Kami bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi menaiki kenderaan sendiri ke tempat letak kereta 'car park 3' di lapangan terbang Glasgow Prestwick yang terlebih dahulu dibayar secara online untuk 4 hari. Lebih mudah ke sana dengan kenderaan sendiri kerana jumlah bayaran menghampiri kos yang sama jika menaiki keretapi.
Penerbangan kami dari Glasgow Prestwick ke Goteborg Sweden berlepas pada pukul 2.00 petang. Kami mula 'check-in' seawal pukul 12.00 lebih tengahari.. Selepas melewati pemeriksaan keselamatan.. beg yang dibawa oleh pakwe ditahan seketika kerana disyaki membawa sesuatu bahan.. Sebenarnya kami memutuskan untuk membawa periuk nasi disaat-saat akhir.. Habis semua barangan dipunggah keluar.. Nasib juga beg dia tidak penuh sangat.. Rupanya semasa imbasan dibuat didapati ada sesuatu yang mencurigakan.. melihatkan periuk nasi kecil itu (rasanya termostat).. kami dilepaskan dengan senang hati.. (lainkali bawa periuk nasi dalam beg 'cabin' lebih mudah)
Selesai pemeriksaan.. kami mula melepak di tempat menunggu hingga dipanggil untuk menaiki pesawat Ryanair..
Memandangkan pesawat ini kecil sahaja.. menaiki kapal terbang Ryanair itu sungguh menyeronokkan kerana penumpang perlu berjalan kaki ke tangga pesawat.. Masa inilah kami ambil peluang untuk bergambar ;)
Akhirnya selepas 1 jam 45 minit penerbangan.. Kami sampai ke lapangan terbang Goteborg dengan selamat. Selesai sesi soal jawab dengan imirgresen Sweden (banyak jugalah soalannya.. datang berapa lama.. untuk apa.. kat UK buat apa.. study apa..) Kami terus ke kaunter 'Hertz untuk mengambil kereta sewa yang telah ditempah lebih awal..
Pada mulanya kami diberitahu bahawa bayaran yang dikenakan dalam tempahan sebelum itu tidak termasuk tempahan untuk 'Sat Nav' dan bayaran tambahan perlu dikenakan.. Aku mula menegaskan semula bahawa bayaran yang dicatitkan pada kertas tempahan yang dicetak itu termasuk bayaran tempahan 'Sat nav' itu. Aku tidak mahu membayar lebih dari harga yang dicatitkan kerana kesilapan itu bukanlah pada pihak aku.. tetapi pada sistem tempahan syarikat itu sendiri. Memandangkan pakwe yang memandu.. tetapi tempahan yang dibuat atas nama aku.. maka pemanduan untuk kereta itu direkodkan untuk 2 pemandu.. Namun oleh kerana kami tinggal pada alamat yang sama (mestilah dah suami aku kan.. takkan pulak alamat lain-lain) maka bayaran tambahan pemandu tidak dikenakan.. Hishh.. banyak pulak bayaran tambahan lain.. dan akhirnya bayaran yang dikenakan adalah sama seperti yang tercatit pada kertas tempahan yang aku bawa.. Selesai satu perkara..
Alhamdullilah akhirnya kami berjaya mendapat kereta Ford Focus berserta dengan 'Car Seat dan 'Sat Nav'. Kami mula membuat 'set-up' pada 'Sat nav' untuk laluan ke Oslo Norway. Setelah semua pemeriksaan terhadap kereta dilakukan.. lampu.. gear.. brek.. tempat duduk.. wiper.. dilakukan dengan terperinci.. Itu pun pada mulanya.. pakwe dah mula pelik kenapa lampu kereta tidak boleh dipadamkan.. rupa-rupanya.. lampu kereta sentiasa terpasang.. kerana adalah undang-undang negara berkenaan..
Kami mula bergerak dengan pemanduan sebelah kanan.. Hati juga mula risau kerana pakwe belum pernah lagi memandu di sebelah kiri.. Namun aku sentiasa yakin bahawa dia mampu melakukannya.. dah bertahun-tahun memandu.. Dengan doa dan lafaz bismillah.. kami mulakan perjalanan ke Oslo Norway..
Kami tinggalkan Goteborg Sweden menuju ke lebuhraya yang membawa kami ke Oslo..
Kami memilih mengelak tol.. Sebahagian dari perjalanan kami mengikuti laluan jalan lama yang melewati perkampungan penduduk di Sweden dan Norway.. Kelihatan tasik-tasik.. gunung ganang.. bukit bukau yang saujana mata memandang.. Yang paling menarik ada sesetengah rumah-rumah berhampiran mempunyai deretan kotak peti surat yang disusun sederet di tepi jalan.. malangnya setiap kali kami ingin mengambil gambar.. sering tidak berkesempatan.. nak snap sahaja mesti terlepas hehehehe ;)
Ketara bezanya bentuk rumah di Norway.. yang kebanyakan dibuat daripada kayu.. dengan berlatar belakangkan tasik-tasik dan hutan.. Ketika kami mengikuti laluan jalan lama.. rakan kami terpandangkan sebuah papan tanda yang memaparkan bendera 2 buah negara iaitu Sweden dan Norway.. Rupanya ketika itu kami sudah mula memasuki sempadan negara norway..
Yang tidak dapat kami lupakan semasa berhenti berehat untuk secawan kopi di sebuah stesyen minyak bernama 'Tiger Butikk'.. ketika hendak membuat bayaran pada air minuman, kami keliru seketika.. duit yang kami berikan adalah duit Swedish.. hingga ditegur oleh 'cashier' kedai berkenaan.. Mulanya kami agak keliru mengapa duit itu tidak diterima.. Rupanya kami sudah memasuki negara norway.. dan hanya duit norway sahaja diterima.. Kelakar sungguh kami.. Kekeliruan yang melucukan.. dan kelam kabutlah kami mencari duit norwegian kroner yang disimpan di dalam kereta kerana menyangkakan bahawa kami masih berada di Sweden.
Selesai membayar harga minuman.. kami berehat seketika menikmati secawan kopi dan nasi goreng yang dibawa dari rumah.. Merehatkan badan.. mata.. dan membersihkan muka.. Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Oslo..
Kami tiba menghampiri ke pukul 10.00 malam di bandar Oslo.. tetapi kami sesat seketika.. 'Sat nav' telah membawa kami ke tempat lain.. dan paling menakutkan.. tempat yang dibawa oleh 'Sat nav' itu adalah kawasan perkuburan kristian di atas bukit.. Yang lebih memeranjatkan secara tiba-tiba enjin kereta juga terhenti.. Aku yang duduk di belakang pemandu.. terpandangkan kawasan perkuburan itu dan terkejut buat seketika.. Sudahlah ketika itu pukul 10.30 malam.. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan.. pertama kali ke Oslo.. kami dibawa ke kawasan perkuburan itu.. Entah bagaimana 'Sat Nav' itu boleh setting ke situ..
Panggilan telefon dibuat dan rupanya kami sudah sampai berhampiran dengan rumah mereka.. Setelah pandu arah diperolehi kami bergerak dalam lebih kurang 500 meter ke rumah beliau.. Berbual seketika.. kami menikmati nasi panas dengan lauk asam pedas dan telur goreng.. Perut yang lapar terisi dengan menambah entah berapa kali.. dan rasa bersyukur kerana berpeluang menumpang di rumah seorang rakan ini.. Terima kasih buat keluarga Kak Rima dan Abang Zukri serta adik Hasilah yang sudi mencarikan penginapan sementara buat kami..
Malam itu kami tidur agak lewat.. menghampiri ke pukul 1.00 pagi dan berehat mengumpul tenaga untuk penjelajahan bandar Oslo keesokan harinya ;)
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
12 comments:
menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan mengkagumi ciptaannya, itupun dah dapat pahala. Bersyukur lah ina sebab berpeluang begitu. Den jeles ni.
ko naik flite cam naik bas jek. Ngeri weii sesat kat kawasan kubur memlm.
Iina,
Perasaan bercampur baur membaca entry puan, kali ini. Seronok sebab membayangkan indahnya bumi orang, kat Norway banyak fiord, kan Saya baca dalam buku geo masa sekolah dulu...
Yang tak syoknya, hanya dapat bayangkan, entah bila dapat peluang ke negara orang ni...
Moga selamat merantau..
selamat bergumbira berjalan2..he eh eh..
tapikan...kalau aku bawak keta tu dah sah masuk parit. Macam mana ekk,,bawak keta stereng belah kiri?..aha haa
salam kak,
Seronoknya merantau di negara org..:)
Kakak,
selamat makan angin ye.
Semoga sentiasa ceria.
rindu dr sri
Kak Pah
Bila dah balik nie.. rasa cam tak caye je leh sampai ke sana ;) memang indah alam ciptaan tuhan.. Takpo kak nnti kita sesama jeles ;)
Juliet
hehehehe kapal terbang tuh kira besar ler juga tapi airport ye kecik beno.. mmg ngeri sesat kat kaw kubur nasib tepi jalan besar jek..
Cikgu Ein
Betul tuh.. teringat dulu masa belajar geo zaman sekolah rendah.. perikanan di norway.. rasa cam tak caye pun ada masa sampai tuh ;)
Cikgooden
Takkan masuk parit kot?? kalau dah biasa drive bertahun2.. boleh jek bawak keta tuh hanya stering jek kiri n jln tuh kanan.. tapi so far insyallah.. pakwe teman selamba jek bawak hehehehe ;)
Eiza
mmg seronok dik.. tapi cedera parah duit poket juga nie heheheh ;)
Sri
Insyallah.. dah balik merantau.. tgh nak buat coretan jek.. miss u 2 sis
best.. best..
mcm aku yg gi sana..
tp tang kubur tu, tak teringin aku.. eeeee...
ini namanya sudah teranh lg bersuluh..
psg lampu siang2 hari..
mcm aku la... sudah terang lg bersuluh... comellll nya...
muehehehehehe...
aku tau... ko jeles...
KTS
smpi 2 kali ko komen nmpk nk jadi yg terakhir ke hehehehe ;)
Budak comot mmg comel tau ;)
iina...seronoknya tgk iina dpt jenjalan di negeri orang...
waaaaaaaaaaaa... aku nak jd yg last.. tak kira..
comot itu comel??
ok gak :D
Post a Comment