Sunday, 26 April 2009

Beg kembara..

Senarai semak

Penting
Passport
Tukaran wang asing
Kad kredit
Debit kad
Kad Student- nak bawak ke??
Dompet
Cetakan Boarding pass
Doa perjalanan & keselamatan

Wajib
Extention wayar
Plug soket - european type
Camera digital- kena delete semua gambar..
Spare 2GB memory card
Batery rechargeable
Backup bateries
Camcorder JVC -perlu dicharge semula
Charger- hp, batery, camcorder
Notebook Asus- tak perlu
Beberapa baju blaus yang kurang tebal
2 pasang seluar- tidak termasuk jeans sebab tebal dan memberatkan beg je..
Beberapa helai tudung warna warni berlainan warna
2 pasang stokin
Telekung- tak perlu.. Solat boleh ditunaikan tanpa perlu telekung.. cukuplah dengan memakai jaket dan stokin yang bersih
Jaket - yang berkain atau tahan hujan?? atau keduanya??
Tuala kecil
Beg sandang kecil
Barangan kosmetik- sikat, deo, perfume, shampoo, bodywash, bedak, lipstik, celak etc
Bio oil & pelembap- untuk kulit muka & badan yang kering
Simple facial wipes
Berus dan ubat gigi
Ubat-ubatan- krim sapu, minyak gamat, lelah, handyplast

Jajan -buat kunyahan dan isi perut
Crisp -beberapa pek kecil
Basmati egg fried rice Lidl
Coklat
Roti

Bekalan -sarapan awal pagi
Roti Sardin / Chicken wrap??

Cetakan
Senarai tempat-tempat menarik
Carian maklumat harga-harga tertentu

Ada lagi ke??? Apa ekk yang aku lupa nak senaraikan?? Semuanya belum aku susun elok-elok.. Masih terletak di sana sini.. Semua barangan itu ada setengahnya masih berada elok dalam beg pengembaraan semasa aku ke Sweden 2 minggu yang lalu..

Sebelum pergi mengembara dulu.. bukan main lagi aku mengemas dan menyusun setiap satunya.. dan bila kembali ke rumah.. letak setempat dan langsung tidak pernah diusik lagi.. nak kemas.. Alahai terasa malas sungguh rasanya.. Asyik.. nantilah.. biarlah... kemudianlah.. ;)

Ini antara senarai semak aku bila sahaja aku perlu mengembara.. Yang cukup untuk aku isi dalam beg targus yang berwarna oren, kelabu hitam itu.. Nampak sahaja kecil.. tapi bila diisi sepenuhnya.. mampu mencapai hingga 10kg.. Bila dipikul di kedua belah bahu langsung tidak terasa beratnya.. Ini sudah terbukti.. setelah banyak kali aku mengembara baik seorang diri.. atau bersama pakwe.. dengan beg ini jugalah aku pernah berjalan berbelas 'km' semasa ke Aberdeen dan juga ke London.. Berjalanlah berapa km pun dengan beg berat itu.. serasa langsung tidak terasa beratnya..

Sudah beberapa hari juga aku mula memikirkan untuk mencari beg kecil yang boleh ditarik dengan tangan sahaja (boleh isi lebih banyak barang) Namun.. dari segi kemudahan bergerak.. aku sebenarnya lebih suka menggunakan beg targus ini.. Dibeli di Plaza Low Yat sebelum aku berangkat ke UK pada penghujung tahun 2006.. dan telah banyak kali berjasa kepada aku untuk setiap pengembaraan yang dilakukan.. Hanya ke universiti sahaja aku akan memakai beg yang berbeza.. kerana mahukan beg yang lebih kecil dan ringan..


Masih berfikir untuk membeli beg lain atau pakai sahaja beg yang ada??
Esok aku perlu buat keputusan..

Kali ini takde gambar kontroversi ya.. kalau tengok beg pun ada rasa lain macam.. Silalah ambik MC ari ini..

11 comments:

mashi said...

Kena beli beg besar le kalau betul nak mai ke umah aku..hehhe...

ibundo said...

rasanya kalau ko nak pergi lebih seminggu kenalah beli beg besar lagi kot. Lain la kalau ko sanggp pakai barang dalaman tiga empat hari tak ganti2. hik..hik..

zura aini said...

iskkkkkk, nak ke mana pulak ni? jeles ai.

julietchun said...

aku rasa nak amik mc arini. Bkn sbb beg, tapi sbb cuaca panans ni buat aku rasa nak pitam,kekekeke.

DUN Behrang 2020 said...

elok beli beg kain je...beg yg dlm gambo ni post kat umah aku...buat souvenir!!!

ceri masam said...

hahah same like me. bila nak pegi, rajin mengemas. bila balik, beg terperap kat satu sudut dengan baju2 yang bersusun bersih. malas gila nak kemaskan semula masukkan dalam almari

hahahhaa

SRISUFI said...

Salam kakak,

~Selamat mengembara- seronoknya...kalau dekat memang nak ikut.

=)

badakbiru said...

ni nak g mana plak..? sonotnya dpt g jenjln. sy kt msia ni pun asyik tertngguh je nk mengembara di msia ni je..huhu..

iina said...

Mashi

kalau nak p jumpa ko mmg kena bawak beg besar sebab aku balik mesia dulu hehehehe dari sana baru aku trus p umah hang.. penat tu flight 24jam.. baik aku rehat jap kat mesia then smbung journey p christchurch

Kak Pah

Yang itu boleh dicuci masa kat hotel ler kak ahaks.. takkan kumpul2 kot.. pling tidak p htr dobi ;) saya jln tak suka bwk byk brg.. berat nak kendung ;)

Zany

Jalan2 cuci mata ;)

Juliet

aku rasa ko kena pergi bercuti kat tmpt sejuk.. mesti ko dah tak sakit mata kan..

DUN

pos kat ko?? wat souvenier? aku pos gmbr jelah.. ko leh ambik free jek kat blog aku tuh hehehehe

Nurul

biasa le.. time nak jln uihh kemain gik kemas susun elok.. dah balik jln.. campak jek.. tah mana2 letak.. bukan apa.. simpan harapan mana tau sok2 pergi jalan lagik ;)

Sri

Thanks sis, Jom.. jom..

BB

Dik.. kena laksanakan hasrat tuh secepat mungkin jgn asyik keje jek ;) Insyallah.. cuti2 mesia tuh ambik peluang ler jejln ;)

lupekanje said...

best nyer mengembara....I laikk..

iina said...

Acik

;) moh kita kembara jalanan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin