Thursday, 16 April 2009

Copenhagen: Aku terpegun melihatmu

Selesai bersarapan pagi di Hotel Allen Goteborg, Lebih kurang pukul 8.00 pagi kami bertolak ke Copenhagen Denmark. Perjalanan mengambil 4 jam lebih kurang..

Kami mengikut lalui bertol ke Copenhagen yang menaiki jambatan 'Öresund Bridge' yang merupakan jambatan sepanjang 16.4km dari Malmo,Sweden) ke Copenhagen (Denmark) dengan bayaran sebanyak 395SEK (swedish kroner= £32)

Jambatan ini dibina dengan merentasi selat Öresund yang memisahkan Sweden dan Denmark serta menghubungkan bandar Malmo di Sweden dan Copenhagen di Denmark. Kami melalui terowong bawah laut menuju ke Copenhagen.

Ketika kereta memasuki negara Denmark, terasa begitu berbeza sekali rekabentuk bangunan di Copenhagen berbanding di Goteborg Sweden.

Kami mencari tempat letak kereta yang terdekat dengan bandar dan kami merancang untuk menaiki bas 'sightseeing' yang memudahkan kami untuk mengelilingi bandar Copenhagen. Kami berhenti di beberapa tempat sekitar bandar itu.
Yang paling utama untuk mengambil gambar di 'Little Mermaid' yang merupakan sebuah ukiran patung berbentuk gadis ikan duyung yang diadaptasi dari cerita 'the little mermaid' oleh Hans Christian Andersen yang merupakan penulis buku terkenal kanak-kanak yang dibesarkan di Copenhagen.


'The statue was commissioned in 1909 by Carl Jacobsen, son of the founder of Carlsberg, who had been fascinated by a ballet about the fairytale in Copenhagen’s Royal Theatre and asked the primaballerina, Ellen Price, to model for the statue. The sculptor Edvard Eriksen created the statue, which was unveiled on 23 August 1913. The statue’s head was modelled after Price, but as the ballerina did not agree to model in the nude, the sculptor’s wife Eline Eriksen was used for the body.[1]

The relatively small size of the statue typically surprises tourists visiting for the first time. The Little Mermaid statue is only 1.25 metres high and weighs around 175 kg.
'
Selepas itu kami mula bergerak turun ke 'Nyhavn' iaitu Pelabuhan lama Copenhagen. Kami bergambar disekitar kawasan itu..

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengikuti 'canal tour' selama 60 minit menyusuri terusan dan pelabuhan di sekitar Copenhagen. Selesai menyusuri laluan berair.. perut mula lapar dan kami mula mengisi perut di Restauran Sahil yang terletak tidak jauh dari Nyhavn.

Selesai makan tengahari merangkap makan petang, kami mula menyusuri laluan pejalan kaki 'Stroget' yang merupakan laluan membeli belah pejalan kaki yang terpanjang di Eropah.

Kemudiannya kami bergambar di hadapan 'Tivoli Garden' iaitu taman permainan yang tertua di dunia yang dibina pada tahun 1843.
Selesai bergambar kami bergerak ke dataran Rådhuspladsen yang dikenali sebagai City Hall Square. Di sini kelihatan ramai penduduknya menggunakan basikal sebagai kenderaan utama.. Deretan basikal kelihatan dimana-mana sahaja.. malah turut ada stesen basikal di bandar ini.

Kami bergerak keluar dari bandar Copenhagen pada pukul 7.00 lebih menuju ke Helsingor, Denmark untuk menaiki feri ke Helsingborg Sweden dengan bayaran sebanyak 375SEK. Kami sampai lewat malam ke Hotel Allen di Goteborg. Berehat untuk bersiar-siar di bandar Goteborg keesokan harinya.

7 comments:

ibundo said...

jambatan tu nampak sekerat jalan sobab dio masuk dalam laut ko na. kau cakap ado tunnel dalm laut. Mosti best kan.

ruzzake said...

ada award.. mai kutip ya.. tampal kat umah! heheh.. bestnya jenjalan.. nak ikuuuuttt!!!!

KTS said...

bila la kita akan tour bersama2.. ko, aku dan pakwe itu... klu ko tak nak ikut pun takpe... kita berdua, kan bang...

muehehehehehe..

aku pun terpegun ngan copenhagen...
best best best...

next destination apa plak?? cepatlaaa

SRISUFI said...

akak,

tahun depan kita cuti sama2, akak blanje k.

;)

iina said...

kak pah

Ahah kak sekerat jek naik jambatan pastu masuk terowong ikut laut.. mmg canggih ler.. tapi masa masuk terowong tuh idak ler nampak laut ke air ke.. nmpk terowong jelah ;)

Mummy aqeem

oraight nnti singgah ekk

KTS

kot ye pun ko cariklah si mata biru ke.. perang ke.. hijau ke.. apa ler ko nie.. next destination ko tunggu jelah ;)

Sri

Thn depan?? p mana tuh dik?? hehehe ok no problem.. sri belanje makan ok

fa10 said...

siap ada stesen basikal..bagus tu ..syokkan jalan2

aNIe said...

iina...kita tgk gambar pun dah terpegun...memang dpt dilihat keindahannya

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin