Wednesday 28 May 2008

Presentation ILab


Pagi ini aku dapat email dari Ian.. Sebenarnya aku dapat tahu dari Suthanya yang beliau sibuk mencari aku sejak tengahari semalam.. sudah kerap kali juga dia datang ke bilik malangnya tak bertembung masa pula.. akhirnya emailnya menyatakan untuk meminta aku membentangkan topik semasa mesyuarat i-lab pada hari ini.. Sepatutnya pembentangan itu dibuat pada bulan April yang lepas namun sering tertangguh sahaja atas sebab-sebab kesibukan dikalangan pensyarah yang ada..


Sebenarnya tajuk asal sudah lama siap tetapi memandangkan garis panduan pembentangan yang lebih berbentuk visual dan bergambar maka aku putuskan untuk membentangkan pengalaman aku dan Suthanya semasa ke seminar dan pameran Internet World 2008 di London pada penghujung bulan lepas.


Hanya aku dan Michelle sahaja yang membentangkan tajuk kami.. Tajuk Michelle lebih berbentuk penjalanan karear beliau.. manakala aku.. satu tajuk yang santai yang penuh dengan gambar-gambar semasa berseminar.. senyum simpul juga mereka yang melihatkan pembentangan ku.. ada yang lucu ada yang menarik.. selesai sahaja pembentangan George malah bertanya padaku.. betul ke pergi seminar nie.. hehehe..

Mulanya Suthanya yang agak cemas kerana terdapat beberapa keping gambar yang aku masukkan adalah gambar kami berdua atau dia seorang.. namun seperti janjiku pada Suthanya.. "Don't worry.. I will not put anything funny for people to laugh at" Risau sangat si Suthanya jika ada gambar-gambar yang lucu yang memungkinkan orang akan ketawakan dia.. takkanlah aku sekejam itu pulak.. kan presentation dalam group research..

Apa pun.. dengan tajuk yang begitu santai.. akhirnya aku selesai membentangkan tak sampai 10 minit.. bersama ini aku sertakan beberapa keping gambar kami semasa seminar berkenaan..


2 comments:

Anonymous said...

Salam kak Ina... Congrats for the presentation... ni reen fst. maybe akak kenal,maybe gak akak tak kenal... ;-) just nk add akak pd blog kite. itu pun kalau diizinkan. jumpa blog akak ni pun bila bukak fotopages norzu. kirimkan salam kite pd Lan kimia. dh lama tak nampak dia OL. bz agaknya! insya Allah, kite balik Mesia september ni, nk raya di sana... takmau raya sengsorang kat sini...huhu...

iina said...

Hi reen, Thanks.. alah presentation simple je.. insyallah nanti akak bgtau Lan.. biasa dia baca blog akak nie.. sure sampailah salam tu.. ok je kalau nak add dalam blog..no problem

Wahh bestnya nak balik raya.. nie jeles nie.. takpe nanti akak nyusul lepas raya lak hehehe.. take care

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin