Monday, 9 March 2009

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul

Selamat bercuti bagi semua rakan di tanahair..

Selamat meneruskan perjuangan buat semua rakan yang berada di seluruh dunia walau apa juga cabaran, dugaan dan perjuangan kalian.

Semalam tiba-tiba aku rindu kampung halaman..

Panggilan ke kampung semalam menceritakan banyak perkara.. Kesihatan ayah mak.. kisah adik beradik.. Kenduri kendara yang kini mula sibuk di sekeliling kampung.. Rumah yang tidak berjenguk di Behrang 2020.. Cukai tanah dan pintu yang didenda (walhal bayaran cukai itu telah dibuat lebih awal tahun lepas.. bukan aku je yang kena hampir ramai penduduk di negeri perak memperolehi denda ini).. Kisah yang paling utama yang hingga kini masih belum selesai lagi urusannya..
Insyallah aku sentiasa percaya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

Hari ini sewaktu berjalan kaki ke universiti.. Hujan turun dengan lebatnya.. tudung.. jaket bulu kasut.. seluar semuanya basah kuyup.. jari jemari juga terlalu kebas menahan kesejukan dan kebasahan dek angin dan air hujan tadi.. Hingga kini hujan masih turun renyai-renyai... mungkinkah minggu ini bumi Glasgow akan dicurahi air hujan, salji dan air batu kecil lagi..

Semalam salji turun dengan lebatnya dan diselang-seli dengan air hujan.. Tidak lama turunnya tapi cukup untuk membuatkan mata terpesona.. Itulah keindahan alam.. dalam satu hari kami mampu memperolehi 4 musim di sini.. Pagi yang panas.. Tengahari yang hujan.. Petang yang bersalji.. dan Malam yang sejuk beku..

Semoga musim panas tahun ini memberikan kepanasan suhu yang melegakan dan menyeronokkan.. Harapnya tidak sentiasa hujan seperti kebiasaannya..

Baju tebal juga terpaksa dikeluarkan dan dipakai semula.. Saat 2 minggu lepas telah aku simpan kemas dalam almari menyangkakan musim sejuk telah berakhir.. namun.. ibarat kata..

"Ku sangkakan panas hingga ke petang.. tapi salji.. air batu dan hujan turun di tengahari" ;)

Selamat meneruskan kehidupan.. Aku sudah mula ada rasa..

Rasa oren.. anggur.. pisang.. epal.. cendol.. abc.. 123.. apam balik.. nasi goreng ayam.. sirap bandung.. nasi kerabu.. soto ayam.. pasembor.. nasi berlauk di gerai Kak Pah.. semua itu ada di medan makan Tg Malim..

Ahh.. aku rindu semua itu
Ini namanya ngegada.. Aku ngaku aku rindu..
Tapi paling utama aku rindu ayah dan mak..
Semalam aku teringatkan arwah nenek.. lama sungguh aku tak mimpikan dia..

9 comments:

ibundo said...

perasaan rindu adalah satu perasaan yang menyiksakan. Rindu hanya terubat bila kita dah dapat apa yang kita rindukan.
rinduuuuuuuuuuuuu...

Nanti kalau dah balik melesia, kau rindu pulak kek glasgow dan kengkawan di situ.

Nampak gayo e perasaan rindu ni tak habis-habis

julietchun said...

Entah kenapa kat Kl 2-3arini pun hujan tetibe turun dgn lebat sampai jd banjir kilat. cuaca skang ni dah pyh nak di ramal.

MARIA said...

Macam2 rindu.....serba serbi rindu...bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri" tentunya tempat kelahiran kita sendiri lebih mengujakan.

Iina bertuah kerana punya pengalaman indah untuk dikenang seumur hidup. Bagi tokma dan yg lain2 tak akan dapat merasai pengalaman hidup di negara orang asing yg mempunyai musim yang berbeza2 sepanjang tahun.

Semoga iina tabah menghadapinya sehingga iina pulang bersama sebuah kejayaan dan kemenangan. InsyaAllah!!!

Mak Su said...

kena denda? but why?

iina said...

Kak Pah

Rindu biasalah kak kan.. takkan ado abih ehh.. sentiaso yo ado.. bilo2 pun.. Peh nie den kono nyanyi lagu lah kak.. rinduuu.. ;)

Juliet

Aku rasa faktor cuaca pun mmg ada perubahan lah nie kot.. sini pun samo yo.. aku pun pelik gak.. aku lupa ko duk kl.. bukan ko suka ke banjir leh monteng keje ;)

Tokma

Selagi ada kehidupan tuh kan kak selagi tulah kita cuba sehabis baik utk laluinya.. Betul kata tokma yg saya berpeluang merasa pengalaman di negara orang yang bukan sekali.. tapi 2 kali.. Insyallah kak.. aminnn

Mak Su

itu tak leh nak jawab.. tapi kata ayah sebab faktor pemerintah yang berbeza dulu.. bayaran yg rakyat buat mmg ikut masa.. tapi kerajaan negeri bayar lambt.. tp rakyat yang kena tanggung kos denda tuh..

Azma Sulaiman said...

Salam Maulidur Rasul...

Begitu rindu ditanahair.. apatah lagi dengan keenakan makanan yg tiada tolok bandingan walau dinegara mana... Mmg saat dikejauhan buatkan kt rindu pada insan2 yg ditinggalkan jauh dari kita.. Insyallah berkat usaha & kesungguhan.. tercapai cita2.. dipertemukan semula dgn hubungan kekeluargaan yg telah ditinggalkan oleh mata.. bukan dihati..

KTS said...

ko ni rindu di hati la rasanya..

cecepatla balik mesia... jumpa aku... aku tau ko rindu kat aku...
kan... kan... kan...

bagitau je kat aku... aku pandai simpan rahsia tau... jgn risau :P

eiyda said...

Salam maulidur rasul iina..

Sejuknya!! skrg ni hujan selang seli ngan salji plk eh..

Tabahkan hati iina..Semoga iina diberi kekuatan utk bertahan dan seterusnya dapat mengecapi kejayaan di sana..

iina said...

Azma

Salam maulidur rasul. Insyallah.. sentiasa dekat dihati walaupun jauh mata.. terima kasih ya ;)

KTS

ko leh simpan rahsia?? aku tak caye ler.. kurg ceye tau.. balik mesia jumpa ko? rindu ko? adakah aku bermimpi nie?? nan ado lah aku nk rindu ko.. nape ko nk belanje aku kan.. takpe.. kalau ko confirm aku anytime.. mlm nie gak aku smpi.. dlm mimpi ya

Eiyda

Dia kejap sejuk kejap panas selang seli lah eiyda.. Dubai mesti panas kan.. best jek ;) Insyallah.. terima kasih ya.. aminn

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin