Wednesday, 28 May 2008

My Last Day .. Bye Haslina

Sewaktu memasuki ruangan pejabat di tempat kerja.. dalam sibuk mengutip dan menyalin plastik sampah.. ku lihat semua staf yang ada seolah riuh rendah sahaja.. apatah lagi melihatkan Leaan sedang berkata-kata sesuatu.. Seperti biasa aku lakukan rutin seharian tanpa mempedulikan sangat apa yang berlaku.. tetapi sapaan Nicky membuatkan aku tersentak dan terus memandangnya.. It's my last day.. I'll not be around.. bye Haslina.. sambil melambai-lambai ke arahku.. Lantas ku jawab dengan senyuman.. "Bye.. hope to see you around someday"

Pada minggu lepas juga.. semasa sedang membersihkan dapur di hujung penjuru sayap kiri.. Diana juga memaklumkan denganku yang dia juga akan mengakhiri waktunya bekerja di bangunan legal house.. Masih aku ingat perbualan aku dengannya.. "I'll be leaving the college next Wednesday, I'll be out in the field now" Mengingati kata-kata itu.. hari ini aku terlihat diana di makmal komputer berhampiran dengan dapur.. Hanya senyuman sahaja yang mampu aku berikan.. Malah aku tahu hari ini merupakan hari terakhirnya di Bangunan legal House..

Sekejap sungguh masa berlalukan.. dalam masa hampir 9 bulan bekerja di bangunan tersebut.. kini satu demi satu staf yang aku kenali meninggalkan bangunan tersebut.. walaupun aku hanyalah seorang cleaner di situ.. namun kehadiranku selama ini tidak pernah dianggap asing oleh staf di situ.. tidak pernah sekali-kali pun mereka memandang hina atau mengherdik aku.. malah dilayan sama seperti mereka yang lain.. Mungkin juga kerana mereka tahu statusku sebagai pelajar PhD membuatkan mereka tidak menganggap aku seperti golongan kelas bawahan yang lain.. Bezanya.. sifatku yang tidak suka mengambil kesempatan atau mengambil mudah setiap kerja yang aku buat.. jarang sekali juga membantah apa-apa.. sikapku biasa lebih memfokus kepada kerja yang perlu dibuat.. tidak banyak cakap.. hanya bicara bila ditegur itupun jika boleh sesingkat cuma.. bukan apa.. kerja lain masih banyak yang menanti untuk diselesaikan..

Namun ucapan tadi sudah cukup juga menghibakan hati.. manusia silih berganti pergi.. itukan lumrah hidup.. sedikit sebanyak turut membekas disanubari.... Adakah suatu hari nanti ucapan sebegitu akan menjadi milikku pula.. saat selesainya mengenggam ijazah PhD yang diharapkan.. Aku juga bakal mengucapkan kata-kata yang sama.. "It's my last day in glasgow.. Last day in UK.. Bye.. everyone "

Mungkin jugakan.. suatu hari.. walau sepayah dan sesukar manapun.. aku akan tetap teruskan perjuangan hingga akhirnya.. Moga kata-kata itu juga bakal aku ucapkan.. ketika itu bukan lagi berbaur sedih dan pilu.. tapi gembira dan teruja.. Insyallah

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin