihatan.. aku membelok masuk ke simpang itu.. Dari situ sudah aku lihat rumah bercat kuning itu.. itulah destinasi utamaku.. Sejenak aku teringat sebuah mimpi tatkala aku berada di tengah simpang itu.. dari laman rumah itu kelihatan keluarlah seekor singa yang garang menghalang perjalananku.. secara tiba-tiba ia berlari menghalang aku meneruskan perjalananku.. makin aku dekat makin garang rupa parasnya.. kereta juga terpaksa aku undurkan ke belakang dan aku terkeluar dari simpang 3 itu.. Entah bagaimana datang pula seekor harimau kumbang entah dari mana.. Singa dan harimau itu saling bertukar rupa berselang seli antaranya.. aku pula semakin bergerak ke hadapan.. dan makin ke hadapan.. Apa maknanya?? Aku sudah ada jawapannya suatu ketika dulu ketika aku ceritakan pada mak mimpi itu.. mungkinkah ada tafsiran lain yang aku tidak tahu??

Memandang semula rumah kuning itu.. hatiku seolah terasa damai sekali.. aku sampai pada destinasi utamaku.. di situlah aku dibesarkan.. aku membina diri.. nilai.. sikap dan peribadi.. di situ jugalah aku nikmati zaman anak-anak berkejaran bermain ting-ting.. baling selipar.. baling tin.. batu seremban.. main tudung oren.. memanjat pokok kedondong .. rambutan.. pulasan.. menjerat pepatung dengan getah nangka di parit yang laju airnya.. bermain pondok-pondok dengan pohonan senduduk berbunga ungu dan putih di tanah sebelahnya..

Di situ jugalah pernah dikunjungi rakan sekampung baik lelaki dan perempuan kala hari raya.. mengelilingi kampung hingga lewat malam tamatnya.. di ruang beranda itu jugalah tempat lepak aku dan rakan bercerita luahan hati dan kisah suka duka.. berkongsi peristiwa.. jatuh cinta.. kecewa.. putus cinta.. semuanya..

Aku masuk ke rumah itu.. jalan sudah tidak begitu rata.. tanah merah adalah tanah asasnya.. deretan pokok nenas adalah pagar utamanya.. pokok rambutan adalah pokok-pokok utama yang tegak berdiri di depannya.. ada satu pokok itu betul-betul di hadapan rumah sudah ditebang ayah.. kata mak... dulu ada sesuatu yang suka singgah di situ.. tapi dia tidak menganggu kami sekeluarga.. tapi andai orang lain singgah hingga lewat malamnya.. pasti akan ada yang demam kebah yang agak lama.. bukan sekali dua terjadinya.. ramai sudah rakan adik menjadi mangsanya.. pelik juga kami akan kisah itu.. tapi aku tidak pernah ambil pusing sangat.. tanah itu pernah aku jejaki seorang diri waktu lewat malam tatkala air paip terputus waktu malam hari.. terpaksa kerana punca airnya terletak betul-betul berhampiran jalan.. Belum pernah lagi aku rasa yang pelik-pelik di situ..

Aku pernah berkata tatkala kepulangan kedua.. sesiapa yang bukan ahli keluargaku.. baik yang aku nampak atau tidak.. aku tidak mahu dan tidak ingin ia berada dalam kawasan itu.. Hingga kini tiapkali aku teringatkan kampung halaman.. ucapan itu akan sentiasa bergema di hati dan tatkala meninggalkan rumah itu juga.. sekali lagi semasa aku mahu melangkah keluar dari situ.. aku ucap kata-kata yang sama pada tanah itu... Andai ada yang engkar dengan kehendak itu.. Allah maha mengetahui segala-galanya.. dan aku juga percaya.. hak dan tanggungjawab aku berdiri kuat di situ.. cubalah sentuh dan usik walau secuit cuma.. Aku tidak akan gentar walau apa juga yang datang nantinya.. Tatkala berdiri di tengah laman itu.. aku perhatikan setiap sudut rumah itu.. dari belakang rumah kiri kanan.. depan kiri kanan.. setiap pepohon yang tumbuh aku hafal kedudukannya.. setiap benda yang terletak aku perhatikan letaknya.. Kenapa??? Ada sebabnya untuk aku tahu..

Semoga ia akan sentiasa terjaga elok dan baik hendaknya.. seperti mana yang aku ingati setiap satunya.. sedamai dan setenang yang aku rasainya selama aku ada.. kicauan si burung terkukur kala pagi hari akan berterusan kedengaran hingga bila-bila.. nyaman udara pagi.. akan kekal segar sentiasa..

Teringat pantai morib.. terasa hati ingin pergi ke sana.. banyak kisah suka duka di situ.. Teringatkan ketika di bawa ayah ke sebuah gerai ikan segar yang baru sahaja dibawa ke darat pagi itu.. Terletak di berhampiran simpang kampung endah.. melalui jalan singkat merentasi tali air selepas simpang kanchung darat.. aku lupa nama kawasan gerai itu.. Tiba-tiba aku teringin menikmati ikan bakar... sotong goreng tepung.. udang masak masam manis..

Daerah Banting.. tempat aku dibesarkan.. tempat ayah dibesarkan.. dan bukit Jugra.. punya misterinya.. ada kisah yang tersembunyi di situ yang berkaitan dengan aku.. Entahlah aku sendiri pun tidak tahu.. mungkin juga aku tidak mahu tahu.. walaupun sudah 2 kali orang yang paling rapat dalam hidupku.. pernah dipesan begitu tentang aku dan bukit itu..

Tiba-tiba aku teringatkan kampung.. ketika entri ini ditulis.. terasa aku memandu pulang ke kampung seperti selalunya.. dan setiap perjalanan di kiri kanannya seolah benar-benar aku lalui... Visualisasi membawa aku pulang seketika tadi..

Ini bukan kisah seram ya.. jangan tetiba lak korang semua meremang bulu roma hehehehe.. Ini kisah rindu aku.. aku nak jiwang tanpa karat ya ;)

10 comments:

MARIA said...

Tempat jatuh lagi kenang, inikan pulak tempat bermain...!!! Kita tetap merinduinya apabila kita berjauhan. InsyaAllah....iina pergi tak lama kan...bila kejayaan diraih, iina tetap pulang kepangkuannya jugak.

lupekanje said...

salam iina...acik hingatkan iina da balik mesia tadi...cehh...ilusi semata....
takper...tak lama lagi tu...pejam celik, pejam celik, da habih bajar tu nanti. ha...jgn tk hengat nak balik pulak pastu okeh..

julietchun said...

kata org pantai morib dah tak sebersih dan seindah dulu, terlalu byk pencemaran skang ni.Rumah ko dekat2 ngan rumah sidek's ke?

KTS said...

hampir meremang bulu romaku...
hampir je eh... belum bebetul meremang...
hikhikhik....

pantai morib best ke?? dedulu aku tak tau la... tp klu skrg, ya ampuuunnnn.... kotor...

Unknown said...

salaam, iina.
banting dimana secara tepatnya tu?

iina said...

Tokma

Betul tuh kak.. ;) aminnnn thanks ya kak.. jgnkan tempat jatuh.. tmpt dating cintan cintun pun ingat gak ahakss hehehe

Acik

Sesaje ngengada ler cik.. Insyallah.. :)

Juliet

Mmglah dah tak cam dulu.. air bila pasang pun tinggi semacam jek.. tapi dah teratur sikit dari dulu ler.. apa pun tmpt tuh nostalgia utk aku.. zaman sekolah lepak2 situ biasa.. dating lagik ahh ahakss ;).. taklah itu bukan kg aku.. kg makcik pakcik aku dan kwn baik aku.. kg aku yg ada ladang teh.. satu2 ye di negeri selangor dan kedua selepas cameron highland..

KTS

eleh.. krg tetiba meremang tanpa diduga camna?? ko gak kena carik aku minta tolg ahhh.. aku tak tahu tau.. dulu zaman sekolah pantai morib tuh leh lepak2 carik kepah.. mandi manda.. tapi dulu aku tak mandi kat situ ada kawasan lain yg selalu aku lepak..

tunfrida

tau tak kg yg ada ladang teh.. ini simbolik nie.. kalau org banting mesti tau kat mana ;)

Tijah said...

tingat kek tijah tak?? hikhik

julietchun said...

tak penah plak aku tu kat banting ade ladang teh. tang mana tu? Bukit jugra?

ibundo said...

betullah sangkaan akak. kau ni tengah bomimpi. mimpi siang hari. mimpi orang rindu nak balik kampung. hehe.. nanti balik la tu..

iina said...

Tijah

Ingatttttt... kalau den balik kolo klawang mesti ingat lah.. mak lang den tinggal kek senawang tau

Juliet

Ahhh.. memang istimewa sikit n mmg ramai org xtau.. siap ada kilang bungkus teh boh lagik.. makcik aku keje kat situ.. dulu kecik2 aku dah puas merayau kat situ.. dulu ada tv3 penah buat liputan kat situ ;)

Kak Pah

Yolah kak den mmg mimpi siang hari.. alah kak.. itulah cara den buat spotcheck kek kg den.. terpaksalah.. kena tgk guna mata hati.. sebab mata betul nk tengok payah sikit ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin