Saturday, 18 April 2009

Selamat Tinggal Goteborg

Selesai bersarapan pagi, kami mula 'check-out' dari hotel Allen. Kami terus bergerak menuju ke kawasan bandar Goteborg berdasarkan beberapa maklumat yang kami perolehi daripada petugas di hotel berkenaan.

Memandangkan kami tiba menghampiri ke pukul 9.00 pagi dan meletak kereta berhampiran dengan 'Central Station'. Kami mula berjalan-jalan di sekitar dataran yang berhampiran.. Masih belum ramai manusia pada ketika itu.. terasa bandar itu begitu legang dan tenang sekali..

Kami mula bergerak menuju ke Goteborg Opera House dan dalam perjalanan kami itu.. kami terjumpa sebuah kedai 'Malaysia Sate Restaurant' yang kami percayai diuruskan oleh bangsa cina Malaysia berdasarkan dekorasi yang terdapat dalam kedai berkenaan.. Sempatlah kami bergambar di hadapan kedai berkenaan walaupun tutup ;)

Setibanya kami di Opera House.. kami mula bergambar di sekitarnya sambil menyaksikan ribuan bot-bot besar dan kecil di situ.

Kemudian kami mula mencari-cari kedai cenderamata.. kebanyakan kedai masih tutup waktu itu dan kami putuskan untuk membeli cenderamata itu di 'central station' sahaja.

Kami kemudiannya bergerak menaiki bukit tertinggi di Goteborg 'Ramberget' dan dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandar Goteborg.

Menghampiri ke tengahari.. Aku mula teringat beberapa helaian dokumen yang tertinggal di hotel.. yang paling utama adalah dokumen cetakan untuk penerbangan pulang ke Glasgow.. Alhamdullilah bilik kami itu belum lagi dikemas dan dokumen itu masih terletak tidak berusik di Hotel (sebenarnya semasa kami check-in untuk penerbangan pulang.. petugas di lapangan terbang goteborg.. hanya menggunakan rekod dari passpot kami untuk semakan..cehh penat jek kelam kabut).

Sebenarnya sejak di bandar Oslo lagi kami teringin untuk menikmati makanan Thai.. malangnya kedai berkenaan tutup semasa di sana.. Malah ketika kami berada di Copenhagen juga kami terjumpa sebuah kedai Thai berhampiran dengan Nyhavn.. tetapi penuh.

Akhirnya kami singgah ke kedai Thai Muslim 'Lai Thai' menikmati buffet dengan harga 105SEK seorang.

Selesai menikmati makan tengahari.. kami mula bergerak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Glasgow. Penerbangan kami berlepas pada pukul 5.00ptg (4.00ptg waktu UK) dan tiba ke glasgow pada pukul 5.45 petang.

Alhamdullilah kembara kami selama 4 hari selesai dengan selamat dan lancar.. Insyallah jika ada kesempatan masa dan duit (paling utama), kami akan mengembara lagi.. ;)

4 comments:

KTS said...

agak2 halal tak sate malaysia tu??

hehehehe... klu halal pun aku tak mkn... pantang... hilang ilmu yg aku pakai ni...


muehehehehehehe

chinta said...

best oslo? mcm sejuk jek..bila la nak sampai scandinavia countries, emm..:)..

Ungku Nor said...

mak aihh..gi jenjalan lagi..best sungguh!

iina said...

KTS

uihh ko pakai susuk ke?? baik ko buang sebelum ajal.. krg ko gak yg susah

Chinta

Best.. cari2lah peluang tmbg murah skrg nie kan tgh byk offer

Kak ungku

biasa lah kak.. buat release tension ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin