Monday 2 March 2009

Kembara ke bumi Andalusia : Cordoba

Dari Gibraltar kami meneruskan perjalanan selama hampir 2 jam lebih ke Cordoba..

Kami berpatah balik ke Malaga melalui jalan tepian laut.

Turut kelihatan juga gunung ganang yang luas terbentang.

Melalui lebuhraya kami memecut laju ke Cordoba..


Kami tiba di Cordoba menghampiri pukul 6.00 petang

Cordoba, juga dikenali sebagai Cordova (Bahasa Arab : قرطبة), ialah ibu kota serta bandar raya Provinsi Cordoba, Andalucía, Sepanyol selatan. Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir pada 37.88° Utara, 4.77° Barat, bandar raya ini telah diasaskan oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Rom kuno. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya 321,164.

Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Kekalifahan Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Telah dianggarkan bahawa Cordoba, dengan jumlah penduduk sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.


Ramai manusia sedang melepak di sini

Melalui jambatan 'Puenti Romano' Deretan kereta kuda di hadapan 'Mezquita'

Pokok Limau yang masam..
Hanya boleh dimakan oleh binatang atau dibuat jem 'marmalad' dengan berkilo-kilo gula

Bangunan Al-Mezquita (Masjid yang telah diubahsuai sebagai gereja)

Deretan kedai cenderamata

Antara pintu gerbang utama yang mempunyai senibina yang unik



Rakaman video berhampiran Mezquita (Mosque) de Cordoba







Dari Cordoba kami teruskan perjalanan ke Granada yang mengambil masa lebih kurang 2 jam mengikut jalan yang bengkang bengkuknya.. Akhirnya kami sampai ke apartmen pada pukul 10.30 malam dan terus siap-siap makan malam.. dan berehat untuk perjalanan esok harinya.

Granada di waktu malam dari tingkat atas apartmen 'Cuesta de la Glicinia'

12 comments:

fajar said...

cantiknya!
teringin nak pergi. tapi, apakan daya. hasrat itu masih belum terlaksana. dan tidak tahu bagaimana ingin disempurnakan.

p/s: thanks for the cadangan. sedang plan sesuatu pun sebenarnya.

iina said...

Fajar

Sekarang ini tengah ada tambang murah Ryanair dan easyjet.. Bolehlah rancang perjalanan.. Lebih elok jika memandu sendiri ketika di Andalusia kerana lebih mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Selamat merancang percutian ;)

DUN Behrang 2020 said...

Masya Allah cantiknyeeeee...teruskan kongsi pengalaman2 menarik k...tak dapat pergi pun tak apa...nak wat camne...dpt tgk kat sini pun jadilah...uwarghhhhhhhhhhhhhh!!!

julietchun said...

Aku ingat limau tu manis.

kakpiah said...

bestnyerr....
kak.. bila ko nk posing baring2 nih kak...??
hehehehe...

Mak Su said...

masjid jadi gereja?sampai hati depa :(

tapi mmg unik ciri2 bangunan kan sana kan, ciri2 eropah

iina said...

Rani

Mana tau dapat pergi ke ;)Insyallah ada smbgan lagik nnti ya

Juliet

Tgk mmg cam manis.. kitaorg pun xcaye smpi ler kwn aku tuh try makan.. kata dia masam cam limau kasturi.. tak leh telan langsung ;)

Piah

Nan adolah aku nak bring2 kek jln raya tuh.. krg diorg ingat aku gilo apo

Mak Su

Itulah hakikat.. tapi ada juga senibina islam yg masih kekal terutama kat alhambra.. nnti saya smbg cerita kembara saya ;)

KTS said...

aku dah terpikat pada limau tu...

tak kira... aku nak limau tu juga...
nak limau tu juga.... :P


betul ke masam... ke ko takut aku mintak :P

SRISUFI said...

subhanaallah indahnya...

sis...tak kira...nak gak buah tangan dr sana...heheheheh

aNIe said...

Ini...terima kasih kerana upload gambar2 yang banyak untuk kami...suka tgk tempat2 yang cantik2 tu....

Asmida Ismail said...

k ina,

slalu as nengok lam tv je costa del sol, malaga etc. ala rancangan home or away tu..best kan. teringin gak nak pegi...bila le nak sampai agaknya.

iina said...

KTS

Ko nak limau tuh?/ makan ler.. aku nak tgk setakat mana ko boleh telan.. kwn aku rasa hujung lidah pun dah tak sanggup nak teruskan.. Aku kan pemurah takde kedekut2 ye

Sri

Insyallah.. nnti aku reserve satu ye

Kak Anie

Sama2 kak nnti ada sambung lagik ya

Asmida

Esok cik abg dtg.. plan ler pergi sama2 best tau.. better drive kat sana leh jln2 byk tmpt ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin