Saturday, 25 April 2009

Bersediakah??


Aku pernah ditanya oleh seorang adik..

"Kak.. camna akak tau yang akak dah bersedia nak menjadi seorang isteri dan lelaki itu adalah orangnya??"

Aku tergamam seketika untuk menjawab persoalan itu..

Selama ini aku sendiri pun tidak pernah terfikir tentang kesediaan itu..

Malah semasa cuba membuat metafor untuk situasi itu pun aku hilang idea.. selalunya dalam kebanyakan komunikasi dan perbualan.. aku sering menggunakan metafor sebagai memudahkan cara aku menyampaikan sesuatu..

Ya bagaimana kita tahu kita sudah bersedia menjadi seorang isteri?? Ini satu persoalan yang agak sukar untuk dijawab sebenarnya kerana isu kesediaan itu adalah terlalu subjektif..

Ya mungkin bila hati sudah berbunga.. ekonomi sudah stabil.. sudah ada kerja yang tetap.. masa juga sesuai.. dan umur juga seeloknya maka tindakan kearah perkahwinan mula dirancang dengan sebaiknya..

Bila ditanya pula bagaimana kita tahu lelaki itu lah yang kita mahu jadikan pasangan kita seumur hidup.. Juga terlalu subjektif untuk diterangkan..

Apa jua.. aku katakan pada adik itu..

"Hanya hati adik sahaja yang tahu bila masa itu sampai.. bila adik bersedia.. dan lelaki itulah bakal suami adik"

"Namun buatlah keputusan dan persediaan itu dengan cara yang baik.. dengan keizinan dan sokongan keluarga untuk mendapatkan keredhaan Allah.. Insyallah"

Walau apa jua jawapannya..
Sama ada keputusan dan tindakan itu bakal membawa kebahgiaan atau kesilapan??
Setiap tindakan ada risikonya.. tapi pada masa yang sama juga.. kita seharusnya tidak jemu berdoa.. agar tindakan yang kita pilih dan lalui itu berkesudahan yang baik hendaknya.. Insyallah...

Cuaca panas sekarang nie..
Pemanas boleh ditutup buat sementara waktu.. dan boleh tukar ketebalan duvet..
Korang jangan nak fikir yang bukan-bukan ok...

6 comments:

ibundo said...

orang dulu-dulu rasaya tak pernah bersedia untuk kahwin tapi dikahwinkan juga. mak akak kawin dengan abah masa umur 14 tahun. hingusan lagi. kita pada umur tu masih gila nak main-main. tapi perkahwinan mak dan abah kekal hingga kematian memisahkan mereka.

so, sedia ke belum nak kawin lebih kepada tepuk dada sendiri dan tanya selera. Naluri kita akan memberitahu.

Kau kawin umur berapa ina. Akak kawin umur 23 tahun. Anak akak ada yang umur 23 tahun tapi belum sedia nak kawin. bila tanya dia jawab, orang nak enjoy dulu.

Tijah said...

konyer gamba2 asal mengundang kontroversi jer skang nih? hahhahahah

faqir said...

oooo

KTS said...

errrrr... errrrr...

aku dah bersedia ke??
.
.
.
.
.
.
.
.

tak dpt jwpn lagi..
maknanya belum bersedia la kaaaannn..




jom makan aiskrim... panas2 ni best... :)

tp aiskrim malaysia la best... meh balik sini...


hikhikhik

aNIe said...

iina...betullah...soalah tu subjektif...lain orang lain jawapan mereka...ada orang dah bersedia dari usia muda...ada pulak yang konon dah bersedia tapi sebenarnya tidak...

iina said...

Kak pah

Umur 25 kak. Klu idak saya kwin sama umur ngan akak tp kena extend ada kisah. Tp klu nk ikut enjoy smpi bila pun xsudah enjoy ya kan kak.

Tijah

Ahaks. Kontroversi ke?

Faqir

Aaaaaa

KTS

Ko mnjg xready jek. Aiskrim sini lgik best. Mesia ye aiskrim pun import sini.

Kak Anie

Btul tu kak. Sedia tu Susah nk kata bila. Tp jgn takut nk ambil risiko. Risiko tuh ada dimana2

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin