Untuk muhasabah diri bersama
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,
"
Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan berbicara dengan suara yang kuat atau menjerit?"
Seorang murid mengangkat tangannya dan menjawab,
"Kerana ketika itu dia telah hilang kesabarannya, lalu dia menjeritlah."
"
Tapi..." guru itu bertanya semula, "
Orang yang dilawan berbicara berada dekat dengannya. Mengapa mesti menjerit? Kenapa dia tidak berkata secara lembut?"
Hampir semua pelajar memberikan pelbagai alasan mengikut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan itu memuaskan.
Guru berkata lagi,
"
Ketika dua orang dalam situasi marah,jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang sedemikian, mereka harus menjerit. Namun peliknya, semakin kuat mereka menjerit, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka juga menjadi lebih jauh. Oleh sebab itu mereka terpaksa menjerit dengan lebih kuat lagi."
Guru itu meneruskan bicaranya,
"
Namun sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak menjerit. Ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka juga begitu perlahan, halus dan lembut. Walaupun suara itu begitu perlahan, kedua mereka dapat mendengarnya dengan begitu jelas. Mengapa jadi begitu??"
Guru itu bertanya lagi sambil memperhatikan para pelajarnya.
Mereka nampaknya berfikir dengan tekun namun tak seorang pun berani memberikan jawapan.
"
Ini kerana hati mereka begitu dekat sekali, hati mereka tidak mempunyai jarak. Walaupun sepatah kata tidak diucapkan dengan sebuah pandangan mata saja sudah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."
Guru itu berkata lagi,
"
Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah kita menciptakan jarak pada hati kita. Adalah lebih baik untuk tidak mengucapkan kata-kata yang mampu mewujudkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, Tidak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."
Ya ada masanya bila kita terlalu marah.. adalah lebih baik kita mendiamkan diri dan bertenang dalam meredakan kemarahan hati.. kerana berkata-kata ketika berada dalam keadaan yang marah mampu mewujudkan situasi yang huru hara dan tidak elok..
Berdiam diri bukan bermakna kita kalah atau mengalah.. tapi berdiam diri kerana mengumpul kekuatan dan kesabaran.. Tidak ada ruginya jika kita bersabar sedikit dan bertenang kerana kita mampu mengawal diri dari menunjukkan ciri-ciri yang mampu mengaibkan diri sendiri.. Pernahkah kita lihat bagaimana wajah dan tingkah laku mereka yang marah?? tindak tanduk mereka?? sifat dan perbuatan mereka.. agak-agaknya bila ditayangkan semula apa yang telah mereka lakukan itu.. Adakah kelihatannya manis dan bersopan??
Semoga ini mampu menjadikan kita muhasabah diri.. dan peringatan untuk diri sendiri jua.. Insyallah