Wednesday, 22 April 2009

Perlukah ada sebab?


Semalam..

Dia berada di tepi pantai itu.. Pantai itu pernah menyaksikan bicara rasa bersama.. Menceritakan kisah suka dan duka.. kisah kehidupan dan masa depan.. Namun kisah silam yang banyak dibicarakan.. Berkongsi rasa dan pendapat serta matlamat.. Melihat ke laut biru.. terasa jua dinginnya sang bayu.. ombak kecil memukul pantai memalu rindu.. Ketika itu juga kita pernah membicarakan kisah-kisah persahabatan.. kisah dikhianati dalam keikhlasan berkawan.. kebenaran realiti kehidupan.. Keikhlasan dan kesabaran itu antara ramuan utama dalam membina ikatan persahabatan.. lantas diikat janji menjadi sahabat setia dan sejati.. bersama saling ingat mengingati..

Bermula hari.. kini datangnya minggu.. datang pula bulan berganti.. kini sudah bertahun janji masih ditepati.. dan bertahun-tahun juga masih setia saling mengingati.. masih sama si empunya diri.. cuma kadang teralpa dek kesibukan dan tekanan hidup dalam membina kendiri dan peribadi..

Ini kisah suatu ketika dulu.. andainya masih diingat akan semua itu.. sebuah rentetan saat hati ada rindu..

Hari ini..

Dia ditanya semula akan semua janji-janji dulu.. Juga dipersoal bertubi-tubi bertalu-talu.. Seolah semua yang pernah dilalui dulu seperti tidak pernah hadir dalam kalbu.. malah berungkai-ungkai tuduhan dan kata-kata diseru.. Saat mendengar.. membaca.. hati seolah tidak percaya.. mencari sejauh mana kebenarannya.. hati meminta untuk diperjelaskan duduk perkaranya.. namun fikiran pula meminta biarkan sahaja.. biarkan semua itu dilemparkan satu persatu.. biar dipamerkan semua yang tidak enak.. tidak elok.. tidak sempurna.. tidak manis.. tidak suka.. dan tidak selesa.. biarkan.. biarkan.. biar semua itu diluah kecewa.. dimuntah lahar rasa.. dihulur rantaian peristiwa.. dirayu semua kemahuan di jiwa..

Dia juga sudah tidak mampu berkata apa-apa.. bukan tidak mahu.. bukan kerana sudah lemah hina.. bukan juga sebab tidak berterima kasih pada tuhan yang maha esa.. bukan juga kerana sudah kaya raya.. juga bukan kerana tidak bersyukur dengan kurniaan yang diberikan olehNya.. bukan juga kerana sudah sombong bangga... juga bukan kerana merasakan hidup sudah sempurna.. juga bukan kerana martabat yang sedang digapai bakal meninggikan nilai manusia.. bukan.. dan bukan semua itu.. tapi?? sedikit rasa terkilan beraja di minda kepala.. rasa kecewa mula singgah di sanubari hati.. begitu mudah sekali semua itu diungkit dengan sekelip mata.. tanpa mampu berkelip walaupun sedetik cuma..

Adakah kerana dia bekerja.. menampung kehidupan dengan segala urat tenaga.. seawal pagi yang dingin beku itu.. menjadikan dia begitu kaya?? Adakah kerana dia memerah otak kepala.. membahagi fikiran.. minda.. jiwa memenuhi tuntutan penyelia.. jabatan.. universiti.. dan negara itu belum cukup bukti kesungguhan dirinya??? Adakah sekali sekala bila penjelajahan dan pengembaraan dibuat untuk melepaskan diri dari tekanan.. cabaran.. keletihan.. kesesakan itu.. ditimbang.. disimpul sebagai punya masa dan wang berjuta banyaknya.. Kerana apa?? kerana dia mampu menjelajah negara untuk menghidu udara segar istimewa dengan wang yang ada untuk berbelanja.. Salahkah tindakan itu semua?? Mahukah agaknya merasa pula bebanan kudrat tenaga dan pecah kepala memikir seribu satu penyelesaiannya.. Menepis pelbagai rasa dalam kolam diri.. kadang terpaksa disimpan semua airmata agar tidak mengalir dipipi.. agar tidak berbunyi sedan di sebalik senyuman saban hari..

Adakah itu tandanya dia sudah punya kekayaan beraja dimata?? kaya?? ohh.. kaya sungguh nilai sebuah persahabatan yang terbina.. dek kerana wang pula menjadi taruhan jiwa.. digelar dan diselar tanpa hadnya.. Kaya?? Alhamdullilah.. doakan yang baik-baik sahaja pinta dia.. Semua manusia mahu menjadi kaya.. punya wang berjuta-juta.. punya rumah yang besar punya kolam renang segala... punya anak-anak yang cerdik pandai otak fikirannya.. punya kecerdikan kepandaian kebijaksanaan dalam berkata.. berhujah.. berdebat.. berbahas.. berfikiran.. dan bergaya.. punya kereta bersusun pelbagai jenama luar negara.. punya rangkaian teman.. rakan yang berpangkat.. berjawatan.. bertajuk besar dan hebat-hebat belaka.. Adakah itu definisi kaya dan mewah harta???

Esok..

Dia sendiri masih juga tidak pasti dengan ketentuan tuhan untuk hari esoknya.. apa yang bakal terjadi.. terbina.. tercipta.. kayakah? miskinkah? hinakah? molekkah? baik? buruk? elok? busuk? Kita hanya mampu merancang tapi bukankah Allah yang menentukan segalanya.. kita juga tidak pasti andai larian yang kita mulakan seawalnya.. akan adakah pengakhirnya?? andai ada pengakhirnya.. kita juga tidak pasti sama ada kita akan berjaya di tempat yang mana?? pertama? kedua?? ketiga?? terakhir?? atau mungkin juga dikecualikan dari menerima apa-apa juga tempat diakhirnya?? Sebagai manusia kita hanya mampu meminta.. memohon dan berdoa pada Allah yang Esa.. memohon dikurniakan semua hasrat dan impian agar terlaksana.. dipermudahkan segala urusan di dunia.. dan memperolehi kerahmatan di akhirat sana..

Dia hanya perlukan masa.. dengan harapan masih ada masa untuknya lagi.. cuma dia mengharap agar dimengerti akan rasa hati.. akan perjuangan peribadi.. akan kepayahan yang perlu dilalui.. akan kesukaran yang perlu dihadapi.. kita semua sama sahaja nilainya nanti.. di sisi tuhan semuanya sama seerti.. yang berbeza hanya amalan dan tanggungan diri..

Renungan diri dari seorang sahabat

Bila anda

Bila anda menemui orang yang sukar untuk difahami dan tidak fikir panjang serta selalu memikirkan diri sendiri,namun demikian ... ampunilah mereka.

Bila anda baik hati, orang mungkin menuduh anda ego, atau ada kepentingan, namun demikian ... tetaplah berbuat baik.

Bila anda mencapai kejayaan, anda akan menemui rakan-rakan yang tidak bersahabat, dan musuh-musuh sejati anda, namun demikian ... teruskan kejayaan anda.

Bila anda jujur dan tulus hati, orang mungkin akan menipu anda; namun demikian ... tetaplah jujur dan tulus hati.

Bila anda ada hasil karya yang anda usahakan selama bertahun-tahun dapat dihancurkan orang dalam semalam; namun demikian ... tetaplah berkarya.

Bila anda menemukan ketenangan dan kebahagiaan, mungkin ada yang iri; namun demikian ... syukurilah kebahagiaan anda.

Kebaikan anda hari ini mudah dan sering dilupakan orang; namun demikian ... teruslah berbuat kebaikan.

Berikanlah yang terbaik dari anda dan itu pun tidak akan pernah memuaskan orang, namun demikian... tetaplah memberi yang terbaik.

Akhirnya .... "Yang utama adalah perkara antara anda dan yang menciptakan kita (Allah s.w.t)dan bukan antara anda dan mereka."


Kita sama-sama berjuang dalam mengapai impian, hasrat dan tanggungjawab.. Namun jangan mudah bersangka andai tidak tahu kebenarannya.. Berkata memang mudah.. setiap kita perlukan masa.. dan perlukan ketika.. Walau apa juga pengakhirnya.. Kita serahkan pada DIA untuk menentukan semuanya..

Aku masih aku.. dan kau juga masih kau.. dan kita juga masih kita..
Rasa kita?? Masihkah sama?? Tanya hati.. Tanya rasa.. Di situlah jawapannya


11 comments:

aNIe said...

iina...

Semalam hari ini dan esok...suatu yang perlu direnongkan...

Terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang baik...

ibundo said...

jadikan semalam sebagai panduan untuk kita meniti hari-hari kini dan yang akan datang.
.
.
ekau beremosi lagi ni. Balik lah copek.... hehe..

iina said...

Kak Anie

Sama-sama.. betul kita kena renung hari2 yg telah kita lalui utk jadi ikhtibar

Kak pah

Den emo sikit kojo byk nie ahh.. tapi kepalo den tgh weng2 sat.. balik kak pah?? den dah janji dgn diri sendiri hanya akan balik bila semuanya selesai dengan baik.. selesai study den nie ahh.. viva dengan lancarnya.. kak doakan den ya kak..

julietchun said...

yg baik dijadikan teladan,yg buruk dijadikan sempadan,bleh ke?

Mak Su said...

serbasalah, tapi kita tidak boleh mencorak orang dan orang tidak boleh mencorak kita, bertoleransi adalah yg paling membahagiakan

iina said...

Juliet

Boleh aje.. ;)

DUN Behrang 2020 said...

Lain padang lain belalang...leh gak ke?

nahmy said...

aduss...mengusik jiwa, membelai perasaan entri u kali nih..

iina said...

Maksu

bertoleransi mmg penyelesaian yang baik.. tapi kadangkala berdiam pun lebih baik juga.. tapi kdgkala perlu juga membela diri bila masa itu sesuai ;)

DUN

Boleh jek.. lain hutan.. lain singa.. lain sungai lain buaya.. pun boleh gak ;)

Nahmy

Mengusik kalbu ek?? time tgh syahdu gini mmg rasa nk tulis jek macam2.. masih terkawal lagik nie ;)

faqir said...

ehmmss

iina said...

Faqir

Mengeluh atau termenung atau berfikir? Jangan susahkan fikiran dan hati anda ;) Ia hanya luahan tatkala kepala dan hati berlaga sesama sendiri..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin