Friday, 30 May 2008

Sebuah Pertemuan di Dataran George Square

Ketika kaki melangkah di dataran George Square seperti hari-hari biasa menuju ke department.. entah dari mana datangnya lalu aku ditegur oleh seorang lelaki tua.. berkaca mata hitam.. berjaket labuh dan berjambang hitam dan putih.. Mulanya aku seperti tidak begitu pasti untuk berhenti.. tetapi soalan yang ditanya membuatkan aku terus berdiri di situ

"Are you Muslim?"

"Yes I am"

"Alhamdullilah.. do you know any mosque nearby"

"Yes there is a big mosque here.. also known as central mosque"

"Alhamdullilah.. can you show me the way.. I just arrived in glasgow. Is it far from here?"

"Not really.. it just over the river.. if you cross the bridge not far from here you can see the mosque on your left. Do you have a map?"

"Yes, I do" lantas pakcik tua itu mengeluarkan secebis kertas yang mengandungi peta glasgow

Lalu aku pun menerangkan arah tujunya ke central mosque berdasarkan peta yang diberikan

Lantas terjadilah perbualan kami selama hampir 40 minit.. kami lalu duduk dikerusi panjang yang terdapat di dataran itu.. akhirnya aku tahu nama pakcik itu.. Jalal.. merupakan seorang bekas profesor di sebuah universiti di Morrocco.. pakar dalam bidang undang-undang islam tetapi lebih menjurus kepada ekonomi dan politik.. sudah pun pencen.. sekadar datang ke UK untuk berjalan-jalan.. merupakan kali pertama ke glasgow.. sebelum ini dia tiba di London.. tinggal dirumah kenalan di airdie.. menaiki train hingga ke queen street station.. dan teraba-raba mencari arah... lalu terserempak denganku..

Mulanya dia cadangkan kami berbual dimana-mana cafe sambil minum kopi.. tetapi memandangkan aku baru sahaja selesai sarapan di rumah.. dan perut juga masih penuh .. perlawaan itu aku tolak dengan baik.. lagi pun teringkatkan janjiku pada kak haizan tengahari ini untuk makan bersama di cafe chopstick.. serba salah juga sebenarnya tetapi hatiku begitu berat sekali untuk minum bersamanya..

Sambil itu kami juga sempat berbual tentang negara masing-masing.. dia tanya aku dari mana.. lantas aku katakan aku dari Malaysia.. katanya dia pernah mengerjakan umrah dan haji di Mekah.. dan pernah bertemu dengan mereka dari Malaysia.. jika jemaah yang lain bertolak-tolak.. tetapi kebiasaannya jemaah dari Malaysia atau Indonesia tidak begitu.. baik dan tertib..

Dalam kesempatan itu juga aku dapat menjelaskan serba sedikit tentang malaysia.. budayanya.. agamanya.. ku katakan sebuah negara islam.. tetapi mempunyai 3 bangsa yang agak besar.. Dalam pada itu juga dia tanyakan padaku tentang Dr Mahathir Mohammad.. bekas perdana menteri yang dulu.. betapa diingati nama Dr Mahathir ini kan.. lantas aku jelaskan kini ada sedikit pergolakan isu politik apatah lagi selepas pilihanraya pada bulan februari yang lalu. Sempat juga aku beritahu perdana menteri yang terkini Abdullah Badawi.. lantas 1 soalan ditanya padaku

"Is he a rich man?"

Alahai apa nak jawab nie.. "Yes he is.. I think so"

"Where did he get his money from?"

"I think from his business.. from his son and daughter I guess" sambil otakku laju memikirkan jawapan seterusnya.. bukan apa aku hanya sekadar membaca khabar-khabar angin dan isu-isu yang pernah dibangkitkan berkenaan keluarga pak lah.. tetapi soalannya membuatkan aku terfikir juga.. mungkin dia pernah mendengar atau membaca sesuatu berkenaan pak lah sebab itu timbulnya soalan sebegitu

Seterusnya sesi perbualan kami diteruskan dengan isu poligami.. cara islam dipraktikkan di malaysia.. pengaruh media dan internet.. kebebasan undang-undang media.. wahh banyak juga yang sempat kami bincangkan walaupun pertemuan itu singkat namun pakcik Jalal mampu bertanyakan padaku banyak juga soalan berkenaan Malaysia dan cara hidup.. bahkan cara hidup di Glasgow juga ditanyakan.. sudah tentu siapa aku.. belajar apa.. berapa lama di sini.. suami buat apa.. semua juga ditanyakan.. Sempat juga aku tinggalkan nombor contact dan juga emailku kepadanya.. kataku.. aku lebih selesa jika dihantar email.. mungkin dia mahu terus berhubunganku.. katanya aku pelajar bijak.. universiti.. mungkin kita boleh saling berbincang lagi di masa akan datang..

Sekali juga dia mempelawaku untuk minum kopi.. malangnya sekali lagi aku terpaksa menolaknya.. bukan apa mengenangkan poster yang perlu disiapkan.. dan beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan.. akhirnya aku putuskan untuk menunjukkannya jalan ke central mosque.. yang penting jalan utama ke situ.. alhamdullilah.. semasa aku membawanya ke jalan glassford street.. dari tempat kami berdiri, kubah masjid sudah pun kelihatan dari situ.. lantas aku tunjukkan padanya itulah masjid.. (aku pun tak pernah perasan yang kubah masjid berwarna emas itu boleh aku lihat di penghujung jalan glassford itu)

Seronok dan teruja pakcik Jalal melihatkan masjid berkenaan rupanya tidaklah jauh sangat.. lagipun kan hari jumaat.. untuk menunaikan solat jumaat zohor ini kan.. Lantas aku katakan di kiri dan kanan jalan itu ada banyak kedai-kedai.. bolehlah berhenti-henti untuk membeli barang-barang.. yang utama harus melalui jambatan dan menyeberangi sungai.. Lantas aku katakan aku bekerja tidak jauh dari central mosque itu.. hanya berdepan dengan central mosque tersebut dan pakcik Jalal sekadar tersenyum mendengarnya..

Akhirnya pakcik Jalal meninggalkan aku di tepi sebuah traffic light.. aku terpaksa pergi pada arah bertentangan.. namun aku masih ingat kata-katanya..

"I wish you all the best in your life and in your study.. Insyallah"

Lantas aku balas dengan senyuman dan berkata "I hope you the same thing in life.. Insyallah"

Aku pergi dengan senyuman.. sebuah pertemuan.. sebuah perbualan.. walaupun singkat namun penuh bermakna..

2 comments:

tuan umah said...

salam kak,terharu n sedih pulak baca coretan akak ni

iina said...

Apa nak disedihkan dik.. jumpa orang sesat jalan je.. akak tunjuk arah je.. hari nie orang tu sesat.. esok-esok mungkin kita pulak kan.. mana tau..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin