Tuesday, 21 April 2009

Mengapa mesti menjerit?

Untuk muhasabah diri bersama


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,
"Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan berbicara dengan suara yang kuat atau menjerit?"

Seorang murid mengangkat tangannya dan menjawab,

"Kerana ketika itu dia telah hilang kesabarannya, lalu dia menjeritlah."

"Tapi..." guru itu bertanya semula, "Orang yang dilawan berbicara berada dekat dengannya. Mengapa mesti menjerit? Kenapa dia tidak berkata secara lembut?"

Hampir semua pelajar memberikan pelbagai alasan mengikut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan itu memuaskan.

Guru berkata lagi,

"Ketika dua orang dalam situasi marah,jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang sedemikian, mereka harus menjerit. Namun peliknya, semakin kuat mereka menjerit, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka juga menjadi lebih jauh. Oleh sebab itu mereka terpaksa menjerit dengan lebih kuat lagi."

Guru itu meneruskan bicaranya,

"Namun sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak menjerit. Ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka juga begitu perlahan, halus dan lembut. Walaupun suara itu begitu perlahan, kedua mereka dapat mendengarnya dengan begitu jelas. Mengapa jadi begitu??"

Guru itu bertanya lagi sambil memperhatikan para pelajarnya.

Mereka nampaknya berfikir dengan tekun namun tak seorang pun berani memberikan jawapan.

"Ini kerana hati mereka begitu dekat sekali, hati mereka tidak mempunyai jarak. Walaupun sepatah kata tidak diucapkan dengan sebuah pandangan mata saja sudah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

Guru itu berkata lagi,

"Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah kita menciptakan jarak pada hati kita. Adalah lebih baik untuk tidak mengucapkan kata-kata yang mampu mewujudkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, Tidak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."

Ya ada masanya bila kita terlalu marah.. adalah lebih baik kita mendiamkan diri dan bertenang dalam meredakan kemarahan hati.. kerana berkata-kata ketika berada dalam keadaan yang marah mampu mewujudkan situasi yang huru hara dan tidak elok..

Berdiam diri bukan bermakna kita kalah atau mengalah.. tapi berdiam diri kerana mengumpul kekuatan dan kesabaran.. Tidak ada ruginya jika kita bersabar sedikit dan bertenang kerana kita mampu mengawal diri dari menunjukkan ciri-ciri yang mampu mengaibkan diri sendiri.. Pernahkah kita lihat bagaimana wajah dan tingkah laku mereka yang marah?? tindak tanduk mereka?? sifat dan perbuatan mereka.. agak-agaknya bila ditayangkan semula apa yang telah mereka lakukan itu.. Adakah kelihatannya manis dan bersopan??

Semoga ini mampu menjadikan kita muhasabah diri.. dan peringatan untuk diri sendiri jua.. Insyallah

12 comments:

Cikgooden said...

teringat arwah chey (tokwan), walaupun dekat, kena jerit2..sebab dia kurang dengar..he he he

Tijah said...

aiseh man. aku cuma fokus kat org yg berpeluk tu jer aahhh!

iina said...

Cikgooden

Itu namanya kes special.. kes tak kurg dengar.. kalau ckp slow2 krg buat penat jek kan ;)

iina said...

Jah

ko memang... yg hot seksi tuh fav ko kan.. kan

KTS said...

aku pun nak DIAM ni..
tgh marah... :(

iina said...

KTS

ko marah ngan sapa nie?? ngan nyamuk?? ayam?? cacing?? baik ko p mandi tanah cepat

lupekanje said...

betul...sebab tu acik suka diam klu acik marah..namun ruper tidak dapat menyembunyikan perasaan..

agak2 ruper aper acik ni klu tgh marah??? muahahaha....??

Retinyer...diam tu membawa beribu erti...

mashi said...

Best le Ina tulisan ni. Aku pun mcm anak2 murid jugak... tertanya apa jawapan sebenar sebelum baca tulisan seterusnya.

Bagus betul tulisan ni... dapat menyedarkan aku sedikit sebanyak..

Thanks

julietchun said...

sakit tekak jerit2 nih. psttt: gamba tu bkn ko kan? Kalo ko jerit makna ko marah, bila ko marah maknanya ko sedang jauhkan 2 hati,kakakakkaka.

Mak Su said...

setelah agak lama mula merasakan asam garam, didapati berlembut adalah lebih bijaksana :)

badakbiru said...

apesal la akak baru buat post ni..huhuhu
kalo tak, boleh aje saya jd kan panduan, skang dah terlmbt, tatau nak fix mcm mana lagi..uwaa..!

iina said...

Acik

rupernya sungguh indah menawan time marah wakakakah.. btul kdg2 lebih baik diam.. sbb kalau ckp krg lagik tah apa yg kuwa

Mashi

tapi ini takleh di apply kalau kita ngajar dlm kelas.. kalau marah kena cakap dan tegur dgn baik.. krg buat diam jek naik tocang lak ;)

Juliet

Aku jauhkan 2 hati sapa tuh??? story mory sikit

Maksu

200%% setuju ya amat.. ;)

BB

Dik.. baru jumpa ler artikel nie dalam list email akak.. tuh yg letak sbb masa yg sama nie pun ada gak rasa nk marah org.. tapi tahan jek.. belum terlmbt dik.. cuma berikan mereka masa ok ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin